Press "Enter" to skip to content

6 Tips Bijak Memilih Peguam Jual Beli Hartanah

Last updated on 05/11/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Majoriti masyarakat hari ini masih tidak tahu peranan peguam jual beli hartanah atau rumah. Ramai yang berfikiran peguam hartanah ini sekadar menyediakan dokumen perjanjian sahaja dan sebagai pengatur antara pembeli dan penjual sahaja.

Persepsi seperti ini perlu di perbetulkan di mana skop kerja peguam hartanah sangatlah rumit dan perlu menempuhi pelbagai proses melibatkan pelbagai agensi.

Kami percaya pembeli mahupun penjual hartanah akan putus asa atau ‘give up’ dalam mengendalikan proses-proses ini tanpa rujukan daripada pakar iaitu peguam hartanah.

Siapakah Peguam Hartanah anda?

Pemilihan peguam hartanah adalah penting namun ia juga tiada peguam dalam pengkhususan tertentu.

peguam jual beli hartanah

Walaupun begitu ia merujuk kepada peguam yang fokus dan berperanan mengendalikan urusan transaksi jual beli hartanah sebagai pemudah cara bagi satu-satu urusan transaksi jual beli hartanah.

Antara peranan yang dimainkan oleh peguam hartanah adalah:

  • Menguruskan transaksi jual beli rumah
  • Sebagai penasihat perundangan
  • Merangka perjanjian Jual Beli (Sales Purchase Agreement)
  • Menguruskan proses pelepasan gadaian
  • Menguruskan proses pindah milik
  • Lain-lain kerja yang bersangkutan dengan urusan jual beli sesuatu hartanah.

Keutamaan peguam hartanah dalam menjalankan tugasnya adalah bagi memastikan kepentingan dan hak pelanggan dilindungi serta transaksi jual beli hartanah berjalan dengan lancar secepat mungkin.

Siapakah yang Memerlukan Khidmat Peguam Hartanah ini?

1. Pembeli Rumah

Sudah semestinya pembeli rumah adalah yang amat memerlukan khidmat peguam hartanah. ini kerana proses belian adalah rumit melibatkan pejabat tanah, bank dan mungkin pemaju.

Tahukah anda urusan jual beli rumah sangatlah rumit dan memerlukan professional yang pengetahuan tinggi dalam setiap proses. Masa yang diambil juga dapat disingkatkan dengan bantuan peguam.

2. Penjual Rumah

Untuk penjual rumah pula ada pilihan, boleh lantik peguam atau pilih untuk tak diwakili.

Jika pilih untuk tak diwakili, peguam pembeli akan bantu pemilik untuk buat tugasan seperti

  • Pemfailan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gains Tax (RPGT).
  • Pelepasangadaian geran penjual
  • Pindah milik dari penjual kepada pembeli.

Skop kerja di atas ada kos bayaran tetapi ianya jauh lebih murah daripada melantik peguam sendiri.

Namun begitu haruslah diingat peguam itu masih peguam pembeli.

Mereka sudah pasti akan dahulukan kepentingan pembeli jika terdapat isu. Oleh itu ada baik juga jika anda melantik peguam sendiri bila menjual rumah.

Memilih peguam jual beli hartanah untuk penjual ibarat membeli insuran atau takaful. Kita bayar sejumlah wang dan mungkin tak nampak kelebihannya.

Tapi bila terjadi kemalangan, kita pasti menyesal kenapa lah tak beli insuran tu dulu!

Lantikan peguam untuk penjual pun begitu juga konsepnya.

Kos Guaman

Tiada jumlah khusus untuk guaman Fi, namun kos nya sekitar 3% – 5% dari harga beli/jualan rumah. Anda juga boleh dapatkan sebut harga / ‘quotation’ dari peguam yang ingin dilantik.

Jadi, sebagai panduan kami kongsikan 6 tips memilih peguam jual beli hartanah.

1. Pilih Firma Guaman Yang Fokus Menguruskan Jual Beli Hartanah

Firma guaman yang hanya fokus mengendalikan transaksi jual beli hartanah sebagai bidang utama firma tersebut adalah lebih cekap dalam menguruskan satu-satu transaksi.

asiah-hisam-lawyer- rumah

Sejak 1999, Asiah & Hisam telah menyediakan satu set penyelesaian undang-undang yang komprehensif kepada pelanggan di Malaysia. 

Berpengalaman luas dalam bidang hartanah, Asiah & Hisam mampu menyediakan penyelesaian yang cekap dan berkesan kepada pelanggan dengan menggabungkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran profesional mereka dengan teknologi paling moden yang terdapat di pasaran.

Hubungi Asiah & Hisam untuk khidmat guaman hartanah anda.

Sebolehnya, elakkan melantik peguam yang mengendalikan terlalu banyak kes terutama dari cabang perundangan yang berbeza seperti kes jenayah, litigasi dan lain-lain.

Dikhuatiri mereka tidak sempat memberi tumpuan atau memberikan khidmat yang terbaik untuk kes anda

2. Minta Bantuan Dari Ejen Hartanah

Ejen hartanah adalah antara individu yang paling kerap berurusan dengan peguam hartanah.

Karier mereka bergantung kepada kecekapan peguam hartanah memudahkan urusan jual beli rumah.

Justeru, mereka lebih bijak membantu anda dalam memilih peguam jual beli hartanah kerana mengenali peguam yang memberikan khidmat yang terbaik.

Ejen hartanah sangat bekerjasama dalam memudahkan urusan klien, komited dalam setiap urusan dan sentiasa mengemas kini status kerja.

3. Gunakan Khidmat Guaman yang Sebenar (Genuine)

Pastikan peguam yang ingin dilantik adalah firma yang guaman yang sah dan dibawah penyeliaan Majlis Peguam Malaysia.

Ini dapat mengelakkan anda dari berurusan dengan peguam yang mana sijil amalan mereka dah dibatalkan dan menimbulkan masalah kelak.

Cara mudah untuk menyemak status firma guaman tersebut adalah dengan hanya melayari web direktori The Malaysian Bar dan pastikan firma tersebut berada dalam senarai.

4. Elakkan Peguam yang Banyak Buat Business Sampingan

Terdapat peguam yang menjalankan pelbagai jenis bisnes dan tidak fokus kepada bidangnya.

Kebiasaan peguam begini akan buat fail atau kes anda secara sambi lewa. Sebaiknya, pilihlah peguam yang komited dan anda yakin betul-betul mampu menjaga hak dan kepentingan anda.

5. Elakkan Peguam Dengan bayaran Fi Termurah

Semua orang suka dengan kos murah. Firma guaman yang bagus tidak semestinya harga yang paling murah dan terlalu mahal, mereka ini akan kenakan Fi (bayaran) mengikut kualiti servis yang diberikan.

Untuk makluman anda, Fi professional peguam ini sebenarnya hampir sama antara satu sama lain, kemungkinan perbezaan hanya pada caj administrative dan sebagainya.

Jika terlalu berkira dalam caj peguaman dengan melantik peguam yang dapat memberi harga Fi termurah, namun hakikatnya caj tersebut semakin bertambah mahal dari hari ke hari.

Peguam yang stabil atau firma yang mempunyai cara kerja tersusun, pengurusan kewangan syarikat yang baik dan mempunyai proses review akan memberi kelebihan kepada anda jika berlaku masalah.

Contohnya seperti pekerja mereka berhenti, cuti sakit atau cuti bersalin menyebabkan proses kes anda akan terbantut kerana tiada pekerja yang akan mengambil alih tugas tersebut dengan serta-merta.

6. Guna Khidmat Guaman yang Sah!

Sebelum anda mula berurusan dengan peguam yang bakal dilantik. Hendaklah periksa dahulu  peguam jual beli hartanah atau firma tersebut menjalankan tugas dengan Amanah.

Anda boleh semak pada Majlis Peguam Malaysia atau bar Council adalah organisasi yang mengawal selia  profession guaman. Organisasi ini mempunyai senarai guaman yang sahih!

Anda anda kisah dengan peguam jual beli hartanah anda? Jom kongsikan di ruangan komen.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *