Press "Enter" to skip to content

Cara Mohon KWSP i-Sinar Kategori 2

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Kerajaan telah membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan sebahagian wang dari Akaun 1. Dengan masalah kewangan yang terkesan oleh pandemik COVID-19, memohon i-Sinar adalah satu langkah yang perlu.

Sementara masih ada peluang ini, baik gunakan. Bukan untuk beli barang kehendak tetapi untuk survival dengan perkara keperluan.

Kategori Pemohon i-Sinar

Ada dua kategori untuk permohonan i-Sinar iaitu:

Kategori 1
– Ahli tiada caruman sekurang-kurangnya 2 bulan.
– Ahli masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji pokok 30% dan ke atas (selepas 1 Mac 2020).
– Pembayaran kepada yang layak pada Januari 2021.

Kategori 2
– Ahli masih bekerja tetapi mengalami pengurangan gaji keseluruhan (gaji, elaun atau kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020.
– Perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk pengurangan tersebut (slip gaji, notis pemberhentian atau pemotongan gaji, surat berkaitan penamatan kerja lebih masa, atau dokumen berkaitan).
– Boleh guna telefon untuk ambil gambar dokumen. Yang penting jelas dan terang.
– Pembayaran pada yang layak dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.

Berapa jumlah wang boleh dikeluarkan?

  1. Jika baki akaun 1 KWSP kurang daripada RM100,000, had maksimum pengeluaran RM10,000.
  2. Jika baki akaun 1 KWSP lebih daripada RM100,000, had maksimum pengeluaran 10% atau sehingga RM60,000.

Cara Memohon i-Sinar

Permohonan sangat mudah kerana melalui online sahaja. Untuk Kategori 2, permohonan bermula dari 11 Januari 2021 dan tamat pada 30 Jun 2021.

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my. Pastikan alamat laman web adalah betul, ada https dengan nama domain yang betul.
  2. Klik pada Permohonan Baru.
    cara-mohon-i-sinar
  3. Baca keterangan permohonan. Pastikan anda layak untuk memohon. Pilih Ya.
    cara-mohon-i-sinar
  4. Masukkan nombor kad pengenalan/myKad/myPR.
    cara-mohon-i-sinar
  5. Masukkan nombor telefon bimbit.
  6. Klik Teruskan dan ikuti arahan seterusnya.
  7. JIka ingin membuat semakan status permohonan, klik pada Semak Status Permohonan.

Anda juga boleh rujuk panduan grafik di bawah untuk lebih jelas.

cara-mohon-i-sinarcara-mohon-i-sinarPerlukan Bantuan?

Layari laman web KWSP atau hubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *