Press "Enter" to skip to content

THiJARI: Urusan Tabung Haji Secara Online

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Setakat 2018, jumlah pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) seramai 9.3 juta orang dan dijangka terus meningkat. Pada Mac 2020 lepas, TH telah mengumumkan agihan dividen selepas zakat sebanyak 3.05% bagi tahun kewangan 2019 kepada pendeposit. Peningkatan dari tahun lepas iaitu hanya 1.25%.

Jika kebiasaanya, urusan keluar dan masuk wang dilakukan di kaunter TH tetapi kini ia sudah diperluaskan dengan adanya aplikasi online iaitu THiJARI.

Setakat artikel ini ditulis, pemegang akaun TH hanya boleh menggunakan internet browser untuk urusan online. Itu pun sudah cukup bagus.

dividen tabung haji

Urusan Tabung Haji Secara Online di THiJARI

Apa Kebaikan Menggunakan THiJARI?

1.. Urusan lebih pantas dan menjimatkan kerana tidak perlu beratur di kaunter

2. Boleh semak baki semasa

3. Boleh semak dividen semasa

4. Boleh buat permindahan wang (duit keluar) ke akaun TH lain

Cara Menggunakan THiJARI?

1. Layari www.thijari.com.my. Boleh pilih Bahasa Melayu atau English ikut keselesaan anda.

2. Klik pada Daftar dan buat pendaftaran akaun, nama dan frasa keselamatan

3. Login ke ruang disediakan.

daftar TH online

4. Pada laman utama terdapat beberapa menu utama seperti:

i) Ringkasan Akaun, Pindahkan – Maklumat umum pendeposit, tarikh haji dan pengumuman dari TH

ii) Ringkasan Akaun – Baki semasa akaun dewasa (anda) dan juga akaun kanak-kanak jika berdaftar di bawah anda. Klik pada nama pemegang akaun untuk maklumat lebih terperinci mengenai Sejarah Transaksi dan Penyata Mini. Boleh lihat wang keluar, wang masuk dan dividen.

iii) Pindahan Simpanan TH – Buat pindahan dari akaun anda ke akaun TH lain. Pindahan ini ke bank tidak disediakan.

iv) Kegemaran – Boleh setkan akaun kegemaran untuk pemindahan.

v) Perkhidmatan Haji – Urusan pendaftaran, semakan status dan berkaitan dengan haji

vi) Kelab TaHa – Urusan berkaitan kelab TH

5. Profil Saya – Maklumat peribadi anda seperti gambar keselamatan, password dan had harian.

Untuk penambahan atau wang masuk ke akaun, fungsi ini belum ada. Jadi, anda boleh gunakan online transfer dari bank tempatan seperti Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat.

Semoga bermanfaat buat semua.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *