Press "Enter" to skip to content

Kembali ke Sekolah? Ini 6 Persiapan Anak ke Sekolah Ibubapa Perlu Tahu

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Walaupun negara kita masih mempunyai kes virus COVID-19 tetapi sesi persekolah sudah bermula. Ini kerana kesnya masih terkawal. Jadi, apa persiapan anak ke sekolah yang ibu bapa perlu tahu?

1. Penjarakan Sosial

Para pelajar perlu diingatkan berada sekurang-kurangnya satu (1) meter antara rakan dan guru lain.

Jika pelajar sekolah menengah mungkin lebih faham arahan ini kerana sudah dewasa. Namun, pelajar tadika atau sekolah rendah mungkin perlukan lebih bantuan daripada guru-guru.

Normal seorang kanak-kanak, bila berjumpa rakan memang sukar nak jarak antara satu sama lain. Seronok bermain bersama rakan menyebabkan terlupa akan SOP.

2. Pakai Pelitup Muka (Face Mask)

Ini satu perkara wajib dipakai jika berada di tempat ramai orang. Di sekolah semestinya yang mempunyai ratusan malahan ribuan pelajar lebih lagi diperlukan.

Sebelum ini susah untuk dapatkan stok pelitup muka ketika COVID-19 mula menyerang Malaysia. Kini sudah mudah di dapati di kedai dan online store.

Terkini, kerajaan sudah menurunkan harganya kepada hanya RM1.20 seunit bermula 15 Ogos 2020 ini.

Pakai pelitup muka dengan betul untuk elakkan anda menyebarkan virus. Pada masa sama, dapat mengelak virus dari luar masuk ke badan anda.

Jom tonton video di bawah cara yang betul memakai pelitup muka.

3. Kerap Cuci Tangan dengan Air dan Sabun 

Penting jika selepas buang air di tandas. Juga selepas makan.

Cuci tangan ni pun ada kemahirannya. Selepas sabun perlu digosok di celahan jari, tangan dan kuku dan bilas dengan air secukupnya.

cara cuci tangan

 

4. Gunakan Pembasmi Kuman

Pembasmi kuman (hand sanitizer) boleh digunakan jika tiada air dan sabun.

Walaupun pihak sekolah ada bekalkan di pintu masuk dan kelas, anda juga boleh bekalkan pada anak anda sebagai persediaan tambahan.

5. Sihat dan Buat Pemeriksaan Kesihatan

Pastikan anak sihat terutamanya dari segi suhu badan.

Elakkan ke sekolah jika anak mengalami demam (melebihi 37.5 ̊C), batuk, selesema dan sesak nafas.

Dapatkan rawatan di hospital dan klinik berdekatan dengan kadar segera.

Jangan bertangguh dan anggap ia demam biasa yang boleh sembuh hanya dengan Panadol.

6. Pesan dan Nasihat Anak Setiap Hari

Setiap hari semasa keluar rumah atau sampai di pintu pagar sekolah, pesan kepada mereka mengenai SOP.

Biar ulang berkali-kali sehingga melekat dalam minda mereka betapa penting dan seriusnya kita menentang COVID-19.

Kesimpulan.

Walaupun Prosedur Operasi Standard (SOP) menghadkan banyak perkara tetapi ketahuilah, semua ini penting untuk anak-anak kita agar dapat mengekang sebaran virus COVID-19.

Sebagai ibu bapa, ambil berat dan serius mengenai persiapan anak ke sekolah kerana kesihatan dan keselamatan anak anda sangat bergantung pada disiplin anda terapkan.

Moga Malaysia dan seluruh duni dijauhi dan sembuh dari wabak COVID-19 ini. Amin.

Rujukan:

  • https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/06/15-Pendidikan-KPM-Final-_-10-Jun-2020.pdf
  • Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Sinarharian.com.my
Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *