Press "Enter" to skip to content

10 Direktori Perniagaan Percuma (Business Directory) Untuk Pemasaran Bisnes

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Aktiviti pemasaran untuk bisnes perlu berterusan. Salah satu cara untuk jimatkan kos pemasaran adalah dengan menggunakan direktori perniagaan percuma atau business directory.

Apa itu direktori perniagaan (business directory)?

Ia adalah satu website yang mengumpulkan semua perniagaan sama ada dalam kategori yang sama atau pelbagai.

Website ini akan dipaparkan maklumat perniagaan seperti nama perniagaan, jenis perniagaan, nombor telefon, alamat, produk dan sebagainya.

Kenapa bisnes anda perlu ada di website direktori perniagaan?

Beriklan di laman web direktori perniagaan percuma boleh memberi manfaat besar kepada perniagaan kecil atas beberapa sebab:

i) Pendedahan kepada Umum (Visibility)

Direktori perniagaan percuma memberikan platform tambahan kepada perniagaan kecil untuk mendapat pendedahan. Mereka sering memiliki ranking enjin carian yang baik, meningkatkan peluang ditemui oleh bakal pelanggan yang mencari perkhidmatan atau produk tertentu.

ii) Kos yang efektif

Bagi perniagaan kecil yang beroperasi dengan bajet yang terhad, direktori percuma menawarkan cara yang kos efektif dan kebanyakkannya percuma. Mereka dapat mempromosikan perkhidmatan tanpa perlu mengeluarkan bajet besar untuk pemasaran.

iii) Pemasaran kepada penduduk setempat

Banyak direktori percuma memberi tumpuan kepada kawasan atau niche tertentu, membolehkan perniagaan kecil menarik pelanggan tempatan dengan lebih berkesan.

Pendekatan untuk penduduk setempat ini membantu menarik pelanggan berdekatan yang sedang mencari perkhidmatan di kawasan mereka.

iv) Manfaat Search Engine Optimization (SEO)

Mempunyai maklumat perniagaan dalam website direktori perniagaan boleh meningkatkan kehadiran dalam talian (online) dan pengoptimuman enjin carian (SEO).

Semakin banyak direktori yang terkemuka di mana perniagaan disenaraikan, semakin dipercayai ia oleh enjin carian, mungkin membawa kepada peningkatan ranking dalam hasil carian.

v) Kredibiliti dan Kepercayaan

Mempunyai maklumat perniagaan di dalam business directory secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti dan kebolehpercayaan perniagaan.

Pelanggan sering mempercayai perniagaan yang disenaraikan dalam direktori yang terkenal, membawa kepada keyakinan yang lebih tinggi terhadap perkhidmatan atau produk yang ditawarkan.

vi) Peningkatan Trafik dan Prospek

Penyenaraian bisnes di dalam direktori yang dioptimumkan dengan baik boleh membawa trafik ke laman web atau lokasi fizikal perniagaan anda.

Ia boleh menghasilkan prospek dan pertanyaan dari pelanggan yang berpotensi berminat dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

vii) Kelebihan dalam persaingan

Perniagaan kecil menghadapi persaingan yang sengit. Penyenaraian di direktori bersama pesaing dapat membantu meningkatkan peluang dan memastikan mereka kelihatan di antara pembekal perkhidmatan yang memiliki bisnes yang sama.

Jom kami kongsikan laman web direktori perniagaan (business directory) yang boleh anda cuba.

1. Yelp.com

Ditubuhkan pada tahun 2004, dianggarkan 136 juta pengunjung melayari laman web direktori ini setiap bulan.

Bagi perniagaan, Yelp menawarkan platform percuma untuk mencipta profil, berinteraksi dengan pelanggan, dan menjawab ulasan.

Pemilik perniagaan boleh menuntut perniagaan (claim listing) mereka di Yelp secara percuma dan menguruskan maklumat perniagaan mereka, seperti waktu operasi, lokasi, dan maklumat telefon.

Website: yelp.com

2. Yellow Pages Malaysia

Diasaskan sejak tahun 1986, direktori perniagaan ini berkembang luas di seluruh dunia. Daripada sebuah direktori offline menggunakan kertas sehingga kini mempunya jaringan website di kebanyakkan negara termasuk Malaysia.

Jenis post: Percuma 30 hari pertama sahaja kemudian dikenakan bayaran serendah RM29 sebulan

Website: yellowpages.my

3. Carousell

Website ini lebih khusus menjual barangan terpakai namun anda boleh gunakan untuk mempromosi perniagaan. Cuma pilih kategori yang sesuai. Contohnya, jika anda menawarkan perkhidmatan perunding hartanah, ada boleh pilih pada bahagian Service.

Website: Carousell.com.my

4. Majalah.com

Website berbahasa Melayu sesuai untuk anda pasarkan perniaagaan produk fizikal, servis atau apa-apa aktiviti perniagaan yang lain.

Saya sendiri pernah jual Gitar di sini. Memang ada pembeli yang genuine. Beriklan pada hari bekerja sahaja.

Direktori perniagaan percuma ini berbentuk plain-text dan jenis forum. Jadi anda dan rakan lain boleh komen dan memberi pendapat.

Website: majalah.com

5. Businesslist.my

Jika anda membuat carian di Google dengan kata kunci “business directory Malaysia”, ini adalah website pertama akan muncul.

Setelah membuat kajian, saya dapati website ini sangat baik kerana mempunyai maklumat perniagaan dan sistem rating dan review dari pengguna.

Jadi tidak salah mencuba untuk pakej yang percuma.

Website: businesslist.my

6. Businessfield.my

Menawarkan kepada pemilik bisnes senarai direktori yang lebih baik dan satu platform untuk pengiklanan kepada sasaran pelanggan mereka.

Website: businessfield.my

7. Directory.com.my

Direktori perniagaan yang mempunyai layar yang ringkas, mudah dan pantas.

Website: directory.com.my

8. Bizinfo.my

Direktori perniagaan online yang menyenaraikan perniagaan terbaik di Malaysia. Website ini mengumpul dan merekodkan perniagaan dalam sebuah direktori lengkap.

Website: bizinfo.my

9. Yellowbees.com.my

Direktori perniagaan percuma ini memberi tumpuan kepada Business to Business (B2B) dengan ribuan pembekal perniagaan, menjadikannya mudah bagi mana-mana perniagaan untuk mendapatkan perkhidmatan atau pembekal yang tepat.

Website: yellowbees.com.my

10. Surf.com.my

Platform percuma yang menyenaraikan perniagaan di Malaysia seperti tempat menarik, maklumat perniagaan, restoran, dan aktiviti lain.

Website: surf.com.my

Kesimpulan

Laman web direktori perniagaan percuma menawarkan kepada perniagaan kecil cara yang murah namun berkesan untuk meningkatkan kehadiran dalam talian, mencapai pelanggan potensi dan membina kredibiliti dalam industri masing-masing.

Tak rugi kita cuba sebab lebih ramai orang lihat iklan perniagaan kita, semakin banyak peluang untuk kita dapat buat jualan.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *