Press "Enter" to skip to content

5 Kelebihan Bekerja dari Rumah kepada Wanita

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Bekerja dari rumah adalah satu pekerjaan yang tidak memerlukan individu untuk keluar rumah bagi menghadirkan diri ke pejabat.

Sebagai contoh menjalankan perniagaan secara online, penulis, pereka grafik , penterjemahan bahasa, blogger dan sebagainya.b

Turut di gelar sebagai freelance, iaitu mereka yang bekerja sendiri. Bekerja dari rumah juga mempunyai kelebihan buat wanita khususnya.

Antara kelebihan bekerja dari rumah kepada wanita ialah :

1. Masa 

Mana kan tidaknya, bekerja dari rumah juga dapat menjadikan wanita yang berkahwin mahupun bujang menguruskan masa dengan lebih bijak.

Setiap individu di berikan masa 24 jam sehari , jadi pengurusan masa amatlah penting.

Sebagai contoh, bangun seawal 4 pagi bagi menguruskan hal-hal rumahtangga. Selesaikan kerja rumah terlebih dahulu.

Kemudian, baru lah siapkan kerja lain. Buat wanita yang sukar menguruskan masanya, saya cadangkan anda buat to-do-list.

Iaitu senarai kerja yang perlu di lakukan setiap hari, dengan adanya senarai rutin harian ini juga segala kerja-kerja anda akan tersusun.

Tiada lagi istilah tidak cukup masa. Lakukan to-do-list anda sehari sebelum ya? WAJIB ada.

2. Keperluan Bersiap

Tidak dinafikan lagi bila bekerja dari rumah ni, golongan wanita adalah orang yang beruntung sebenarnya. Kerana waktu bersiap sahaja, sudah memakan masa yang lama.

Betul tak wahai wanita di luar sana?

make up perempuan

Bekerja dari rumah juga dapat mengurangkan belanja ‘make up’. Tetapi tidak bermakna tidak perlu bersiap.

Dah jadi macam ‘Hantu Kak Limah’ pula. Berkain batik dan berambut kembang. Hah, bahaya!

Dari segi mental dan emosi ia tidak bagus. Jadi, bersiap lah. Mandi di awal pagi dan kenakan sedikit pewangi dan juga celak mata serta bergincu.

Secara tidak langsung, semangat bekerja dari rumah itu akan timbul.

3. Jimat Petrol

Kos seterusnya adalah petrol. Jadi, anda hanya bekerja dari rumah tidak perlu berjumpa sesiapa.

Duduk diam-diam depan laptop, biarkan jari jemari menaip dan siapkan kerja yang anda perlu habiskan sambil minum secawan kopi.

Seronok, bukan?

Selain itu juga, anda juga tidak perlu bersesak-sesak dengan traffic jammed setiap hari. Bahagianya hidup…

4. Aurat Terjaga

Bekerja dari rumah juga idaman wanita dan sang isteri.

Sebagai contoh, seorang wanita yang menitikberatkan mengenai auratnya jika bekerja di luar.

Ada sahaja mata-mata nakal yang memerhati susuk tubuh wanita, jadi seeloknya bekerja lah dari rumah.

Jika anda wanita sudah berkahwin, bekerja dari rumah juga adalah satu pekerjaan yang tepat.

Suami mana yang tidak suka, jika isterinya bekerja dari rumah tanpa perhatian mana-mana lelaki, bukan?

5. Meeting secara Online

Sesuai dengan perkembangan semasa serta pandemik yang melanda. Mesyuarat tidak lagi perlu  bersemuka, sebaliknya boleh sahaja bermesyuarat melalui atas talian sahaja.

Boleh menggunakan applikasi ‘Zoom meeting’ dan ‘Google Meet’.

Pelanggan atau bos anda boleh melihat anda secara terus dari skrin laptop mereka.

Tiada had masa di perlukan. Seterusnya, ia dapat menjimatkan masa untuk ke lokasi mesyuarat tersebut.

Berjumpa hanya atas talian sahaja. Pastikan anda mempunyai liputan internet yang kuat, semasa sesi bermesyuarat ya?

Bekerja dari rumah , adalah pekerjaan yang menyeronokkan buat wanita di luar sana.

Sangat rugi jika kaum wanita tidak terokainya. Stress itu memang ada, cuma yang berbeza ia tidaklah sesukar bekerja di pejabat.

Yang pastinya, bekerja dari rumah adalah satu pekerjaan yang banyak kebaikan daripada keburukan buat para wanita.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *