Press "Enter" to skip to content

19 Senarai Terbaik Penyedia Perkhidmatan Korban Online

Last updated on 06/10/2022

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Korban adalah satu ibadah yang dituntut dalam Islam. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan penyedia perkhidmatan korban online yang ada di Malaysia.

Menurut pandangan jumhur ulama, hukum melaksanakan ibadah qurban adalah sunat muakkadah bagi individu yang berkemampuan.

perkhidmatan korban online

Sumber gambar: SinarHarian

Pandangan ulama mazhab Shafi‘i adalah sunat ‘ain bagi setiap orang sekali dalam seumur hidup. Sumber: JAKIM.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah al-Kauthar ayat 2 yang bermaksud:

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Bilakah waktu untuk sembelihan korban?

Bermulanya waktu sembelihan itu selepas timbulnya matahari pada hari sembelihan iaitu hari ke-10 Zulhijjah. Kadar timbulnya matahari itu boleh di kira selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat hari raya) dan juga dua khutbah yang ringan (tidak terlampau panjang berjela).

Berpanjanganlah waktu sembelihan itu sehinggalah berakhirnya hari tasyriq dan ini menjadikan waktu sembelihan korban itu selama 4 hari. Iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Ibadah korban dilakukan dengan menyembelih binatang ternakan denga syarat sah seperti:

  • Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina, yang menjadi baka ataupun dikasi. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya. 
  • Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit. 
  • Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya. 
  • Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu:
    • Unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam;
    • Lembu/kerbau : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;
    • Kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;
    • Biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.

Penyedia perkhidmatan korban ini akan melaksana korban di tempat tertentu sama ada di dalam Malaysia ataupun di luar negara.

Ada beberapa kriteria yang menjadi pilihan saya untuk memilih penyedia perkhidmatan ibadah korban iaitu:

  • Boleh sertai secara online.
  • Pembayaran secara online melalui MEPS (semua bank pun boleh buat bayaran).
  • Ditentukan dengan jelas tempat korban.
  • Ada akad kepada mereka yang menyertai korban.
  • Dapat sijil selepas selesai korban.

Jadi ia sangat sesuai untuk kita sebagai ibu bapa merancang ibadah korban mahupun kepada anak-anak.

Berikut adalah senarai penyedia perkhidmatan ibadah korban yang terbaik di Malaysia:

1. EZQurban.org

Mula ditubuhkan sejak April 2007 lagi. Dimiliki oleh EZ Qurban Sdn Bhd (768010-D).

Saya sendiri menggunakan khidmat mereka untuk tujuan akikah dan korban. Sangat berpuas hati.

Mereka membuat korban dan akikah di Malaysia dan luar negara seperti Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Bangladesh, Thailand, Filipina, India, Indonesia, Sri Lanka, Mali, Chad, Kenya, Malawi, Kem Pelarian Rohingya dan Palestin.

Harga: Bermula dari RM320 satu bahagian lembu.

Pengiktirafan:

  • ISO:9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti)
  • The World Best Halal Brand oleh The Brandlaureate
  • Anugerah Kecemerlangan Islam oleh Majlis Dakwah Negara
  • The Malaysia Book of Records

2. KembaraQurban.my

Info: Dimiliki olehYayasan Budi Ihsan Malaysia. Mereka juga membuat korban di Malaysia dan luar negara seperti Afrika, Palestin dan Yaman.

Yayasan Budi Ihsan Malaysia adalah satu-satunya NGO yang mendapat kelulusan eksklusif untuk menganjur ibadah Qurban di Afrika.

Sebahagian sumbangan ibadah Qurban di luar negara akan turut digunakan untuk sedekah 1001 Asnaf di Malaysia.

Harga: Bermula dari RM390 untuk satu bahagian lembu.

Pengiktirafan: ISO:9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti)

3. QurbanMudah.com

Info: Dimiliki oleh Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim) dengan nombor pendaftaran PPM-033-10-14072015. Ditubuhkan pada 14 Julai 2015, Serantau Muslim juga bergiat aktif dalam bantuan kemanusia untuk rakyat Palestin dan Syria.

Harga: Serendah RM400 untuk satu bahagian lembut.

4. KorbanAqiqah.com.my

Info: Dimiliki oleh AL-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd (378533-T). Fokus kepada ibadah korban di Kemboja.

Harga: RM350 untuk satu bahagian lembu.

5. AmalQurban.com

Info: Dimiliki oleh Yayasan Amal Malaysia. Menariknya, mereka juga membina rangkaian kerja dakwah dan program kemasyarakatan dengan Pusat Dakwah Serantau (PDS), Yayasan Amal Malaysia dan gabungan NGO International Federation for Relief and Development (IFRD).

Antara negara yang terlibat adalah Sudan, Chad, Uganda, Kemboja, Pakistan, Bangladesh dan Filipina.

6. eQurban.com

Info: Dimiliki olehh eQurban Ihsan Sdn Bhd (EQISB) atau lebih dikenali dengan nama eQurban
menganjurkan Program Aqiqah dan Qurban di Kemboja. Perlaksanaan sembelihan dan pengagihan dibuat oleh Koperasi Muslim Kemboja (CMC).

Harga: RM400 untuk satu bahagian lembu

7. Nurhijrahkorban.com

Info: Dimiliki oleh NUR Hijrah Korban Enterprise (SA0342285-U) berpengalaman menguruskan Program Korban dan Aqiqah di Kemboja. Mereka juga menganjurkan Program Waqaf Perigi di Kemboja sejak 2010.

Harga: RM300 untuk satu bahagian lembu.

8. WelLoveQurban.com

Info: Dimiliki oleh Qurban International Sdn Bhd (1327079-V)  berpengalaman dalam pengurusan ibadah korban dan menawarkan perkhidmatan korban online sejak dari tahun 2007 di 5 buah negara

9. Aqiqahmekahcenter.com

Info: Dimiliki oleh Ansar Tijari Ventures (PG0498047). Membuat perkhidmatan korban online dan melakukan sembelihan di Mekah.

Harga: RM450 untuk satu bahagian lembu.

10. AqiqahCentre.com

Info: Dimiliki oleh AC AGROTECH SDN BHD (1366280-T). Dilaksanakan di tanah suci Mekah.

Harga: RM499 untuk seekor kambing.

Pengiktirafan:

11. Aman Palestin

Info: Aman Palestin mula beroperasi pada 2004 untuk membantu serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin.

Harga: RM550 untuk satu bahagian lembu di Palestin atau Syria (sejuk beku).

12. i-qurban.com

Info: Dimiliki oleh Akademi Tahfiz Al Islah SSM ( No Pendaftaran: TR0232151-A) dan JAWI (Kod JAKIM:WZH011D). Fokus korban di Afrika.

Apabila kita membuat ibadah Qurban bersama I-Qurban, sebahagian dari wang pembayaran akan didermakan ke tabung pembangunan tahfiz-tahfiz kebajikan.

Harga: RM350 untuk satu bahagian lembu.

13. Qurbanaid.com.my

Info: Dimiliki oleh Qurbanaid Sdn Bhd (1298529-T). Membuat korban di 19 buah negara.

Qurbanaid memberi jaminan 100% bahawa setiap haiwan qurban dibeli dan disalurkan dari setiap komuniti muslim tempatan untuk setiap negara yang disasarkan.

Ini bermakna, disamping anda menyumbang daging qurban sebagai ibadah, anda juga membantu meningkatkan ekonomi dan penghayatan syiar Islam kepada komuniti muslim di luar sana yang sangat memerlukan.

Harga: RM299 untuk satu bahagian lembu.

14. Zabeeh.com.my

Info: Dimiliki oleh Zabeeh Services Sdn Bhd.

Harga: RM330 untuk satu bahagian lembu.

15. Alkhairiqurban.com

Info: Dimiliki olehAl Khairi Qurban & Aqiqah Sdn Bhd. Melaksanakan aqiqah dan korban di Saudi Arabia, Kemboja, Bangladesh, Filipina, Ethiopia, Afrika, Sudan, India, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Nigeria.

Harga: RM370 untuk satu bahagian lembu.

16. KorbanIkhlas.com

Info: Dimiliki oleh Yayasan Ikhlas yang berpengalaman sejak tahun 2013.

Harga: RM390 untuk satu bahagian lembu.

17. Qurbanaqiqahharamain.com

Info: Dimiliki oleh QA HARAMAIN. Melaksanakan ibadah korban di Mekah.

Harga: RM450 untuk seekor kambing.

18. Akikahkorban.com

Info: Dimiliki oleh AKIKAH KORBAN ENTERPRIZE (002240949-A). Berpengalaman menguruskan lebih dari 10 000 penyertaan korban dan akikah untuk rakyat Malaysia.

Harga: RM320 untuk satu bahagian lembu

19. Korbanonline.com

Info: Fokus luar negara di India dan Mekah.

Harga: RM300 untuk satu bahagian lembu.

Semoga perkongsian perkhidmatan korban online ini dapat memudahkan kita rakyat Malaysia melaksanakan ibadah dengan mudah walaupun di mana sahaja kita berada.

Sumber gambar: Kosmo

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *