Kawasan Hotspot Banjir 2022: Apa Persiapan Keluarga Anda Menghadapi Musibah Banjir?
Saban tahun, musibah banjir berlaku di Malaysia. Tahun 2022, kerajaan telah mengeluarkan pekeliling mengenai kawasan hotspot banjir untuk kita bersedia.
Tidak kira banjir besar atau kecil, kesannya tetap menyebabkan kerugiaan harta dan nyawa.
Sebagai pengajaran, kita perlu bersedia tambahan pula ketika hujung tahun seperti ini (Oktober, November dan Disember).
Sebagai ketua keluarga, apa tanggungjawab dan persediaan untuk ahli keluarga terutamanya perlindungan kepada anak-anak? Juga perlindungan kepada harta benda.
Senarai kawasan hotspot banjir di Malaysia mengikut negeri:
1. Jumlah Lokasi Hotspot Banjir 2022 Mengikut Negeri
No. | Negeri | Jumlah Lokasi Hotspot Banjir |
---|---|---|
1. | Kelantan | 595 lokasi |
2. | Terengganu | 300 lokasi |
3. | Pahang | 763 lokasi |
4. | Johor | 432 lokasi |
5. | Negeri Sembilan | 369 lokasi |
6. | Melaka | 157 lokasi |
7. | Selangor | 339 lokasi |
8. | Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 48 lokasi |
9. | Perak | 265 lokasi |
10. | Pulau Pinang | 229 lokasi |
11. | Kedah | 373 lokasi |
12. | Perlis | 54 lokasi |
13. | Sarawak | 1034 lokasi |
14. | Sabah | 520 lokasi |
15. | Wilayah Persekutuan Labuan | 18 lokasi |
JUMLAH | 5496 lokasi |
2. Kelantan

3. Terengganu

4. Pahang

5. Johor

6. Negeri Sembilan

7. Melaka

8. Selangor

9. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

10. Perak

11. Pulau Pinang

12. Kedah

13. Perlis

14. Sabah

15. Wilayah Persekutuan Labuan

15. Apa Persediaan Menghadapi Banjir
1. Peka terhadap amaran banjir seperti pengumunan penting, amaran siren dan arahan-arahan dari pihak berwajib. Ini perlu lebih peka ketika waktu malam kerana suasana gelap dan menyukarkan pergerakan.
2. Simpan dokumen, surat, fail dan barangan penting pada tempat yang selamat seperti di bahagian tinggi atau di tempat lain yang tidak terkena banjir.
3. Sediakan beg kecemasan yang mengandungi:
- Dokumen penting
- Pakaian, kasut, selimut
- Lampu suluh dan bateri
- Kit kecemasan dan ubat-ubatan
- Wisel
- Makanan tahan lama seperti dalam tin
- Air
- Radio mini
- Alatan kebersihan
- Telefon dan power bank
- Sedikit wang.
4. Jika perlu pindah, bersedia dan terima arahan pihak berwajib. Selamatkan diri dan anak-anak lebih penting dari harta benda.
Walaupun kita sudah mengetahui kawasan hotspot banjir, namun perkara paling penting adalah sentiasa bersedia dari segi peralatan, fizikal dan mental.
Semoga kita semua dijauhkan daripada bencana banjir dan mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah.
Sumber: Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Jabatan Pengairan dan Saliran