Press "Enter" to skip to content

COVID-19: Kelahiran Bayi di Malaysia Meningkat Pada 2021?

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Kita dan pasangan masih di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan sehingga 28 April 2020. Banyak aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga, bersama pasangan, bersama anak-anak. Anda tentukan sendiri.

Salah satu kesan yang dijangka terjadi pada tahun hadapan adalah pertambahan jumlah penduduk Malaysia. Banyak kelahiran bayi dijangka akan meningkat pada tahun 2021.

Mengikut Dr Hamizah Mohd Hassan, Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ia kerana ramai pasangan atau ibu bapa berkurung di rumah pada tempoh ini.

Kenyataan ini dibuat berdasarkan kejadian baby boom (kelahiran bayi luar biasa) yang pernah terjadi di Maine dan New Hampshire, Amerika Syarikat pada tahun 1998. Pada ketika itu terjadi fenomena ribut salji yang buruk menyebabkan keluarga terperangkap di rumah.

Syukur pada mereka yang dikurniakan anak tidak kira waktu atau keadaan bagaimana sekalipun. Anak itu satu rezeki. Lahirnya dia membawa satu kegembiraan dan rezeki buat seisi keluarga.

Sumber info: Berita Harian

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *