Press "Enter" to skip to content

7 Aktiviti Mudah untuk Rehatkan Sistem Saraf

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Sistem saraf manusia berfungsi sebagai penghubung isyarat komunikasi sel-sel saraf(neuron) dengan otak. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 7 aktiviti mudah seseorang dapat lakukan untuk rehatkan sistem saraf.

Sistem saraf manusia terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf peripheral.

Terdapat 3 komponen dalam sistem saraf pusat iaitu otak, saraf tunjang dan neuron.

Manakala sistem saraf peripheral pula diibaratkan seperti rangkaian yang lebih luas membabitkan dua komponen iaitu saraf somatik dan saraf autonomik.

Saraf somatik bertanggungjawab mengawal motor dan deria manakala saraf autonomik pula bertanggungjawab terhadap pergerakan spontan seperti degupan jantung.

Umumnya  sistem saraf manusia merupakan sistem yang paling penting memandangkan sistem ini bertanggungjawab terhadap aktiviti manusia seperti pergerakan otot, deria dan ingatan manusia.

Secara puratanya, manusia mempunyai 86 bilion neuron meliputi seluruh tubuh. Sekiranya kerosakan sistem saraf ini berlaku, ianya boleh menjejaskan fungsi kehidupan seseorang.

Namun ramai yang tidak ambil cakna dengan kesihatan sistem saraf ini. Selagi mata terbuka selagi itulah manusia bekerja demi mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

Sedangkan seperti manusia yang memerlukan rehat, tidur yang cukup, begitu jugalah dengan sistem saraf kita.

Ianya perlukan rehat!

Jika anggota badan sudah mula kurang responsif dan menjadi mudah lupa, itu adalah tanda-tanda sistem saraf kita sudah mula penat.

Bukankah membimbangkan jika ianya berlaku kepada kita sedangkan usia kita masih muda? Ada beberapa aktiviti yang boleh dilakukan untuk kita rehatkan sistem saraf. Antaranya ialah;

1. Mengangkat  dan Melepaskan Beban.

Latihan mengangkat dan melepaskan beban dapat meningkatkan input propioceptive.

Kita tidak perlu mengangkat beban yang terlalu berat seperti dumbel.

Cukup hanya dengan mengangkat beban di sekitar kita seperti selimut, bantal, toto, malah jika mempunyai haiwan peliharaan, kita boleh menjadikannya objek untuk latihan angkat beban.

Latihan mengangkat beban ini bukan hanya boleh dilakukan dengan tangan. Kita  juga boleh meletakkannya di bahu, punggung, dada dan kaki untuk memberikan sedikit tekanan.

Kaedah ini dapat membantu anggota badan kita kembali peka dan lebih responsif.

2. Berpelukan dengan Pasangan

Siapa sangka hanya dengan memeluk pasangan dapat merehatkan sistem saraf.

rehatkan sistem saraf

Sumber: Tenor.com

Pelukan erat bersama yang tersayang membebaskan endorphin dan oxytocin membuatkan kita berasa lebih tenang dan nyaman.

Ia juga dapat melegakan tekanan yang dihadapi sepanjang hari dipejabat. Ianya sangat mudah dipraktikkan tanpa memerlukan sebarang kos.

Terdapat juga kajian mengatakan memeluk pasangan selama 10 saat setiap hari dapat memanjangkan hayat.

Bukankah beruntung mereka yang mempunyai pasangan?

3. Menggoncangkan Anggota Badan.

Kita mungkin pernah melihat haiwan menggoncangkan tubuh mereka.

goncangkan badan

Sumber: Tenor.com

Sebenarnya itu adalah cara haiwan melepaskan stress atau trauma mereka.

Melalui hari yang panjang dan stress akan meningkatkan tenaga pada system saraf dan dipercayai gegaran dapat membantu melepaskannya.

Teknik ini dikenali sebagai gegaran terapeutik atau neurogenik.

Ini adalah teknik yang digunakan dalam latihan pelepasan terapi ketegangan dan trauma.

Memandangkan aktiviti ini tidak memerlukan ruang yang spesifik, maka ianya boleh dilakukan di mana-mana saja termasuklah ketika di pejabat dan di dalam kenderaan.

4. Mandian Hangat dengan Air Panas.

Mandi air panas juga dapat membantu mengurangkan keradangan dan dapat mengatur gula darah.

Kita boleh buat mandian teh atau mandian buih  dengan haruman yang kita suka sebagai satu terapi.

MashaAllah sungguh nikmat berendam air hangat setelah kepenatan seharian.

5. Berjalan di atas Batuan

Berjalan di atas batuan atau dikenali sebagai refleksologi dapat membantu melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan propioceptive.

berjalan atas batu

Sumber: thehealthsite.com

Laluan refleksologi telah banyak disediakan di kawasan rekreasi serta taman permainan.

Sesiapa yang belum pernah cuba wajib cuba.

6. Makan Lemak

Makan lemak bukanlah bermakna kita perlu mengambil makanan-makanan berlemak seperti nasik lemak, ayam masak lemak, kari daging dan sebagainya. Tidak sama sekali.

Otak dan sistem saraf suka akan lemak yang sihat. Sebagai contoh buah avocado, kekacang, ikan yang tinggi omega3, minyak zaitun, minyak kepala dan butter atau ghee.

Apa yang penting adalah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum anda mengambil makanan-makanan di atas sekiranya anda mengidapi sebarang penyakit lain.

7. Hindari Kebisingan

Ramai di antara kita menjalani kehidupan yang sibuk dan tidak mempunyai banyak masa  untuk berehat sebentar.

Walaupun begitu, kita masih memilih untuk mengisi masa lapang  dengan rancangan Netflix, panggilan telefon dengan rakan dan melayari media sosial.

Walaupun tidak ada yang salah dengan aktiviti ini, sistem saraf sangat memerlukan ruang dan kesunyian.

Setiap aktiviti akan memberi ransangan kepada sistem saraf. Dengan memberi rehat pada saraf kita, kita memberi mereka jumlah minimum rangsangan dan memaksimumkan rehat.

Apabila kita secara sedar memilih untuk memberi rehat pada sistem saraf kita, kita membiarkan seluruh sistem kita dikalibrasi semula.

Sistem saraf yang sihat boleh menyebabkan peningkatan imuniti  dan ketahanan tubuh.

Dengan mengurangkan rangsangan yang tidak perlu disamping melakukan aktiviti-aktiviti di atas, kita dapat memastikan bahawa saraf kita tetap sihat tidak kira apa yang berlaku di dunia di sekitar kita.

Diharapkan semoga artikel tips rehatkan sistem saraf ini bermanfaat kepada para pembaca serta dapat memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan tubuh badan bukan terhad kepada sistem saraf semata-mata.

Nikmat kesihatan itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, maka kita harus menjaganya dengan sebaik mungkin.

Rujukan: healthline.com

Artikel ini dihantar oleh Nur Saleha. Jika anda berminat untuk menghantar artikel dan mendapat bayaran, sila klik Hantar Artikel untuk maklumat lanjut.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *