15 Tempat Makan Sedap di Langkawi Anda Patut Cuba
Selain melancong melihat keindahan alam, kita juga pasti tidak ketinggalan merasai makanan tempatan. Kami sediakan 15 tempat makan sedap di Langkawi yang patut anda cuba.
Langkawi mempunyai banyak tempat menarik. Di sana juga terdapat banyak pilihan makanan daripada tempatan hinggalah antarabangsa.
Sebagai pelancong, sudah semestinya kita ingin merasai makanan tempatan selain melancong ke tempat menarik di Langkawi.
Makanan di sesuatu tempat adalah unik dan menjadi pengalaman baru untuk kita.
Jika nak makan nasi goreng kampung, di tempat lain pun banyak!
Kami bahagikan kepada 3 kategori iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam.
Jom kita lihat.
Sarapan Pagi
1. Warung Roti Canai Penarak
Menu Menarik: Roti canai sarang burung gulai daging.
Lokasi: Warung Roti Canai Penarak, Jalan Inderaloka, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.
Telefon: 011-1198 6990
Media Sosial: Facebook Warung Roti Canai Penarak
Komen pengunjung:
Antara roti canai yang paling sedap pernah saya makan. Tak tipu. Roti sangat gebu dan lembut. Saiz roti itu besar berbanding yang lain yang saya pernah miliki. Jadi 1 keping dah cukup untuk kenyang.
Tempat letak kereta: Tempat letak kereta tidak tersedia. Letakkan sahaja kereta anda di tepi jalan. Tapi tak apalah sebab jalan tak berapa sibuk – Nur Aisyah, pengunjung tempatan.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.6 dari 5.0 bintang oleh 145 yang memberi ulasan |
2. FourSquare Review | 6.2 dari 10 |
2. Nasi Lemak Kelibang
Menu menarik: Nasi lemak sambal ayam, sambal sotong, kuih muih.
Lokasi: 8, Jalan Padang Matsirat, Taman Sri Langkawi, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 011-1251 8093
Media Sosial: Facebook Nasi Lemak Kelibang
Komen pengunjung:
Sedap. Makanan panas2 belaka, ayam goreng size besar dan rasa sedap. Sambal paru rangup. Sambal nasi lemak pun nice. Cubalah makan sini pasti anda puas hati. Harga pun sgt berpatutan. Makan tu beserta teh air adalah RM8. Berbaloi kannn.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.4 dari 5.0 bintang oleh 218 yang memberi ulasan |
3. Roti Canai Black Pepper
Menu Menarik: Roti canai black pepper.
Lokasi: Jalan Kedawang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 016-474 7174
Media Sosial: Facebook Roti Canai Black Pepper
Komen pengunjung:
Rasa sedap untuk roti canai lada hitam dan perkhidmatan keseluruhan adalah ok.. Pasti akan kembali lagi di lain kali.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.2 dari 5.0 bintang oleh 681 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 3.5 dari 5.0 oleh 674 yang memberi ulasan |
3. FourSquare Review | 6.4 dari 10 |
4. Nasi Dagang Mak Minah
Menu Menarik: Nasi dagang.
Lokasi: Jalan Ayer Hangat, Kampung Batu Gajah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 017-446 0722
Media Sosial: Facebook Sarapan Nasi Dagang Mak Minah
Komen pengunjung:
nasi sedap, harga berbaloi bukan harga kayangan, memang padu.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.4 dari 5.0 bintang oleh 84 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 4.0 dari 5.0 oleh 54 yang memberi ulasan |
5. Smiling Buffalo Cafe
Menu Menarik: Salted Beef Burger, Smiling Buffalo’s Avacado on Toast, Corned Beef Carbonara.
Lokasi: 965, Jalan Pantai Chenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 011-3592 0786
Media Sosial: Facebook Smiling Buffalo Cafe
Komen pengunjung:
Suasana yang bagus dan santai. Makanan yang baik, agak mahal untuk kesenangan harian. Kakitangan yang mesra dan pastinya tempat untuk menjamu selera apabila anda berada di Langkawi.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.4 dari 5.0 bintang oleh 747 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 4.8 dari 5.0 oleh 952 yang memberi ulasan |
Makan Tengah Hari
6. Restoran Selera Kampung
Menu Menarik: Siput sedut masak lemak cilipadi, daging dan perut rebus (cicah sambal kerisik), ikan bakar dan sup daging.
Lokasi: Jalan Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 019-828 2025
Media Sosial: Facebook Restoran Selera Kampung
Komen pengunjung:
Pergi hari khamis, dah lewat daripada waktu lunch pulak. So mmg takde org lain, tapi lauk still banyak.. Pilihan lauk sangat banyak.
Lebih 20 jenis kot. Makanan sedap, takde rasa pelik2. Saya suka menu telur sotong gedabaq besaq! Kerabu bronok makanan wajib langkawi pun ada! Sup daging pun ada. Harga ok je, tak murah tak mahal.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.2 dari 5.0 bintang oleh 567 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 3.5 dari 5.0 oleh 84 yang memberi ulasan |
7. Restoran Padang Pasir
Menu Menarik: Nasi kandar, tose, roti canai.
Lokasi: 121, Jalan Padang Matsirat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 04-966 6786
Media Sosial: Facebook Restoran Padang Pasir
Komen pengunjung:
Restoran Padang Pasir memang unik dari tahun 70an lagi ,teh tariknya memang kaw ,apam lengang n tose sedap service 24 jam.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.0 dari 5.0 bintang oleh 554 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 3.8 dari 5.0 oleh 10 yang memberi ulasan |
8. Nasi Arab Kaki Gunung
Menu menarik: Nasi arab pelbagai jenis dan burger.
Lokasi: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 017-406 6176
Media sosial: Facebook Nasi Arab Kaki Gunung
Komen pengunjung:
Rasa sedap dengan bahagian besar. Sangat sesuai untuk penggemar daging kambing.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.5 dari 5.0 bintang oleh 970 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 3.7 dari 5.0 oleh 936 yang memberi ulasan |
9. Cili Kampung
Menu menarik: Lontong sambal tumis, sotong sambal petai, tenggiri sambal petai cili api.
Lokasi: 11 Kampung Bohor Darat, Jalan Kedawang, Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 019-743 2177
Media Sosial: Facebook Cili Kampung
Komen pengunjung:
Makanan asli yang paling menakjubkan. Perkhidmatan yang hebat, mesti cuba jika anda berada di Langkawi. Tahniah kepada chef dan pasukan.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.3 dari 5.0 bintang oleh 452 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 4.1 dari 5.0 oleh 450 yang memberi ulasan |
10. Jom Ikan Bakar Langkawi
Menu menarik: Pelbagai jenis pilihan ikan bakar. Mesti menjadi pilihan untuk tempat makan sedap di Langkawi.
Lokasi: Jalan Lapangan Terbang, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 013-512 9931
Media Sosial: Facebook Jom Ikan Bakar
Komen pengunjung:
Nasi berlauk serta ikan bakar. Jangan lupa ambil kari ikan bawal. Lauk pauk sangat banyak. Tempat makan pun byk. Air balang boleh refill.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.3 dari 5.0 bintang oleh 393 yang memberi ulasan |
Makan Malam
11. Singgah Seafood
Menu menarik: Udang butter, tiga rasa, masak stik, sayuran goreng dan lain-lain
Lokasi: Jalan Penarak, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 011-1002 6760
Media Sosial: Facebook Singgah Seafood
Komen pengunjung:
Permata tersembunyi sememangnya! Makanan laut mereka memang sedap! Kami mencuba udang asam, udang mantis telur masin, sotong kam heong. Harga berpatutan. Amat disyorkan!
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.4 dari 5.0 bintang oleh 145 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 4.2 dari 5.0 oleh 146 yang memberi ulasan |
12. Desa Permata Ikan Bakar No 5&6
Menu menarik: Ikan bakar pelbagai jenis.
Lokasi: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
Telefon: 019-567 8369
Sosial media: Facebook Desa Permata Ikan Bakar
Komen pengunjung:
Ikan bakar yang sedap.Walau ramai customer tetap service cepat.layanan juga terbaik.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.2 dari 5.0 bintang oleh 1212 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 3.9 dari 5.0 oleh 37 yang memberi ulasan |
13. Alhamdulillah Restaurant
Menu menarik: Nasi arab, kebab, shawarma.
Lokasi: Lot 5, Persiaran dayang Pekan Rabu – baru Baron Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 017-344 8813
Media sosial: Facebook Alhamdulillah Restaurant
Komen pengunjung:
Pemiliknya sangat ramah. Kami menikmati layanan dan shawarma ayam yang bagus. Memang berbaloi untuk mengunjungi restoran ini apabila anda berada di langkawi.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.7 dari 5.0 bintang oleh 861 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 4.8 dari 5.0 oleh 126 yang memberi ulasan |
14. Krua Thai Langkawi
Menu menarik: Tomyam Krua Thai, Somtad XXL, Siakap somtam mangga, Miang Pla Thod.
Lokasi: Jalan Kelibang, Kuah, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
Telefon: 016-416 6752
Sosial Media: Facebook Krua Thai Langkawi
Komen pengunjung:
Tempat yang menarik terletak dekat dengan jeti Kuah. Makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan. Stafnya peramah dan pantas dalam penyediaan makanan. Cuma boleh diperbaiki senarai lagu yang dimainkan. Terbaik.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.3 dari 5.0 bintang oleh 94 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 4.5 dari 5.0 oleh 27 yang memberi ulasan |
15. Bamboo Cenang
Menu menarik: Ikan bakar, tomyam.
Lokasi: m03 cenang water front, Jalan Pantai Chenang, Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
Telefon: 017-509 9845
Media sosial: Facebook Bamboo Cenang
Komen pengunjung:
Tempat yang sangat bagus untuk makan malam dan menikmati persekitaran. Tomyam makanan laut dan ikan tempatan adalah rasa yang menakjubkan.
Ulasan Oleh (Reviewed by) | Rating |
---|---|
1. Google Review | 4.2 dari 5.0 bintang oleh 297 yang memberi ulasan |
2. Facebook Review | 4.3 dari 5.0 oleh 7 yang memberi ulasan |
Kami pasti ada lagi tempat makan sedap di Langkawi selain dari di atas. Ini kerana pulau langkawi yang luas dan kaya dengan pelbagai jenis makanan bukan sahaja tempatan malahan luar negara juga.
Ada tempat lain yang korang pernah makan dan best? Jom kongsi di komen bawah.
Sumber: FB Jelajah Maya, Google Review, TripAdvisor, FourSquare.