Press "Enter" to skip to content

Bajet 2023: Ringkasan Belanjawan 2023 & Bantuan untuk Rakyat

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Pada 7 Oktober 2023, Meteri Kewangan Malaysia iaitu YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zhafrul bin Tengku Abdul Aziz telah membentangkan belanjawan 2023 atau ringkasnya Bajet 2023.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah pasti menunggu apakah faedah atau kebaikan yang bakal kita terima melalui perancangan kerajaan ini.

Tema Bajet 2023 adalah Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.

bajet 2023

Sudah semestinya kita mahukan kebaikan kepada ekonomi, pendidikan, perubatan dan kebajikan kita dipenuhi. Antara initiatif kerajaan pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dengan slogan Keluarga Malaysia ini adalah:

1. Bantuan RM2,500 Keluarga Malaysia

Bantuan RM2,500 secara one-off untuk isi rumah lima (5) orang anak atau lebih.

2. Bantuan RM100 e-Pemula M40

Kredit e-Dompet (e-Wallet) bernilai RM100 kepada golongan B40 berpendapatan RM100,000 setahun ke bawah.

3. Bantuan e-Pemula RM200

Diberi kepada belia berumur 18 – 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun dan ke atas.

4. Bantuan RM500 CahayaMata Keluarga Malaysia

Untuk ibu yang melahirkan anak pada tahun 2023, bantuan RM500 one-off diberikan kepada ibu isi rumah penerima BKM.

5. Bantuan RM150 Awal Persekolahan

Peruntukan Bantuan Awal Persekolah ini diberikan kepada ibu bapa tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

6. 50,000 Tawaran Kerja melalui MyStep

Penempatan tawaran pekerjaan dalam sektor awam dan GLC

7. Diskaun antara 15% – 20% Bayaran Balik PTPTN

Diskaun 20% untuk mereka yang membuat bayaran hutang secara penuh. Diskaun 15% jika buat bayaran 50 peratus baki. Diskaun 15% juga jika buat bayaran melalui potongan gaji.

8. Pas Bulanan My50

Initiatif pas bulanan untuk pengguna pengangkutan awam.

9. Bantuan RM800 Musim Tengkujuh

Diberikan kepada pekebun kecil getah semasa yang dilanda musibah.

10. Bantuan RM200 Kepada Pesawah

Bantuan diberikan kepada pesawah untuk tempoh tiga (3) bulan atau semusim padi.

11. Bantuan RM700 Khas Kewangan

Untuk penjawat awam bawah Gred 56. Pesara akan terima RM350

12. Bantuan RM600 Hari Raya Aidilfitri

Untuk penjawat awam dan dibayar menjelang Mac 2023

13. Geran RM1,000 PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana)

Geran one-off untuk syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar.

Sumber: https://bantuanrakyat.my

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *