6 Petua Merawat Kembung Perut Pada Kanak-Kanak

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Kembung perut pada kanak-kanak biasa terjadi sejak dari bayi lagi. Bagi kanak-kanak yang masih kecil, mereka hanya mampu menangis tanpa mampu memberitahu sakit.

Kita sebagia ibu bapa yang prihatin perlu cakna dan ambil berat tentang kesihatan mereka. Lihat pada tingkah laku seperti kenal pasti punca menangis atau anak meragam.

Apa Punca Kembung Perut?

Perut kembung dapat dikenal pasti dengan bunyi angin dan keras pada perut. Anak-anak yang mungkin kekenyangan dan kekurangan buang angin akan menyebabkan sakit.

Kekerapan normal bagi seseorang membuang angin antara 14 hingga 23 sehari. Anak-anak mudah kembung perut kerana organ pencernaan belum berkembang denga sepenuhnya.

Dianggarkan antara 1 hingga 5 orang bayi dari 10 bayi akan mengalami masalah kembung perut. Boleh dikatakan kebanyakkan bayi akan merasai sakit kembung perut ini.

Punca kembung perut seperti makanan tidak cerna, makanan tidak sesuai dengan perut dan makan terlalu cepat.

Antara faktor lain seperti pengambilan makanan tinggi serat seperti kekacang, minuman berkabonat dan gas.

Ada juga disebabkan oleh meminum susu yang mengandungi laktosa. Badan tidak dapat mencerna laktosa dengan baik. Bagi sesetengah bayi, alah kepada protein susu lembu juga boleh menjadi punca kembung perut.

Jika mengalami kesukaran membuang najis boleh juga menjadi punca kembung perut pada kanak-kanak tersebut. Ia mengganggu proses pencernaan.

Tabiat minum menggunakan straw, mengunyah gula-gula getah dan menghisap jari boleh menyebabkan angin berlebihan di dalam perut.

Petua Merawat Kembung Perut

1. Makan dengan sopan dan perlahan

Makan dengan sopan beerti makan secara sedikit demi sedikit. Ini membolehkan anak mengunyah makanan dengan lebih baik untuk penghadaman lebih pantas.

adab ketika makan

2. Lebihkan Makan Buah dan Sayur Sayuran

Umum mengetahui makan buah sangat bagus untuk kesihatan. Selain kembung perut, dengan memakan sayur-sayuran buah-buahan dapat mencegah sembelit.

Antaranya minum air lemon kerana ianya diuretik semula jadi dan laksatif (julap) yang lembut apabila dicampur dengan air suam. Meminum air lemon dapat mengurangkan garam yang terkumpul di dalam badan.

Minum air halia seperti dicampur dengan teh. Halia sangat baik untuk penghadaman dan cepat membuang angin di dalam perut. Halia mempunyai khasiat anti-radang dan anti-bakteria yang membantu kelancaran usus.

Pisang juga bagus kerana mempunyai zat kalium yang tinggi. Untuk mereka yang alami sembelit, pisang adalah makanan petua yang boleh diamalkan.

Amalkan yogurt kerana kultur hidup (lactobacillus dan acidophilus) akan cepatkan penghadaman makanan seterusnya mengurangkan gejala kembung perut.

3. Aktif Bergerak dan Bermain

Kanak-kanak yang aktif berlari, bermain dan bersukan dapat menyingkirkan gas dengan lebih cepat.

Ada banyak cara untuk buat anak-anak anda aktif walaupun hanya dari rumah.

via GIPHY

4. Gunakan Ubat atau Minyak Telon

Kandungan minyak telon adalah minyak adas, minyak kayu putih dan minyak kelapa dara.

Minyak telon dapat merawat kembung perut bayi. Selain itu, baunya yang harum juga dapat menenang dan memanaskan badan anak anda.

Minyak telon yang popular seperi Minyak Yu Yee Cap Limau. Minyak yang menjadi kegemaran para ibu sejak 1860 lagi.

Ada juga brand lain seperti Bebiku, Mestika, Sariayu dan Konicare.

5. Sendawa Bayi dengan Kerap

Untuk bayi yang menghisap susu botol, amalkan cara penyusuan yang betul. Sendawakan bayi dengan menepuk atau menggosok antara penyusuan untuk keluarkan angin dan cepat hadam.

6. Melakukan Urutan I Love U atau Atas Bawah

Antara urutan yang biasa dilakukan adalah Urutan ‘I Love U’. Urutan ini mengikut urutan huruf ‘I’, ‘L’ dan ‘U’ dengan ilham daripada susunan usus bayi yang terlilit mengikut arah jam.

Boleh tonton video di bawah untuk urutan I Love U

Satu lagi kaedah urutan atas dan ke bawah. Caranya dengan meletakkan kedua-dua tangan kita pada perut bayi dan secara perlahan tolak ke bawah dengan sedikit tekanan.

Anda boleh lakukan antara 4 hingga 6 kali atau bergantung kepada reaksi bayi kepada urutan.

Tips-tips ini adalah langkah awal yang boleh diambil. Jika masalah kembung perut pada kanak-kanak berterusan, segera bawa anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kredit info: hellodoktor.com dan myhealth.gov.my

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *