Press "Enter" to skip to content

Kawasan Hotspot Banjir 2022: Apa Persiapan Keluarga Anda Menghadapi Musibah Banjir?

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Saban tahun, musibah banjir berlaku di Malaysia. Tahun 2022, kerajaan telah mengeluarkan pekeliling mengenai kawasan hotspot banjir untuk kita bersedia.

Tidak kira banjir besar atau kecil, kesannya tetap menyebabkan kerugiaan harta dan nyawa.

Sebagai pengajaran, kita perlu bersedia tambahan pula ketika hujung tahun seperti ini (Oktober, November dan Disember).

Sebagai ketua keluarga, apa tanggungjawab dan persediaan untuk ahli keluarga terutamanya perlindungan kepada anak-anak? Juga perlindungan kepada harta benda.

Senarai kawasan hotspot banjir di Malaysia mengikut negeri:

1. Jumlah Lokasi Hotspot Banjir 2022 Mengikut Negeri

No.NegeriJumlah Lokasi Hotspot Banjir
1.Kelantan595 lokasi
2.Terengganu300 lokasi
3.Pahang763 lokasi
4.Johor432 lokasi
5.Negeri Sembilan369 lokasi
6.Melaka157 lokasi
7.Selangor339 lokasi
8.Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
48 lokasi
9.Perak265 lokasi
10.Pulau Pinang229 lokasi
11.Kedah373 lokasi
12.Perlis54 lokasi
13.Sarawak1034 lokasi
14.Sabah520 lokasi
15.Wilayah Persekutuan Labuan18 lokasi
JUMLAH5496 lokasi

2. Kelantan

kawasan hotspot banjir 2022 kelantan

3. Terengganu

kawasan hotspot banjir 2022 terengganu

4. Pahang

kawasan hotspot banjir 2022 pahang

5. Johor

kawasan hotspot banjir 2022 johor

6. Negeri Sembilan

kawasan hotspot banjir 2022 negeri sembilan

7. Melaka

kawasan hotspot banjir 2022 melaka

8. Selangor

kawasan hotspot banjir 2022 selangor

9. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

kawasan hotspot banjir 2022 kuala lumpur

10. Perak

kawasan hotspot banjir 2022 perak

11. Pulau Pinang

kawasan hotspot banjir 2022 pulau pinang

12. Kedah

kawasan hotspot banjir 2022 kedah

13. Perlis

kawasan hotspot banjir 2022 perlis

14. Sabah

kawasan hotspot banjir 2022 sabah

15. Wilayah Persekutuan Labuan

kawasan hotspot banjir 2022 labuan

15. Apa Persediaan Menghadapi Banjir

1. Peka terhadap amaran banjir seperti pengumunan penting, amaran siren dan arahan-arahan dari pihak berwajib. Ini perlu lebih peka ketika waktu malam kerana suasana gelap dan menyukarkan pergerakan.

2. Simpan dokumen, surat, fail dan barangan penting pada tempat yang selamat seperti di bahagian tinggi atau di tempat lain yang tidak terkena banjir.

3. Sediakan beg kecemasan yang mengandungi:

  • Dokumen penting
  • Pakaian, kasut, selimut
  • Lampu suluh dan bateri
  • Kit kecemasan dan ubat-ubatan
  • Wisel
  • Makanan tahan lama seperti dalam tin
  • Air
  • Radio mini
  • Alatan kebersihan
  • Telefon dan power bank
  • Sedikit wang.

4. Jika perlu pindah, bersedia dan terima arahan pihak berwajib. Selamatkan diri dan anak-anak lebih penting dari harta benda.

Walaupun kita sudah mengetahui kawasan hotspot banjir, namun perkara paling penting adalah sentiasa bersedia dari segi peralatan, fizikal dan mental.

Semoga kita semua dijauhkan daripada bencana banjir dan mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah.

Sumber: Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Jabatan Pengairan dan Saliran

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *