Semakan Bantuan Prihatin Nasional Bujang dan Isi Rumah

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Dewasa ini wabak COVID-19 semakin berleluasa. Di Malaysia sahaja sudah mencecah 3483 kes setakat 4 April 2020.

Kerajaan telah menguar-uarkan langkah-langkah tertentu bagi menangani krisis ini dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan B40 dan M40.

Ini bagi meringankan beban yang ditanggung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antaranya termasuklah mewujudkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)untuk golongan bujang dan isi rumah (berkahwin atau bekeluarga) bagi mereka yang berkelayakan seperti di bawah:

Kategori BPN yang Layak

KATEGORI B40

A. Isi Rumah

1. Kahwin; atau

2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan

3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

B. Bujang

1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan

2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas); dan

3. Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

KATEGORI M40

A. Isi Rumah

1. Kahwin; atau

2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan

3. Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

B. Bujang

1. Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan

2. Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan

3. Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

4. Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia

Jumlah bayaran yang bakal diperolehi para pemohon yang layak adalah seperti berikut:

jumlah-bayaran-bantuan-prihatin-nasional

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang berikut.

Cara Membuat Permohonan BPN

1. Layari laman sesawang BPN – https://bpn.hasil.gov.my dan masukkan no kad pengenalan anda serta klik “Semak”

Semak

2. Sekiranya anda belum pernah membuat permohonan, klik “Permohonan Baru”

Permohonan baru

3. Isikan butiran pemohon seperti terpapar dibawah:

Info 2

4. Bagi pendapatan kasar bulanan isi rumah, masukkan anggaran pendapatan anda DAN pasangan (sekiranya berkahwin).

Tangga gaji

5. Masukkan juga status perkahwinan; pilihan tertera seperti di bawah:

status

6. Andaikata anda memilih Status Perkahwinan – Kahwin, anda akan diminta mengisi butiran pasangan dan anak (jika ada).

pasangan

anak

7. Akhir sekali, anda dikehendaki mengisi maklumat waris; terdiri dari pasangan sendiri (jika ada), ibu/ayah, anak, adik-beradik dan cucu. Klik “Teruskan” sesudah tamat mengisi.

waris

7. Untuk pengesahan, masukkan Captcha dalam kotak disediakan dan tekan “Sahkan Captcha”. Untuk makluman Captcha ini akan berubah-ubah dari masa ke semasa; JANGAN ikut captcha seperti di bawah.

captcha

8. Anda akan dibawa ke satu laman bagi memperakukan permohonan ini adalah sah dan betul. AWAS! Sekiranya anda didapati menipu dalam butiran yang dihantar, anda bakal dikenakan tindakan yang keras. Jadi jangan menipu maklumat sendiri.

9. Klik “Hantar” untuk langkah seterusnya.

hantar

10. Sekiranya anda didapati layak, status “Permohonan Diterima” akan terpapar. Anda akan menerima wang tersebut seperti yang dijadualkan.

11. Namun bagi mereka yang tidak layak; jangan gusar! Anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan dalam laman sesawang yang sama

Semakan Bantuan Prihatin Nasional ini boleh juga dilihat daripada mesej dan email yang dihantar ke telefon bimbit anda. Semoga bermanfaat buat semua.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

One thought on “Semakan Bantuan Prihatin Nasional Bujang dan Isi Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *