Press "Enter" to skip to content

6 Tips Terbaik Asas Penjagaan Kereta Untuk Jangka Hayat Lebih Lama

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Tidak kira jika anda membeli kereta baharu dari kilang mahupun terpakai (used car), asas penjagaan kereta adalah amat penting.

Hal ini kerana kereta akan lebih selamat dan kita akan lebih yakin ketika berada di atas jalan raya apabila berada dalam keadaan yang baik.

Melalui penjagaan kereta yang baik dapat menjadi sebuah aset bernilai yang boleh ditukar kepada wang tunai pada masa akan datang.

Oleh yang demikian untuk menjadikan ia sebuah kenderaan pada ‘value’ yang tinggi, maka penjagaan kereta perlu di ambil berat.

Hallo.my bersama pakar dalam bidang automotive akan berkongsi kepada anda 6 tips terbaik asas penjagaan kereta melalui cara yang mudah dan berkesan. Baca sehingga habis khusus kepada mereka yang kurang mahir dalam selok belok kereta.

1. Mengikut Jadual Penyelenggaraan (Service) Berkala

Tips pertama ini paling mudah untuk diikuti, iaitu mengikut jadual penyelenggaraan yang telah ditetap kan oleh pengeluar atau penjual kereta.

Proses pertama ini sama seperti manusia menjalani ‘Medical Checkup’ berkala.

Hasil daripada penyelenggaraan atau servis berkala ini, maka pihak mekanik atau kita sendiri dapat mengenal pasti kerosakkan di peringkat awal dan dapat menghalang daripada pembaikan yang akan mengambil kos yang tinggi.

P/S : Rugi jika tidak mengikut penyelenggaraan kereta berkala, lebih-lebih lagi jika anda beli kereta baharu kerana kebanyakkan kos adalah percuma.

Untuk mengekalkan momentum penyelenggaran kereta dengan baik, pastikan anda simpan rekod-rekod penyelenggaraan seperti resit dan dokumen selenggara.

Ini akan menaikkan semangat anda sebagai pemilik kereta untuk terus menjaga kereta dalam keadaan baik dan sebagai bukti kepada pembeli bahawa kereta anda dijaga dengan rapi.

2. Kawal Paras Minyak Hitam, Minyak Engin dan Pelincir Lain

Tahukah anda setiap enjin kereta memerlukan minyak hitam (Engine Oil) sebegai pelincir kepada mekanisma yang terdapat di dalam enjin kereta?

Maka amatlah penting sebagai pemilik untuk jadikan rutin untuk memeriksa sukatan dan memastikan minyak pada paras yang di tetapkan.

Selain daripada minyak enjin, terdapat juga minyak atau cecair lain yang perlu di ambil kira, seperti ‘brake oil’ air radiator, ‘power steering dan sebagainya.

Paling penting pastikan tiada tanda-tanda kebocoran setiap minyak atau cecair pada kereta anda. Jika anda tidak pasti, gunakan khidmat professional dari bengkel yang bertauliah atau beri kepada yang lebih mengetahui untuk menguruskan.

P/S: Kereta boleh jadi panas ‘Over Heat’ sekiranya minyak atau cecair pelincir kurang dari sukatan sepatutnya. Dan jika dibiarkan boleh mengalami kerosakkan yang lebih serius.

3. Periksa Tekanan Tayar

Tayar merupakan komponen utama yang menghubungkan kereta dan jalan raya. Kesilapan atau keadaan tayar yang tidak baik boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan.

Kesedaran penjagaan tayar amatlah penting untuk setiap pemilik kereta, antaranya ialah tekanan tayar kereta anda harus di periksa dengan kerap atau berkala bagi memastikan angin berada pada tahap yang telah disyorkan oleh pengeluar tayar.

Manakala keadaan bunga tayar juga salah satu faktor yang perlu dijaga demi memastikan tayar dalam keadaan yang baik.

Keadaan bunga tayar yang telah botak atau tidak rata akan mempengaruhi pemanduan harian lebih-lebih lagi pada musim hujan atau ketika jalan basah.

Tekanan angin tayar yang tidak optimum akan menyebabkan bunga tayar kereta anda menjadi rosak. Maka bersedialah duit poket untuk membeli tayar baharu.

Cara mudah untuk mengetahui tekanan tayar kereta anda adalah dengan merujuk Maklumat Tekanan Tayar (Tire-Loading Information) yang biasanya berada di bahagian dalam bingkai pintu depan pintu utama kereta (pintu pemandu).

Kredit gambar: motoqar.com

Secara umumnya untuk standard tekanan kereta seperti berikut:

  • Kereta MPV (Multipurpose Vehicle) (Avanza, Ertiga, Alza, dan sebagainya): (30-33) Psi
  • Kereta Komersial : (30-35) Psi.
  • Kereta Bandar (Jazz, Yaris, Axia, dan sebagainya): (29 – 32) Psi
  • Kereta Sedan (Honda Civic, Toyota Corolla, Vios, Persona dan sebagainya): (28-31) Psi
  • Kereta SUV (Sports Utility Vehicle) (Fortuner dan Pajero): (35 – 40) Psi.

Keadaan angin tayar ini memang selalu kena periksa terutama ketika nak keluarga bersama keluarga yang bawa anak ramai. Angin tak cukup boleh sebabkan tayar cepat rosak.

P/S : Penjagaan tayar dengan baik mampu meningkatkan jangka usia tayar tersebut.

4. Penjagaan Bateri Kereta

Asas penjagaan kereta seterusnya adalah bateri. Walaupun perkara simple, tetapi jika bateri mati, susah hidup pemandu nak mulakan perjalanan.

Seperti sedia maklum, bateri diperlukan untuk menghidupkan kereta. Jika keadaan bateri tidak berada dalam keadaan yang baik maka kereta tidak dapat di hidupkan.

Secara asasnyam bateri terbahagi kepada dua kategori iaitu sel kering, dan sel basah namun fungsinya adalah sama.

Hampir semua bateri kereta mempunyai indikator bagi memudahkan memastikan keadaan semasa bateri. Kita boleh ketahui melalui indikator ini sama ada perlu ditukar atau tidak.

Kebiasaanya jangka hayat bateri adalah sepanjang 3-5 tahun mengikut spesifikasi bateri yang di gunakan.

Namun jika anda tidak pasti bagaimana untuk cek keadaan bateri, maka perlu dapatkan khidmat dari pakar untuk mengelakkan dari sebarang kejadian yang tak diingini.

P/S : Bateri kering lebih kurang ‘maintenance’ diperlukan, tak perlu ‘topup / refill’ air bateri.

5. Periksa Keadaan Lampu Kereta

Keadaan lampu kereta setelah beberapa tahun kita gunapakai, berkemungkinan lampu sudah tidak berada dalam keadaan yang baik spertli lampu menjadi kusam atau lampu tidak berfungsi.

Dapatkan khidmat dari pakar untuk mendapatkan nasihat dan supaya ia boleh dibaiki dengan baik.

Ini kerana lampu merupakan komponen penting dalam sesebuah kenderaan, dan setiap sudut mempunyai peranan lampu yang berbeza.

6. Kerap Basuh Kereta

Jangan ambil mudah pada ‘point’ kali ini walau ia seperti kedengaran remeh tetapi menjaga kebersihan kereta anda adalah sangat penting.

Apabila bahagian luar kereta sentiasa terdedah kepada cuaca yang tidak menentu seperti panas matahari, hujan, pasir, debu, najis haiwan atau cecair yang boleh menyebabkan warna menjadi rosak.

Faktor-faktor ini menjadi punca mengakibatkan kerosakan kepada cat kereta anda dan dalam masa yang sama, kos diperlukan untuk baik pulih kereta.

Keadaan fizikal yang tidak baik akan mengurangkan nilai jualan kereta secara drastik jika perkara seperti ini berlaku.

Mencuci kereta anda secara berkala dapat mengurangkan hakisan dan mengekalkan warna cat asal kereta.

P/S : Di luar sana terdapat kedai kecantikkan kereta yang menawarkan anda untuk servis perincian di mana lapisan lilin akan disapu dan kereta akan dikilatkan secara professional.

Rumusan

Asas penjagaan kereta bukanlah tugas yang perlu diambil ringan oleh pemilik. Ia sudah menjadi tanggungjawab setiap pemilik untuk memastikan kereta berada dalam keadaan yang baik untuk di pandu di atas jalan raya.

Jika perkara ini dipandang serius, keselamatan anak-anak, keluarga dan penumpang lebih terjamin, malah secara tidak langsung dapat menjimatkan kos pemulihan kerosakkan yang sangat tinggi.

Selain itu, jika kereta dijaga dalam keadaan yang baik, ‘resale value’ juga tidak akan jatuh dengan mudah.

Paling penting jangka hayat kereta akan lebih lama dan selamat untuk dipandu.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *