Press "Enter" to skip to content

5 Vitamin C Terbaik Untuk Anak-Anak bawah 5 Tahun

Last updated on 01/11/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila berkaitan dengan isu kesihatan dan keselamatan. Artikel kali ini saya akan kongsikan vitamin C terbaik untuk anak-anak di bawah 5 tahun.

jadual vitamin c

Mengikut jadual di atas, semakin meningkat umur, semakin tinggi keperluan vitamin C untuk badan diperlukan.

Namun, keburukan kepada perokok pula, selain amalan merokok tidak sihat, ianya juga membazir wang kerana perlu membeli lebih vitamin C untuk badan.

Negara dan dunia masih belum bebas dari ancaman Covid-19.

Di antara usaha untuk meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak supaya tidak mudah diserang penyakit seperti demam atau selsema ialah dengan memberikan vitamin C.

Ia bukan sahaja membantu meningkatkan perlindungan dari ancaman virus, malah amat baik diamalkan bagi merangsang perkembangan tubuh mereka.

Vitamin C secara umumnya penting untuk pertumbuhan tubuh kanak-kanak. Ia merupakan nutrien yang membantu pembentukan tulang, gigi dan gusi yang sihat.

Tanpa pengambilan vitamin C yang cukup anak-anak mungkin mengalami masalah gusi bengkak dan berdarah (penyakit skurvi), luka lambat sembuh serta risiko kehilangan gigi pada usia muda.

Kanak-kanak berusia di antara 1 hingga 6 tahun disarankan mengambil 30mg vitamin C setiap hari.

Ia boleh diperoleh melalui pengambilan buah-buahan seperti limau, oren, strawberi, kiwi serta sayuran seperti tomato dan brokoli.

Sekiranya anak-anak agak cerewet atau tidak mahu makan buah segar dan sayuran, ibu bapa perlu cuba mempelbagaikan cara penyediaannya.

Misalnya dikisar menjadi jus yang lazat atau diadun dalam kek cawan atau muffin.

Sebagai tambahan, ibu bapa bolehlah berikan tablet atau pastil vitamin C bagi melengkapkan dos yang sepatutnya diambil oleh anak-anak.

Vitamin C Terbaik Untuk Anak-Anak

Berikut kami kongsikan senarai 5 VITAMIN C TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK YANG SESUAI DIAMALKAN DI BAWAH USIA 5 TAHUN.

1. Shine Vitamin C Cutie with Lysine Chewable – Strawberry (100’s)

Mempunyai rasa strawberi yang enak, vitamin C ini turut diperkaya dengan lysine yang baik untuk meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak.

Shine-Vitamin-C

Lysine merupakan sejenis asid amino tambahan yang mempunyai fungsi menambah selera makan anak-anak supaya mereka mendapat nutrien secukupnya.

Lebih menarik, Shine Vitamin C Cutie with Lysine ini adalah bebas gula. Maka ibu bapa boleh menarik nafas lega dan beri vitamin ini kepada anak dengan hati yang tenang.

Klik di sini untuk mendapatkan Vitamin C Shine.

2. Redoxon Double Action Kids Vitamin C and Zinc (60’s)

Tablet berperisa buah-buahan ini didatangkan dalam bentuk hati yang comel.

Redoxon-Vitamin-C

Ia juga diperkaya dengan zinc yang baik untuk merangsang perkembangan minda anak-anak serta membantu proses menukarkan karbohidrat, lemak dan protein kepada tenaga yang diperlukan tubuh.

Sama seperti susu formula yang mempunyai khasiat zink di dalamnya.

Klik di sini untuk mendapatkan Redoxon Double Action Kids Vitamin C

3. Scott’s Vitamin C Pastilles (50’s)

Berbentuk pastil yang kenyal dan lembut, vitamin ini sesuai untuk diberikan kepada anak-anak seawal usia 2 tahun.

Scotts-Vitamin-C

Ia dirumus menggunakan jus buah semulajadi. Maka tidak hairanlah jika rasanya begitu kaya dengan perisa buah-buahan seperti campuran pelbagai jenis beri, mangga, oren dan pic.

Setiap kanak-kanak hanya perlu mengambil 2 pastil setiap hari bagi memenuhi keperluan vitamin C harian.

Klik di sini untuk mendapatkan Scott’s Vitamin C Pastilles.

4. Appeton A-Z Kid’s Vitamin C Blackcurrant Flavour (100’s)

Bagi anak-anak yang menggemari rasa Blackcurrant, ini merupakan pilihan vitamin C terbaik untuk anak-anak yang dicadangkan oleh portal Product Nation.

Appeton-Vitamin-C

Tablet Appeton A-Z Kid’s Vitamin C ini berbentuk segi empat dengan cerapan abjad padanya. Ia boleh dikunyah dan sesuai untuk anak-anak berusia 2 hingga 6 tahun.

Klik di sini untuk mendapatkan Appeton A-Z Kids Vitamin C.

5. Kordel’s Kid’s Vitamin C 250Mg + Bioflavonoid (60’s)

Tablet vitamin C berperisa oren dan diperkaya dengan khasiat bioflavonoid dari lemon ini boleh dikunyah dengan mudah.

Kordel's Vitamin C

Tahukah Anda?
Bioflavonoid telah digunakan dalam pengubatan alternatif sebagai bantuan untuk meningkatkan reaksi vitamin C, untuk melancarkan peredaran darah, sebagai antioksidan, dan untuk merawat alergi, virus, atau arthritis dan keadaan keradangan lain - Sumber: drugs.com

Ia sesuai untuk anak-anak seawal usia 2 tahun. Tablet Kordel’s Kid’s Vitamin C ini hendaklah diambil selepas makan atau mengikut nasihat pakar perubatan yang bertauliah.

Klik di sini untuk mendapatkan Kordel’s Kid’s Vitamin C.

Vitamin C Sebagai Pilihan Bijak

Vitamin C boleh didapati dalam buah. Namun, ada kanak-kanak tidak suka makan buah. Jadi penggunaan tablet pelbagai warna dan rasa dapat memberi tarikan kepada mereka untuk mendapatkan khasiat yang sama.

Moga senarai ini membantu ibu bapa membuat pilihan terbaik bagi permata hati kesayangan seisi keluarga. Paling penting kesihatan sentiasa di utamakan.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *