Press "Enter" to skip to content

11 Aktiviti Bersama Anak-Anak Ketika di Rumah

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Sebagai ibu bapa, masa yang berkualiti adalah ketika bersama keluarga. Orang kampung saya panggil prime time (masa terbaik).

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masa sebegini menjadi lebih banyak khususnya pada mereka yang diberikan cuti.

Bagi yang masih perlu bekerja dari rumah, masih ada masa bersama anak-anak walaupun hanya beberapa ketika akibat kekangan kerja dan perlu fokus pada tugasan beri.

Amanah dan tanggungjawab perlu di jaga walaupun bekerja dari rumah. Bagi saya, kerja di rumah kurang produktif dan cepat hilang tumpuan.

Jadi, apa aktiviti bersama anak-anak ketika di rumah yang dapat anda lakukan? Jom teruskan bacaan

1. Mengajar Anak-Anak Membaca Buku

Perkara paling utama adalah ilmu. Tidak kira berapa umur anak anda, terapkan disiplin sayangkan ilmu.

Ini peluang terbaik untuk mengetahui lebih mendalam tahap pembacaan dan pemahaman mereka dengan buku.

Bermula dari mengajar ABC sehingga membaca buku cerita, surat khabar dan sebagainya. Asas kepada ilmu adalah membaca. Lebih banyak anak-anak membaca, lebih baik untuk perkembangan minda.

Jika anak anda sudah bersekolah, pasti ada kerja sekolah. Waktu PKP begini, guru akan memberikan tugasan dalam aplikasi Whatsapp kepada ibubapa.

Kemudian, cetak (print) soalan dan bantu mereka jawab soalan sebaik mungkin.

Tak boleh nak bantu anak buat kerja sekolah? Dapatkan bantuan dari guru, saudara-mara dan sesiapa sahaja. Tunjukkan kesungguhan kita ingin membantu anak-anak.

Jadi mereka pun bersemangat untuk buat kerja sekolah.

2. Mengajar Anak Mengaji Quran & Iqra’

Ilmu agama juga sama penting dengan ilmu lain. Malah sebenarnya ia lebih utama. Jika anak kurang kefahaman jawi, boleh bermula dengan Iqra’ yang sangat bagus membentuk pemahaman pada ayat suci Al-Quran.

Jika anak sudah boleh membaca, dengarkan bacaan mereka dan buat semakan mengenai tajwid dan kesalahan yang wujud.

Pada masa yang sama boleh rujuk guru-guru agama dan aplikasi Al-Quran di internet untuk lebih tepat. Contohnya aplikasi seperti Muslim Pro.

3. Mengemas dan Mencuci Rumah

Ajar anak berdikari dengan mereka jadikan kita sebagai role model. Mengemas  rumah adalah aktiviti yang agak merimaskan tetapi bagus untuk membentuk peribadi mulia anak-anak.

anak-bersihkan-rumah

Jom tolong mak! Kredit image scarymommy.com

Antaranya seperti cuci kipas, cuci lampu, mop lantai, vakum sofa dan lipat kain. Kita boleh bentuk sifat bertanggungjawab dan sukakan kebersihan kepada mereka.

4. Tolong Ibu Memasak di Dapur

Memasak memerlukan kemahiran dan minat. Ini waktunya seorang ibu dapat memberi fokus mengajar anak-anak resepi masakan terbaiknya. Anak-anak yang berumur 10 tahun ke atas sangat gemar membantu ibu di dapur.

Mereka mahukan sesuatu yang baru untuk dipelajari. Latih mereka pandai memasak dan terus berkekalan ke generasi berikutnya.

5. Membasuh Kereta dan Motosikal

Jika tadi aktiviti di dalam rumah, ini pula aktiviti di luar rumah. Basuh kereta dan motosikal. Tujuan utama untuk terapkan waktu bersama keluarga (family bonding).

Gurau senda dan berbual-bual bersama dapat memahami lebih mendalam kemahuan dan kehidupan mereka.

6. Menonton Rancangan Televisyen

Menonton mungkin aktiviti harian kita dapat buat bersama anak-anak. Duduk rumah dan tonton rancangan kegemaran.

Waktu PKP, pihak ASTRO telah ‘membuka’ semua siaran secara percuma. Daripada movie, dokumentari, drama, sukan dan sebagainya.

Pilih dan tapis rancangan yang bersesuaian dengan anak-anak. Elakkan cerita keganasan, cerita ‘tak elok’ yang boleh mengganggu minda anak-anak.

7. Melukis dan Mewarna

Aktiviti yang sesuai kepada anak-anak di bawah 8 tahun. Minat mereka lebih cenderung untuk berinspirasi dengan warna dan lukisan.

Saya ada satu kisah besar mengenai sahabat yang mempunyai anak yang sangat hebat dalam lukisan.

Bakatnya bagi saya bukan calang-calang dan kita tidak mungkin percaya dia masih bersekolah rendah!

8. Bersukan

Skop bersukan ini luas. Bagi saya, asalkan aktiviti yang menyihatkan badan dan keluar peluh, semua itu satu sukan.

Dalam tempoh PKP ini, sukan bersama anak-anak tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka seperti taman permainan. Hanya boleh berada di rumah.

Contohnya berlari setempat, aktiviti regangan ringan, tekan tubi dan yang sesuai dengan persekitaran rumah.

9. Berkebun

Jika tempat tinggal anda jenis teres, banglo atau rumah bertanah, ini aktiviti terbaik boleh dilakukan di luar rumah.

Boleh tanam pelbagai jenis sayuran, pokok dan bunga. Hasilnya boleh digunakan sendiri atau diberikan kepada jiran-jiran.

Jadi kita dapat tanam sikap berbudi pada tanah dan hormat-menghormati sesama jiran. Tak rugi berkebun kerana hasilnya sangat menyeronokan.

10. Main Sembunyi

Aktiviti ini mungkin sinonim untuk kanak-kanak tetapi kita sebagai ibu bapa juga boleh turut serta. Just for fun. Seorang jadi tukang cari dan yang lain bersembunyi di sekitar rumah. Riuh rendah jadinya.

11. Teka-Teki

Satu lagi aktiviti menarik bersama anak-anak. Saya yakin anda pasti punyai teka-teki untuk dijadikan modal. Begitu juga anak-anak anda. Apa kata cuba kemahiran meneka sampai berjaya.

Nak tanya, apa aktiviti anda bersama anak-anak? Jom kongsikan di komen.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *