Press "Enter" to skip to content

5 Mainan Kanak-Kanak Yang Unik dan Menarik

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Mainan kanak-kanak ini selain boleh dijadikan hadiah kepada anak-anak kesayangan, ini boleh memupuk sifat kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak.

Jika ada permainan yang memerlukan tenaga, dapat juga menyihatkan tubuh badan dengan aktiviti tersebut.

Dunia kanak-kanak memang banyak aktiviti menarik dan berwarna-warni. Salah satunya adalah mempunyai koleksi permainan pelbagai jenis.

Ada berpuluh-puluh jenis malahan ribuan jenis mainan yang terdapat di pasaran.

Kami bawakan 5 mainan kanak-kanak unik dan menarik untuk anda jadikan idea buat si comel di rumah.

1. Inflated Dinasour Costume

Kostum dinasour yang kreatif ini menjadi pilihan unik dan menarik pertama kami. Ia seolah-olah anak anda sedang menunggang seekor dinasour. Walaupun pada hakikatnya anak-anak berdiri di dalam kostum dinasour ini.

Material kostum ini adalah polister kalis air. Ada beberapa pilihan warna menarik seperti merah, biru, hijau dan oren.

mainan kanak-kanak

Produk ini didatangkan dengan blower menggunakan usb sebagai peniup angin. Jadi tak perlu tiup menggunakan mulut.

Klik di sini untuk mendapatkan Inflated Dinasour Costume

2. Dancing Cactus

Karaktor kaktus yang menari dengan alunan muzik sangat menghiburkan sesiapa yang melihat. Ada pelbagai pilihan lagu disediakan.

Ia boleh merekod percakapan anda dan anda boleh memainkan semula hasil rakaman percakapan tersebut. Mainan ini didatangkan dengan USB charger.

Selain kaktus menari, terdapat juga watak lain seperti Spiderman, Iron Man, Squid Game dan Batman. Anda boleh pilih watak kegemaran anak anda untuk dijadikan mainan unik.

Klik di sini untuk mendapatkan Dancing Cactus

3. Lego

Tahukah anda Lego telah wujud sejak 90 tahun lagi dari Denmark. Syarikat yang membuat mainan kayu sejak 1932 telah memperkenalkan model blok plastik pada tahun 1949.

Semenjak itu Lego menjadi sangat popular di seluruh dunia. Kami pasti, di setiap rumah yang mempunyai anak kecil tidak kira lelaki atau perempuan pasti mempunyai koleksi Lego.

Walaupun koleksi Lego itu bukan asli, namun konsep blok plastik ini tetap disebut “Lego” oleh setiap orang.

Kenapa tak ramai miliki Lego asli? Sudah pasti jawapannya adalah harga yang lebih mahal.

Klik di sini untuk mendapatkan mainan Lego original.

4. Puzzle

Mainan kanak-kanak unik dan menarik seterusnya adalah puzzle atau cantuman kepingan kad membentuk gambar.

Contoh gambar popular adalah haiwan, huruf dan pemandangan. Puzzle untuk kanak-kanak sangat sesuai untuk perkembangan minda kerana mereka dapat belajar mengenal, membaca dan juga menghafal perkataan tertentu.

Klik di sini untuk mendapatkan puzzle terbaik.

5. Skuter Kanak-Kanak

Skuter kanak-kanak (kids scooter) sangat menarik dari segi corak dan bentuk. Selain menarik, ianya boleh menjadi satu aktiviti yang sihat contohnya apabila bermain di taman permainan.

Skuter sesuai untuk kanak-kanak seawal umur 2 tahun lagi. Saiznya yang kecil dan tidak berat jadi ia sesuai untuk kanak-kanak menunggangnya.

Skuter bersaiz kecil ini senang di bawa kerana boleh lipat. Boleh diletakkan di dalam bonet kereta. Boleh bawa ke taman permainan dan bawa balik kampung.

Klik di sini untuk mendapatkan Kids Scooter.

Apa mainan anak-anak anda yang dirasakan unik dan menarik?

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *