Press "Enter" to skip to content

29 Tempat Menarik di Langkawi untuk Keluarga Bercuti 2022

Last updated on 09/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Langkawi adalah salah satu tempat perlancongan terbaik yang ada di Malaysia. Dengan keluasan 478km persegi meliputi 99 buah pulau, banyak tempat menarik di Langkawi boleh dikunjungi.

Pulau lagenda di negeri Kedah ini juga dikategorikan sebagai pulau bebas cukai. Banyak anda boleh jimat jika berbelanja di sini. Ia juga dikenali dengan nama Langkawi Permata Kedah.

Kami kongsikan 29 tempat menarik di Langkawi untuk bawa keluarga bercuti pada tahun 2022.

1. Kereta Kabel Langkawi (Langkawi SkyCab)

Tarikan utama di Langkawi sudah semestinya kereta kabel (SkyCab). Mula di buka pada 27 Februari 2005 dengan jarak 2.2km.

Dengan menaiki kereta kabel ini, anda dapat melihat panorama batu kapur berusia 500 juta tahun Gunung Machincang.

kereta kabel skycab langkawi

 

kereta kabel skycab langkawi

Terdapat 3 pilihan gondola untuk anda cuba naiki iaitu Gondola Biasa, Bottom Glass Gondola dan VIP Gondola.

Jika anda ingin rasa seperti berada di atas kawasan hutan, boleh cuba Bottom Glass Gondola kerana lantai kacanya lutsinar dan nampak bahagian bawah.

Setiap gondola boleh memuatkan sehingga 6 orang. Jadi, jika anda bersama keluarga kecil, memadai hanya satu gondola.

Permandangan dari atas awan melihat bukit dan sekitar Pulau Langkawi sangat mengujakan.

Tambahan jika anda bawa anak-anak bersama kerana perjalanan dari bawah hingga ke atas mengambil masa sekitar 15 minit. Puas bergambar dengan keluarga.

Setiba di atas, anda boleh lihat pemandangan 360 darjah meliputi Pulau Langkawi dan Selatan Thailand.

Jika waktu cuti sekolah, ramai orang akan beratur untuk membeli tiket. Untuk lebih mudah, anda boleh beli secara online seperti di Klook.com.

Boleh dapat harga yang lebih murah dan tempat beratur untuk menebus tiket juga disediakan khas untuk pembeli online.

Harga Tiket:
Harga tiket termasuk kemasukan ke SkyDome, SkyRex dan Muzium 3D Art.

Jenis GondolaWarganegara MalaysiaBukan Warganegara MalaysiaInfo
Gondola Biasa (Normal Gondola)Dewasa: RM43 seorang
Kanak-kanak: RM33 seorang
Dewasa: RM85 seorang
Kanak-kanak: RM65 seorang
Gondola berkongsi dengan orang lain. Ada waktu berlepas yang ditetapkan

Tambahan RM50 untuk tiket Express Lane.
Gondola Lantai Lutsinar (Bottom Glass Gondola)RM105 seorangRM105 seorang
360° GondolaRM155 seorangRM155 seorang
VIP GondolaRM550 untuk 3 orangRM550 untuk 3 orang
Private GondolaRM550 untuk 4-6 orangRM550 untuk 4-6 orang
Waktu Operasi9.30 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari)
AlamatCable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604-959 4225/1225
Websitepanoramalangkawi.com
Media SosialFacebook | Instagram | YouTube

Beli Tiket Cable Car Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

2. Island Hopping

Untuk aktiviti air, Pulau Langkawi menawarkan aktiviti Island Hopping. Anda akan di bawa menaiki bot ke tiga tempat utama iaitu ke Tasik Dayang Bunting, Memberi Makan Helang dan Pulau Beras Basah.

Eagle-feeding-Island-hopping-Langkawi
Memberi makan helang (eagle feeding). Kredit gambar unexploredfootsteps.com
pulau beras basah
Pulau Beras Basah. Kredit gambar langkawi-tour.com

Di Tasik Dayang Bunting anda boleh mandi, berkayak dan sebagainya. Kemudian anda akan di bawa untuk melihat helang dan pemandu bot akan memberi makan helang.

Akhir sekali, anda akan ke Pulau Beras Basah untuk melihat keindahan pantai dan mandi-manda.

tasik dayang bunting
Tasik Dayang Bunting. Kredit gambar langkawigotours.com

Aktiviti ini bermula dari awal pagi sehingga tengahari. Mengambil masa antara 3 ke 4 jam. Terdapat 2 trip iaitu 9 pagi dan 2 petang. Kami cadangkan anda ambil tiket pagi kerana suasana pagi yang nyaman.

Sangat menyeronokkan melihat keindahan laut, berjalan kaki di pulau dan mandi pantai. Digalakkan pakai pakaian sesuai kerana anda kemungkinan basah bermain air laut.

Seeloknya bawa beg kalis air untuk perlindungan barang peribadi seperti telefon bimbit, tuala dan kasut. Bawa juga makanan kerana aktiviti yang panjang boleh buat anda dan anak-anak kelaparan.

Jika anda membeli tiket, tidak perlu risau untuk ke jeti ke island hopping. Wakil travel agen akan datang mengambil anda di hotel. Anda cuma perlu tunggu di perkarangan lobi hotel sahaja.

Harga tiket untuk Pakej Island Hopping (Tasik Dayang Bunting, melihat helang makan dan Pulau Beras Basah)

PakejHarga
Kongsi Bot (Sharing Boat)Dewasa: RM40
Kanak-kanak: RM30
Bot Peribadi (Private Boat)RM300 – maksimum 10 orang
RM350 – maksimum 12 orang
RM450 – maksimum 15 orang
Masuk ke Tasik Dayang BuntingDewasa – RM5 seorang
Kanak-kanak – RM3 seorang
Waktu OperasiSesi 9.00pagi dan sesi 2.00 petang
AlamatJeti Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah

Beli Tiket Island Hopping Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

3. Underwater World Langkawi

Mula beroperasi sejak Ogos 1995, ia merupakan akuaria dengan terowong cermin sepanjang 15 meter yang diisi dengan 500,000 liter air laut.

Ini adalah tempat menarik di Langkawi khusus untuk kanak-kanak. Mereka pasti teruja dan gembira melihat pelbagai hidupan laut di sini seperti penguin, ikan, anjing laut dan ikan pari.

underwater world langkawi

Konsepnya sama seperti Underwater World KLCC cuma di sini terdapat juga hidupan darat seperti burung dan itik.

Aktiviti memberi makan haiwan juga di adakah sebagai tarikan kepada pengunjung iaitu:

AktivitiWaktu
Waktu OperasiSetiap hari 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Cuti sekolah/cuti umum: 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Anjing Laut (Seals)2.30 petang (Sabtu – Khamis)
4.00 petang (Jumaat sahaja)
Penguin Afrika (African Penguins)11.00 pagi dan 2.45 petang
Rockhopper Penguins11.15 pagi and 3.00 petang
Tunnel Tank3.30 petang
Harga Tiket Pemegang MyKadHarga Tiket Tanpa MyKad
Dewasa RM43 seorangDewasa RM53 seorang
Kanak-kanak RM33 seorangKanak-kanak RM43 seorang
Warga Emas RM33 seorang 
AlamatUnderwater World Langkawi, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604 955 6100
Websiteunderwaterworldlangkawi.com
Media SosialFacebook | Instagram | Twitter

Beli Tiket Underwater World, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

4. Langkawi Wildlife Park

Ia adalah taman haiwan atau zoo yang menghimpunkan pelbagai haiwan liar seperti burung, reptilia, burung unta, arnab, landak dan sebagainya.

Berkeluasan 5.5 ekar, mula dibuka pada tahun 2002 dengan nama Taman Burung Langkawi, kemudiannya ditukar nama kepada Langkawi Wildlife Park.

langkawi wildlife park
langkawi wildlife park
Memberi makan haiwan. Kredit gambar Klook.com

Tempat yang sangat berbaloi untuk bawa anak-anak bergembira dengan memberi makan di samping memegang haiwan yang comel.

Selain tempat yang menyeronokkan kepada anak-anak, mereka juga dapat menimba ilmu dengan mengenali dan belajar tentang haiwan yang berada di Langkawi Wildlife Park ini.

Banyak maklumat pembelajaran di sediakan seperti brosur dan info grafik. Taman ini satu tempat menarik di Langkawi yang membuatkan anak-anak anda tak mahu pulang!

Jaraknya kira-kira 24 kilometer jika anda memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Harga Tiket BiasaHarga Tiket MyKad/MyKid
Dewasa ( 13 tahun & ke atas): RM 50.00
Kanak-Kanak (2-12 tahun): RM 30.00
Dewasa ( 13 tahun & keatas): RM 35.00
Kanak-Kanak (2-12 tahun): RM 25.00
Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 25.00
Waktu Operasi:8.30 pagi – 5.30 petang (setiap hari)
AlamatLangkawi Wildlife Park, Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah.
Telefon04-966 5855
Media SosialFacebook

Beli Tiket Langkawi Wildlife Park, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

5. Kilim Geoforest Park

Dianugerahkan UNESCO Network Of Global Geoparks sejak 2006, Kilim Geoforest Park merupakan kawasan geopark lindungan berkeluasan 100 kilometer persegi.

harga kilim geoforest park langkawi
kilim geoforest park
kilim geoforest park

Terdapat warisan geologi purba, keajaiban semula jadi yang tidak terkira banyaknya, pelbagai flora dan fauna, dan juga komuniti tempatan di Kampung Kilim.

Anda akan di bawa mengembara menaiki bot ke geoforest hutan dan batuan berusia jutaaan tahun. Khazanah yang berharga yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara di Pulau Langkawi.

Pengembaraan ini mengambil masa 2 jam. Anda akan di bawa ke Gua Kelawar, Gua Buaya, Gua Langsir, kawasan makanan burung helang, paya bakau, tasik, hutan, gua dan pantai.

Banyak keindahan pulau dan laut akan akan lihat dan pelajari seperti melihat ribuan kelawar yang bergantung dan aksi hebat helang menyambar ikan.

Harga Tiket Mangrove Tour:

PakejHargaTempat Lawatan
2-Hour Mangrove TourRM350/botRiver Cruise, Floating Fish Farm, Eagle Watching, Bats Cave dan salah satu antara Crocodile Cave atau Langsuir Cave
3-Hour Mangrove TourRM450/botRiver Cruise, Floating Fish Farm, Eagle Watching, Bats Cave, Crocodile Cave dan salah satu antara Langsuir Cave / Anak Tikus Island (Fossil Island) / Beach / Swimming.
4-Hour Mangrove TourRM500/botRiver Cruise, Floating Fish Farm, Eagle Watching, Bats Cave, Crocodile Cave dan 2 tempat antaranya Langsuir Cave atau Anak Tikus Island (Fossil Island) atau Beach / Swimming atau Fish Feeding.
Waktu Operasi9.00 pagi hingga 5.00 petang (setiap hari)
Telefon+604 959 2323 atau +6011 6545 2323
Websitekilimgeoforestpark.com
Media SosialYouTube

6. 3D Art in Paradise Langkawi

Jika anda membeli tiket ke Kereta Kabel SkyCab, akan disertakan dengan tiket masuk 3D Art in Paradise Langkawi dalam pakej yang sama.

Tempat lukisan 3D dari 23 artis kreatif ini mengumpul 100 mural pelbagai jenis lukisan menarik. Jika anda suka selfie atau swafoto, ini adalah tempat wajib anda kunjungi.

muzium 3d langkawi

Tahukah anda, muzium 3D ini adalah yang terbesar di Malaysia dan kedua di dunia.

Ada 9 zon disediakan iaitu Aquarium Zone, Safari Zone, Fantasy Zone, Optic Illusion Zone, Classic Zone, Main Hall Zone, Interactive Zone 1, Interactive Zone 2 dan Glow In The Dark Zone.

Serlahkan kreativiti gambar anda dan keluarga. Bergambar sepuasnya untuk kenangan terindah di muzium 3D ini.

Harga Tiket Warganegara MalaysiaHarga Tiket Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa: RM30
Kanak-Kanak: RM20
Dewasa: RM38
Kanak-Kanak: RM28
Waktu Operasi9.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari)
Alamat3D Art in Paradise, Oriental Village Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah.
Telefon+604 959 4225/1225
Websitepanoramalangkawi.com
Media SosialFacebook | Instagram | YouTube

7. Taman Buaya Langkawi (Crocodile Adventureland)

Destinasi menarik di Langkawi seterusnya adalah Taman Buaya Langkawi.

Ia adalah taman buaya terbesar di Malaysia menempatkan hampir 4000 ekor buaya daripada spesimen muda hingga lebih matang seperti Tomistoma, Siam, Guinea dan buaya Air Masin (Buaya Tembaga).

Diasaskan pada 1993, merupakan Geopark Partner of UNESCO Global Geopark dan berdaftar dengan Convention on International Trade and Endangered Species.

Pertunjukan di Taman Buaya. Kredit gambar jomjalan.com.my

Ia juga menempatkan buaya yang paling menakutkan dan salah satu daripada buaya terbesar di dunia dalam kurungan diberi nama “Bujang Lang”, seekor buaya air masin seberat 1000 kilogram.

Tempat yang wajib dilawati oleh keluarga dan anak-anak kerana terdapat aktiviti seperti memancing buaya, bergambar dengan buaya, melihat pertunjukan dan memberi makan buaya.

Harga tiket:

PakejHarga TiketPakej Termasuk
Adventure ComboWarganegara Malaysia
Dewasa: RM30
Kanak-Kanak: RM25
Warga Emas/Kelainan Upaya: RM25

Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa: RM45
Kanak-Kanak: RM35
– Tiket Masuk
– 2 paket pelet makanan untuk pengalaman memberi makan buaya dewasa
Explore ComboWarganegara Malaysia
Dewasa: RM46
Kanak-Kanak: RM36
Warga Emas/Kelainan Upaya: RM36

Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa: RM56
Kanak-Kanak: RM46
– Tiket Masuk
– Memberi makan buaya (Juvenile Feeding)
– Lawatan taman (kongsi)
– Memancing buaya (Crocodile fishing)
Croc Encounter ComboWarganegara Malaysia
Dewasa: RM85
Kanak-Kanak: RM70

Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa: RM90
Kanak-Kanak: RM75
– Tiket Masuk
– Memberi makan buaya (Juvenile Feeding)
– Lawatan taman (kongsi)
– Memancing buaya (Crocodile fishing)
– Photo pass
– Crocodile interaction
Snack Bites ComboWarganegara Malaysia
Dewasa: RM60
Kanak-Kanak: RM53

Bukan Warganegara Malaysia
Dewasa: RM70
Kanak-Kanak: RM63
– Tiket Masuk
– Memberi makan buaya (Juvenile Feeding)
– Lawatan taman (kongsi)
– Memancing buaya (Crocodile fishing)
– Baucar Makanan (Dewasa dan Kanak-kanak)
– Crocodile interactive
“WoW” PackageRM60– Tiket masuk: 2 x Dewasa + 2 x Kanak-kanak
– 4 x Crocodile feed
– Crocodile Interactive Sessions
Waktu Operasi9.00 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari)
AlamatCrocodile Adventureland Langkawi
Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd (239964-D)
Jalan Teluk Datai, Mukim Air Hangat, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman. 
Telefon+604 959 2559 / +604 950 2061
Websitecrocodileadventureland.com
Media SosialFacebook | Instagram

Beli Tiket Crocodile Adventureland, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

8. SkyTrex Adventure Langkawi

Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak dan keindahan hutan, SkyTrex sangat menanti kehadiran anda. Terletak di Teluk Burau dan merupakan aktiviti ‘mesti buat’ pada semua pengunjung ke Langkawi.

SkyTrex Adventure Langkawi
Kredit gambar gayatrip.com_official

Berlatar belakang Gunung Mat Cincang, banyak aktiviti lasak boleh dilakukan di sini seperti Cable Walk, Flying Swing, U Rope, Flying Fox dan banyak lagi.

Ada 3 kategori cabaran di tawarkan seperti Little Legend, Eagle Thrill dan Island Extreme. Harga seperti di bawah:

PakejHarga BiasaHarga Malaysia*
Little Legend BeginnerRM79RM60
Eagle Thrill IntermediateRM89RM70
Island Extreme AdvancedRM99RM80

*Untuk menikmati harga istimewa warganegara Malaysia, sila masukkan kod baucar SKYLGKMY untuk mendapatkan diskaun. Bukti Pengenalan rakyat Malaysia diperlukan semasa pendaftaran untuk semua peserta di bawah harga Malaysia ini.

Waktu Operasi9.00 pagi – 3.00 petang
AlamatSKYTREX Adventure Langkawi, Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+6019 280 5679
Websiteskytrex-adventure.org
Media SosialFacebook | Instagram | Twitter | YouTube

Beli Tiket SkyTrex Adventure, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

9. Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi

Taman berkonsepkan pertanian seluas 27.39 hektar ini dibina untuk memberi pendidikan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia.

Terdapat kebun atau ladang buah buahan pelbagai jenis untuk tujuan komersil.

Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi

Pelawat yang datang ke sini akan dibawa mengelilingi taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan.

Di sini juga terdapat banyak tumbuhan herba. Menariknya di Taman Agro Teknologi Mardi ini, anda boleh makan dan buah-buahan tempatan.

Jadi, ia satu tempat menarik di Langkawi yang patut anda kunjungi bersama keluarga. Dapat lihat kehijaun, belajar dan makan buah berkhasiat.

Harga TiketTiket Warganegara Malaysia
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM5.00

Tiket Warga Antarabangsa
Dewasa: RM30.00
Kanak-kanak: RM15.00
Waktu OperasiSabtu-Khamis: 8.30 am – 5.00 pm
Jumaat: Tutup
AlamatAgro Technology Park MARDI Langkawi, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604-9600 600
Websitehttps://www.lada.gov.my/taman-agroteknologi-mardi-langkawi/
Media SosialFacebook

10. Galeria Perdana

Diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ia bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

galeria perdana langkawi

Penghargaan ini diterima dari ketua-ketua negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia.

Galeria Perdana juga sebagai tanda penghargaan, sumbangan dan pengiktirafan dari penyumbang kepada Tun yang telah membawa Malaysia mahsyur ke seluruh dunia.

Galeria Perdana telah dibuka kepada orang ramai mulai April 1996 setelah dirasmikan pada 3 Disember 1995.

Harga tiket:

Warganegara Malaysia (MyKad)Bukan Warganegara Malaysia
(Bukan Pemegang MyKad)
Dewasa: RM5
Kanak-kanak (6 -12 Tahun): RM2
Murid Sekolah Rendah: RM2
Murid Sekolah Menengah: RM2
Murid Sekolah Menengah (tidak seragam) 13-17 Tahun: RM3
 
Pelajar IPT (Kemukan Kad Pelajar): RM3
Warga Emas (55 Tahun keatas / Pesara): RM3
Dewasa: RM10
Kanak-kanak (6 -12 Tahun): RM4
Waktu OperasiSetiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali isnin pertama setiap bulan)
Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha
AlamatGaleria Perdana, Jalan Ayer Hangat, Mukim Kilim, 07000 Langkawi Kedah Darul Aman
Telefon+604-959 1498
Websitejmm.gov.my/ms/muzium/galeria-perdana
Media SosialFacebook

11. Air Terjun Telaga Tujuh

Satu lagi keindahan Langkawi kerana terdapat Air Terjun Telaga Tujuh. Ia hasil dari tujuh mata air yang mengalir dan membentuk tujuh telaga.

Daripada curahan ini terbentuk sungai kecil. Lokasi di Gunung Mat Chinchang dan berdekatan dengan Kereta Kabel SkyCab.

Air terjun setinggi 91 meter ini boleh didaki dengan 900 anak tangga sehingga ke bahagian pertama air terjun bermula. Biasanya mengambil masa sehingga 45 minit untuk tiba di puncak air terjun.

Harga TiketPercuma
AlamatTelaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah
Waktu OperasiBebas. Pagi dan petang

12. Muzium Laman Padi Langkawi

Berkonsep kampung, sawah dan penanaman padi. Anda akan dipamerkan dengan proses penghasilan, penanaman dan tuaian padi dengan suasana hijau sawah bendang.

muzium laman padi

Kawasan sawah yang menghijau amat sesuai untuk aktiviti anda dan keluarga berehat dan mengambil gambar.

Selain sawah padi, terdapat juga hidupan seperti burung dan kerbau yang menjadikan kawasan sekitar sangat tradisional dan terpelihara.

Di Muzium Padi ini, anda dapat belajar dan melihat sejarah penanaman padi, perkakasan tradisional dan teknologi terkini.

Jika anda tiba di sini dan penat belajar mengenai padi, teruskan menjamu selera di restoran Laman Padi dengan menu makanan Melayu dan suasana perkampungan yang bakal menjadi kenangan terindah di pulau lagenda ini.

Harga TiketRM5
Waktu Operasi10.00 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari)
AlamatJalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604 955 1118
Media SosialFacebook

13. Kompleks Kraf Langkawi

Satu kompleks untuk jualan pelbagai produk kraf tempatan di Langkawi oleh usahawan-usahawan.

Di sini juga pengunjung dapat mempelajari dan mengenali produk kraf warisan dan adat perkahwinan yang berada di Muzium Warisan serta Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan.

Terletak di Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, Pulau Langkawi dengan keluasan 32 ekar mula beroperasi pada tahun 1996. Seni bina bangunan bercirikan kesenian Melayu dan Islam.

Kredit gambar jomjalan.com.my

Selain aktiviti kraf, pengunjung boleh merakam dan mengambil gambar di Dataran Tangga Seribu, iaitu satu tempat ikonik di Kompleks Kraf Langkawi.

Kompleks ini berada kira-kira 21 km perjalanan dari Bandar Kuah. Jika anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, jaraknya kira-kira 24 km.

Harga TiketMasuk percuma

Aktiviti mewarna batik
Pelancong tempatan: RM10
Pelancong asing: RM15
Waktu Operasi10.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari)
AlamatKompleks Kraf Langkawi, Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604 959 1913
Websitehttps://www.kraftangan.gov.my/kompleks-kraf/kompleks-kraf-langkawi

14. Dataran Lang Pulau Langkawi

Mercu tanda Pulau Langkawi yang harus dilawati oleh pengunjung yang tiba di pulau lagenda ini. Terletak berhampiran Jeti Kuah, ia adalah simbolik dengan patung burung helang setinggi 12 meter.

Biasanya pengunjung akan menggunakan hari terakhir di Langkawi dengan bergambar dan menikmati keindahan sekitar yang sangat menakjubkan.

dataran lang langkawi

Suasana di waktu malam tampak lebih cantik dengan limpahan lampu dan juga cahaya lampu dari bot dan kapal yang berlayar di situ.

Dataran Lang menjadi tempat menarik di Langkawi yang harus anda masukkan dalam senarai kunjungan.

Harga TiketPercuma / tiada
Waktu OperasiTiada had / bebas
AlamatPersiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

15. Nusantara Gamat

Sebut sahaja Langkawi, barangan wajib bawa pulang adalah minyak gamat. Ramai pelancong membeli secara pukal (borong) untuk dijadikan persediaan kecemasan di rumah dan juga hadiah buat rakan-rakan dan jiran.

Nusantara gamat

Nusantara Gamat memberi anda pengalaman melihat sendiri proses pembuatan minyak angin dari awal sehingga akhir.

Anda boleh membeli pelbagai jenis produk berasaskan gamat seperti minyak angin, krim, sabun dan sebagainya pada harga murah di sini.

Harga TiketPercuma
Waktu OperasiIsnin – Khamis (8.30 pagi – 5.00 petang)
Jumaat, Sabtu (8.30 pagi – 7.00 malam)
Ahad (9.00 pagi– 7.00 malam)
AlamatNusantara Maju Enterprise
Padang Mat Sirat, 07000
Langkawi, Kedah, Malaysia
Telefon+6019-5951233 / +6017-2076411

16. HIG Haji Ismail Group Langkawi

Tempat membeli belah popular di Langkawi. Anda boleh pilih pelbagai jenis produk tempatan dan luar negara.

Antara produk yang terdapat di sini adalah coklat, kain pelikat, kain batik, pinggan mangkuk, produk gamat, beg dan produk perlancongan.

haji ismail group hig

Kompleks HIG terletak di pekan Kuah dengan kompleks yang serba mewah dan luas untuk keselesaan anda. Selain kompleks pasaraya, Haji Ismail Group (HIG) juga mempunya hotel.

Isteri anda sudah tentu bertambah sayang jika bawa ke sini. Anak-anak pula gembira memilih ratusan jenis coklat.

Si ayah sudah tentu berkira-kira dengan bajet namun pengalaman di Langkawi lebih bernilai dari pelaburan wang ringgit.

Paling penting keluarga anda dapat pengalaman dan keseronokan membeli-belah. HIG adalah tempat menarik di Langkawi bagi mereka yang gemar berbelanja.

Waktu OperasiSetiap Hari Kecuali Jumaat (9.00 pagi – 9.30 malam)
Jumaat (9.00 pagi – 1.00 petang dan 2.30 petang – 9.30 malam)
AlamatHIG Property Sdn Bhd
Lot 1852 Kompleks HIG,
Jalan Penarak, Kuah 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Telefon+604-9666005 / +604-9672714
Websitehajiismailgroup.com.my
Media SosialFacebook | Twitter

17. Ayer Hangat Village

Merupakan kompleks Kampung Melayu di Langkawi yang mempunyai Air Panas Garam atau Salt Hot Spring.

Ayer Hangat Village langkawi

Kolam air panas Ayer Hangat adalah salah satu daripada 4 mata air masin di dunia. Haba geoterma di bawah tanah memanaskan air dan bertambah dengan kedalaman tanah (dikenali sebagai kecerunan geoterma).

Apabila air meresap jauh ke dalam tanah, ia dipanaskan oleh batu panas dan kemudian muncul sebagai mata air di permukaan.

Di sini juga terdapat spa dan rawatan kesihatan Melayu, bebudayaan dan kesenian Melayu. Juga terdapat Ladang Sedges dengan Kraf Tradisional, Kampung Cendawan, Permakultur & Taman Herba

Anda boleh berendam sepuasnya di Kolam Air Panas Garam dengan kehijauan padang rumput kampung. Anda juga boleh mendapat manfaat dari herba semulajadi.

InfoWarganegara MalaysiaBukan Warganegara Malaysia
Tiket masukRM5 – R10RM10 – RM15
Tempahan JacuzziRM159 – RM299RM199 – RM399
Waktu Operasi9.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari)
AlamatAyer Hangat Village, Km 16, Jalan Ayer Hangat, Mukim Ayer Hangat 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604 9591195
Websiteayerhangat.com
Media SosialFacebook | Instagram

18. Pantai Cenang

Pantai yang sangat meriah dengan aktiviti sukan air, tempat mandi-manda, istirehat dan berjalan di sekitar pantai yang panjang.

Anda boleh bawa anak-anak mandi laut, buat istana pasir sambil menikmati pemandangan laut yang cantik.

Bagi sukan air, anda boleh cuba jetski, banana boat dan parasailing.

Pada waktu petang, anda dapat melihat matahari terbenam. Aktiviti malam juga sangat meriah kerana ramai orang makan dan beristirehat di pantai.

pantai cenang

Jika anda menginap di hotel sekitar Pantai Cenang, cuma perlu berjalan kaki sahaja ke sini kerana jaraknya sangat dekat.

Selain pantai, kawasan sekitar juga terdapat kedai makan, kedai cenderamata, kedai serbaneka dan juga kedai menjual coklat. Di Pantai Cenang juga terdapat sebuah pasaraya iaitu Cenang Mall.

Bagi kami, Pantai Cenang adalah satu tempat menarik di Langkawi yang wajib anda kunjungi bersama keluarga.

19. Pekan Kuah

Bandar pentadbiran utama di Langkawi. Terdapat kompleks kerajaan, hotel, kedai kraftangan dan juga tempat makan makanan laut menarik di Pekan Kuah.

Pekan Kuah. Kredit gambar libur.com.my

Jeti Langkawi berada di pekan kuah yang merupakan salah satu pintu masuk utama ke pulau ini.

Pekan Kuah mendapat nama daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu.

20. Telaga Harbour Marina

Merupakan marina lembangan yang dilindungi dan merupakan pintu masuk terdekat ke Thailand yang menghadap ke Geopark yang indah.

Telaga Harbour adalah tempat menampung kapal layar sementara berhenti berasaskan rumah dari pelbagai saiz termasuk kapal layar mega sehingga LOA 50m.

Telaga Harbour Marina

Boleh diakses melalui jalan darat dan laut, kemudahan dan perkhidmatan yang ada di situ menjadikannya destinasi ideal untuk kapal layar dan pelancongan.

Tempat yang sangat menarik untuk anda dan keluarga bergambar dan merakamkan momen indah.

AlamatLot 1, Telaga Harbour Park, Pantai Kok,
07000 Langkawi, Kedah
Websitetelagaharbour.com

21. Taman Lagenda (Legenda Park)

Tempat menarik di Langkawi seterusnya adalah Taman Lagenda.

Taman ini dibina dengan tema lagenda dan mitos yang popular di Pulau Langkawi. Terletak berhampiran Jeti Kuah dan Kuah Waterfront, pengunjung juga dapat melihat Dataran Lang.

Dengan luas 50 hektar, Taman Lagenda ini mempamerkan ukiran batu, pameran berunsurkan kebudayaan dan sejarah.

taman lagenda langkawi

Kawasan ini juga terdapat 4 buah tasik buatan dan bukit tinjau. Juga terdapat kawasan jogging untuk pengunjung beristirehat.

AlamatKuah, 07000 Langkawi, Kedah
Websitelada.gov.my/portfolio-items/taman-lagenda/

22. Atma Alam Batik Art Village

Diilhamkan oleh pasangan Aza Osman (pelukis cat minyak) dan isterinya Roshadah Yusof (Sada), merupakan pelukis batik terkenal.

Mereka mengasaskan Seni Kampung Batik sejak berpindah ke Langkawi pada tahun 1987.

Atma Alam Batik Art Village

Sebuah kompleks yang mempamerkan produk buatan tangan, seni batik, lukisan dan barangan kraftangan. Dibangunkan dalam seni bina tradisional Malaysia dengan bumbung condong segi tiga. 

Banyak bahagian anda boleh terokai namun mengambil gambar tidak dibenarkan. Kemungkinan tidak mahu karya eksklusif mereka terdedah ke dunia luar.

Harga TiketMasuk percuma
Waktu OperasiSetiap hari kecuali Selasa 10.00 pagi – 6.00 petang
Tutup Selasa
AlamatAtma Alam Batik Art Village, Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604-955 2615
Websiteatmaalam.com
Media SosialFacebook | Instagram

23. Langkawi Adventure & Xtreme Park

Sesuai dengan namanya, Langkawi Adventure & Xtreme Park menyediakan aktiviti lasak dan ekstrim kepada penggemar sukan ini.

langkawi adventure park

Antara aktiviti yang menarik seperti ATV jungle ride, Jungle Horse Riding, Flying Fox, Indoor Go-Kart, Paint Ball, Archery, 7D Motion Cinema dan Langkawi Sky Blue.

Tempat menarik di Langkawi ini memberi pengalaman lasak sudah pasti menjadi kenangan terindah buat anda dan keluarga.

Dengan kehijauan pelbagai jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan, pasti nampak menakjubkan.

PakejHargaInfo Pakej
Paintball War zoneRM80– Minima 10 orang
– Anda akan dapat Face Gear, Body Protector Vest, Paintball Marker, 200 pallet (setiap seorang
4 Combo PackRM79– ATV ride ( Double Rider ) – 01 DOUBLE rider ( 45 Min )
– Go kart – 01 Single Seater ( 10 min )
– Sky bike Adventure – 01 Person ( 10 min )
– Archery Target Shooting – 20 Arrow
– Untuk Warganegara Malaysia sahaja
Play 10 Adventure GamesDewasa (12 tahun ke atas): RM85

Kanak-kanak (4-11 tahun): RM65
– ATV ride ( Double Rider ) – 01 DOUBLE rider ( 20 min )
– Go kart – 01 Single Seater ( 10 min )
– Sky bike Adventure – 01 Person ( 10 min )
– 3D art Museum – 01 person ( 20 min )
– Upside Down Museum – 01 person ( 20 min )
– Ghost House – 01 person ( 10 min )
– 7D Cinema Motion – 01 ( 10 min )
– Paintball Target Shooting – 20 Pallet
– Archery Target Shooting – 10 Arrow
– Visit & Feeding Horse Park – 01 Person
– Untuk Warganegara Malaysia sahaja
COMBO PACK (10 Games+Island Hopping+Underwater World)RM150– ATV ride ( Double Rider ) – 01 DOUBLE rider ( 20 min )
– Go kart – 01 Single Seater ( 10 min )
– Sky bike Adventure – 01 Person ( 10 min )
– 3D art Museum – 01 person ( 20 min )
Upside Down Museum – 01 person ( 20 min )
– Ghost House – 01 person ( 10 min )
– 7D Cinema Motion – 01 ( 10 min )
– Paintball Target Shooting – 20 Pallet
– Archery Target Shooting – 10 Arrow
– Visit & Feeding Horse Park – 01 Person
– 01 Admission ticket to Underwater World Langkawi
– Island Hopping Sharing
– Untuk Warganegara Malaysia sahaja
Langkawi Skybike AdvRM35Langkawi Skybike Adventure Ride. Skybike terpanjang di Malaysia
Langkawi Archery Target ShootingRM2010 arrow / setiap orang
Indoor Go kart LangkawiRM4010 minit memandu seorang
Waktu Operasi10.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari)
AlamatLangkawi Adventure & X-Treme Park
Lot. 1453, Kampung Kilim, Jalan Ayer Hangat, Langkawi, 07000, Kedah
Telefon+6019 474 6460
Websitelangkawiadventurepark.com
Media SosialFacebook | Instagram

Beli Tiket Adventure Xtreme Park, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

24. Island Horses

Pusat ekuestrian yang berdaftar dengan Majlis Ekuin Malaysia. Tempat ini dikendalikan oleh pasukan professional dan penunggang kuda yang terlatih.

Menggunakan kuda Criollos dari Argentina, para pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman menunggang kuda, satu aktiviti yang sangat jarang kita temui.

Pusat ini juga mengendalikan program ternakan kuda di Perdana Stables untuk menghasilkan kualiti terbaik bangsa Arab tulen yang didaftarkan sebagai “MALAYSIAN-ARABIANS”.

island horses langkawi

Island Horse adalah salah satu tempat menarik di Langkawi yang patut anda kunjungi bersama keluarga.

Anda akan melihat sendiri kegagahan kuda, di samping hebatnya mereka yang sangat menyayangi dan memelihara kuda.

PakejHargaInfo Pakej
Jungle FunRM6015 minit
Jungle & BeachRM2401 jam
Jungle, Beach & MountainRM3501 jam 30 mini
Jungle, Beach, Mountain & LighthouseRM4402 jam
Kampung ExcursionRM8803 jam
Waktu OperasiSelasa hingga Ahad
8:30 pagi hingga 12:00 tengahari
2:00 petang hingga 5:30 petang

Isnin – tutup
AlamatThe Perdana Stables, Seven Wells Waterfalls
07100 Langkawi, Kedah
Telefon+604-959 4753
Websitelangkawihorses.com
Media SosialFacebook | Instagram

25. Makam Mahsuri & Kota Mahsuri

Pulau lagenda Langkawi sinonim dengan insan hebat bernama Mahsuri. Mengikut sejarah Mahsuri binti Pandak Maya telah difitnah dan dituduh berdua-duaan dengan penyair bernama Deramang.

Dikatakan berlaku ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi untuk berperang menentang Siam.

makam mahsuri

Semasa dihukum bunuh, darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti dia tidak bersalah dan difitnah.

Mahsuri juga telah bersumpah Pulau Langkawi tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.

Makam dan kota Mahsuri dibina sebagai peringatan dan seni budaya rumah Langkawi. Kota ini berada di Ulu Melaka berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Di kota ini terdapat makam, rumah beliau dan sebuah perigi dikenali Perigi Mahsuri.

Harga TiketDewasa RM12
Kanak-Kanak RM6
Waktu Operasi9:00 pagi hingga 6:00 petang (setiap hari)
AlamatMakam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah
Websitekotamahsurilangkawi.com
Media SosialFacebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

26. SkyDome Langkawi

SkyDome adalah tayangan seperi pawagam dengan imej 3D dan unjuran 360 darjah definisi tinggi (HD). Anda dapat lihat di sekitar depan dan bawah tayangan.

Terdapat 12 projektor memberikan anda pengalaman tanyangan yang sangat ‘real’ dan menakjubkan.

Satu bilik boleh memuatkan sehingga 50 orang. Tayangan selama 10 minit pameran. SkyDome mula beroperasi pada Julai 2014,

Bayaran masuk untuk SkyDome adalah termasuk dengan pembelian tiket SkyCab iaitu dalam pakej yang sama.

Waktu Operasi9.30 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari)
AlamatCable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604-959 4225/1225
Websitepanoramalangkawi.com/skydome
Media SosialFacebook | Instagram | YouTube

Beli Tiket SkyDome Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

27. Skyrex Langkawi

Skyrex membawa pengunjung mengembara dalam persekitaran simulasi 3D yang dihasilkan pada skrin sekeliling.

Menggunakan ‘trem’ dengan 30 tempat duduk, anda akan merasai gerakan dinamik dan dikelilingi oleh skrin 3D yang digabungkan dengan pelbagai kesan 4D.

tempat menarik di langkawi

Dilengkapi dengan lima projektor 3D denga tayangan 5 minit, anda akan merasai setiap video tontonan melalui semua deria fizikal yang meransang adrenalin yang menakutkan, mendebarkan dan mengujakan.

Bayaran masuk untuk Skyrex adalah termasuk dengan pembelian tiket SkyCab iaitu dalam pakej yang sama.

Waktu Operasi9.30 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari)
AlamatCable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon+604-959 4225/1225
Websitepanoramalangkawi.com/skyrex
Media SosialFacebook | Instagram | YouTube

Beli Tiket SkyRex Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.

28. Morac Adventure Park

Ini adalah tempat menarik di Langkawi jika anda peminat atau ingin mencuba sukan Go Kart. Morac Adventure Park mempunyai salah satu trek terbaik di Asia Tenggara.

Morac Adventure Park

Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu mencari bakat permotoran, menyediakan trek yang terbaik dan memberi pengalaman sukan permotoran dalam sukan Go Kart.

Anda juga boleh anjurkan kejohanan perlumbaan sendiri.

Ini kerana trek ini dikawal dan dipantau oleh marshall trek professional iaitu Ahmad Ghazali MD Kassam dan Edward Chong. Seorang lagi adalah Genji Hashimoto yang berpengalaman lebih 35 tahun dalam sukan permotoran.

Trek ini telah diberi kelulusan oleh Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) untuk menganjurkan siri karting profesional.

Di sini juga terdapat tempat makan Hot Laps Restaurant yang boleh memuatkan sehingga 200 orang. Jadi anda boleh anjurkan kejohanan dan buat majlis makan sekali.

PakejHargaInfo
Walk In HeatsRM75 seorang (1 single session)
RM215 seorang (3 single sessions)
– Time attack
– Bukan perlumbaan
Grand Prix Sprint RaceRM230 seorang– 30 minit
– Minima 10 orang untuk memulakan perlumbaan
– 10 minit latihan, 5 minit kelayakan, 15 minit perlumbaan
Endurance RaceRM560 satu pasukan– 85 minit
– 3 ke 4 orang satu kumpulan
– Minima 15 pasukan
Corporate EventsDari RM9,000– Untuk majlis korporat
– 2 jam custom race format
– Sehingga 40 orang

Beli Tiket Morac Adventure Park Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini

Waktu OperasiSelasa – Ahad
1.00 petang hingga 9.00 malam

Isnin – tutup
AlamatAMPREX CIRCUIT SDN BHD Lot 67, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Kedah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah
Telefon+604-955-2727 +60 12 957 3327
Websitemoracadventurepark.com
Media SosialFacebook | Instagram | Twitter | YouTube

29. SkyBridge Langkawi

Jika anda menaiki Kabel Car (SkyCab), anda berpeluang menikmati keindahan panorama Pulau Langkawi di SkyBridge.

Dengan panjang sejauh 125m, ia adalah jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia. Pembinaan yang kreatif dan unik ini membuatkan struktur binaan sangat mengagumkan.

skybridge langkawi

Anda dan keluarga pasti tidak mahu lepaskan peluang menikmati keindahan alam dan merakamkan momen indah bersama keluarga.

Tiket boleh dibeli di SkyBridge di Stesen Teratas.

DewasaKanak-Kanak
RM6RM4

Kesimpulan

Banyak tempat menarik di Langkawi untuk dilawati. Saranan kami, melancong sekurang-kurang 3 hari 4 malam untuk menikmat sebahagian besar tempat-tempat menarik ini.

Jika ada kesempatan dan bajet yang lebih, luangkan lebih masa seperti seminggu untuk menikmati semua tempat-tempat ini.

Buat perancangan kewangan terbaik kerana pengalaman dan keseronokan bersama keluarga sangat mahal nilainya.

Tempat mana paling anda suka? Jom kongsikan.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

3 Comments

  1. Sabree Hussin Sabree Hussin 02/11/2022

    Langkawi ini ada terlalu banyak tempat percutian yang menarik. Kalau pergi bercuti setakat 5 hari 6 malam, biasanya memang tak cukup untuk melawat ke semua tempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *