Press "Enter" to skip to content

Kepentingan Hibah: 4 Sebab Suami Perlu Ambil Tahu

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Hibah dalam bahasa mudah adalah hadiah kepada seseorang. Ada banyak kepentingan hibah kepada keluarga yang para suami perlu tahu. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan bersama anda.

Hibah = Hadiah

Itu maksud paling mudah faham. Saya menulis artikel ini sebagai seorang rakyat biasa bukannya dari pandangan seorang agen insuran atau takaful.

Bagi saya, ada dua syarikat terbaik yang menyediakan hibah takaful (tunai) di Malaysia:

Sudah semestinya, saya menulis kerana ada melanggan hibah dari syarikat takaful. Selain hibah tunai, kita juga perlukan perlindungan takaful kesihatan.

Jadi, pandangan ini tidak akan berat sebelah kepada mana-mana pihak. Hanya semata-mata untuk kelansungan hidup selesa kepada waris si mati.

Sebagai pengguna, kita bebas memilih syarikat yang buat hibah takaful sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan. Saya akan huraikan berkenaan hibah tunai (cash) dari jenis takaful sahaja.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi situasi mudah iaitu suami bekerja. Dia ketua keluarga yang menampung sebahagian besar komitmen bulanan keluarga. Isteri juga bekerja sebagai sokongan tambahan atau tidak bekerja (suri rumah) yang menjaga anak-anak.

Jika situasi begini, suami adalah punca utama pendapatan keluarga. Jika suami tidak bekerja atau meninggal dunia, jadi tiada sumber pendapatan.

Siapa akan tanggung kelangsungan hidup isteri dan anak-anak? Soalan pertama para suami kena jawab atau isteri kena fikirkan.

Di sini datangnya hibah sebagai perlindungan ketika tidak mampu bekerja atau berlaku kematian.

Tambahan kita dalam situasi pandemik COVID-19 yang meruncing. Kes naik saban hari dan risiko pada setiap orang adalah sangat tinggi. Jadi, perlindungan tambahan adalah sangat perlu.

Jom saya kongsikan 4 kepentingan hibah kepada keluarga anda:

1. Sara Hidup Selepas Kematian Suami

Sebab paling utama dan paling penting untuk suami dapatkan hibah. Pada yang meninggal dia sudah habis fasa di dunia, tetapi apa nasib pada isteri dan anak-anak yang masih perlu teruskan hidup?

pampasan-kematian

Hibah tunai takaful ini akan memberikan wang tunai (cash) terus kepada penama (isteri) tanpa melalui proses faraid. Duit dapat cepat, pada masa sama dapat teruskan hidup tanpa tekanan kewangan.

2. Duit Simpanan Tidak Banyak

Sedia maklum, tidak semua orang mempunyai simpanan ratusan ribu selepas kematian. Mungkin ada tapi tidak ramai. Takkan nak gunakan akaun simpanan anak-anak yang lebih penting untuk masa depan mereka.

Ramai yang sekadar cukup makan atau ada sedikit sahaja. Mungkin boleh tampung isteri dan anak-anak tak sampai beberapa bulan.

Itulah situasi saya. Nak kata tak ada tu, tipulah. Tetapi untuk jangka masa panjang akan jadi masalah kepada keluarga.

Tanpa hibah tunai, isteri perlu bekerja untuk dapat pendapatan. Soalan lain yang timbul, berapa lama isteri akan dapat kerja semula?

Pada isteri yang bekerja, perlu pula tingkatkan pendapatan dengan buat bisnes sampingan atau dua kerja dalam satu masa. Bukankah itu satu tambahan beban dari segi masa, tenaga dan mental?

3. Elak Rebut Harta Pusaka

Harta si mati banyak. Sewaktu hidup ramai tidak peduli. Biarkan sahaja pada keluarga si mati uruskan.

Namun, halnya berubah selepas jadi harta pusaka. Ramai berebut harta, tuntut sana sini tanpa peduli kebajikan waris si mati yang lebih utama.kepentingan-hibah-takafulSumber gambar: islamituindah.my

Jika ada harta, faraid adalah satu satu kaedah terbaik untuk selesaikan pembahagian secara adil. Bahagian isteri hanya 1/8 daripada harta dan prosesnya akan jadi panjang jika tiada kerjasama dari adik beradik, ibu bapa dan keluarga.

Sementara tunggu harta selesai dibahagi, waris si mati perlu teruskan hidup. Sewaktu ini, hibah tunai sangat perlu kerana prosesnya lebih cepat.

4. Suami Tidak Mampu Lagi Bekerja

Ada banyak sebab seperti faktor kesihatan dan juga akibat kemalangan. Jika berlaku kes seperti ini yang membawa kepada hilang upaya kekal, secara automatik dapat hibah.

Jadi, konsepnya adalah sama iaitu dapat membantu keluarga yang terbeban akibat suami tidak mampu lagi bekerja.

Suami anda sudah ambil hibah?

Jika sudah, tahniah saya ucapkan kerana mereka tahu kepentingan hibah buat keluarga. Kita semua tahu, langit tak selalunya cerah, malang tak berbau. Kita tidak minta namun ketentuan Allah tiada siapa boleh jangka.

Suami bertanggungjawab akan memikirkan bukan hanya esok ‘nasi perlu disuap’ pada anak dan isteri, tetapi jauh melangkaui masa depan meraka.

Suami belum ambil hibah sebab kekangan kewangan? Saya faham. Jika anda bekerja, boleh ambilkan untuk si suami. Boleh bincang. Bukan untuk orang lain tetapi untuk perancangan masa depan yang lebih baik.

Sebelum tidur, renung anak-anak, renung isteri, fikir dalam-dalam. Apa akan jadi jika esok aku sudah tiada?

Abu Sofea
Yang dah ambil hibah untuk keluarga tersayang.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *