5 Kelebihan PdPR kepada Pelajar di Rumah
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah diperkenalkan selepas mengalami masalah pembelajaran bersemuka di sekolah. Jadi, apa kelebihan PdPR kepada pelajar di rumah? Adakah berkesan?
Pandemik COVID19 sememangnya merubah landskap kehidupan pelabagai segenap lapisan masyarakat.
Bukan hanya member kesan pada pasaran ekonomi, tetapi juga sosialisai yang menyebabkan anak-anak generasi kini terpaksa berdepan tuntutan memenuhi kemahiran berteknologi kerana instutusi pendidikan juga amat terkesan dengan perubahan ini.
Sejak negara berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, kaedah pembelajaran melalui satu transformasi yang benar-benar menguji banyak pihak, baik dari segi kemampuan mahupun penyusunan waktu.
Melalui Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR), rata-rata ibu bapa pada awalnya dulu mengalami desakan memenuhi keperluan persekolahan anak-anak.
Bayangkan jika punyai anak yang bersekolah pada waktu sama lebih dari seorang sudah pastinya memerlukan kawalan kendiri dan juga penyusunan waktu yang sistematik dan konsisten.
Walau bagaimanapun, situasi ini juga turut dilihat dari sisi positif kerana mempunyai kelebihan tersendiri, apatah lagi ketika kita semua berdepan risiko wabak ketika ini.
5 Kelebihan PdPR kepada pelajar dari rumah.
1. Penjimatan Kos
PdPR pada mulanya memanglah sesuatu yang agak menduga ibu-bapa. Tetapi di sebalik kesukaran itu sebenarnya ada kemudahan yang mana melibatkan penjimatan kos perbelanjaan keluarga.
Jika sebelum ini isi rumah perlu memperuntukan belanja harian persekolahan anak-anak seperti tambang bas, wang saku dan sebagainya.
Namun kini ianya boleh dialihkan kepada perbelanjaan isi rumah yang lain seperti makanan, supplement, dan bahan-bahan cetakan untuk pembelajaran anak-anak.
Ianya lebih berstruktur kerana ibu bapa dan anak-anak akan memperoleh jadual pembelajaran lebih awal setiap penggal dan segala penjimatan mudah diatur mengikut keperluannya sahaja.
2. Penjadualan yang Sistematik
Jika dahulu anak anda perlu menjadual buku persekolahan melebihi 5 subjek sehari, kini tidak lagi.
Menurut pemerhatian ke atas murid-murid sekolah rendah, mereka kini hanya diberikan penjadualan maksimum untuk hanya 3 subjek pembelajaran setiap hari.
Malah penjadualan ini disusun dengan lebih sistematik dan anak-anak tidak lagi terbeban dengan beg yang berat, subjek serta kerja rumah yang banyak.
Malah, rata-rata pihak sekolah memberi kemudahan untuk menyiapkan kerja rumah mengikut kesesuaian dan kelapangan masa ibu bapa yang bekerja dan diberi kelonggaran untuk menghantar mengikut pemantauan ibu bapa itu sendiri.
Ini sememangnya satu kesempatan untuk menikmati masa berkeluarga bersama-sama!
3. Online Sahaja!
Teknologi sering pesat berubah mengikut peredaran masa, malah ianya sangat pantas dan anak generasi masa kini sememangnya sangat beruntung.
Ini kerana situasi sebegini bukan sahaja membolehkan penjimatan kos belanja persekolahan tetapi juga ketika mendepani musibah wabak pandemik sebegini, keselamatan anak-anak dapat dipantau dengan baik.
Guru-guru juga mampu menjalankan sesi pembelajaran dengan lebih baik kerana mengguna pakai kemudahan teknologi online sepenuhnya. Jimat kos, jimat masa!
Hanya perlukan sebuah laptop yang baik dan internet, pembelajaran sudah boleh bermula.
4. Pembelajaran Interaktif
Sememangnya PdPR juga membuka banyak ruang dan peluang pembelajaran interaktif.
Ini kerana, anak-anak terdedah dengan teknologi di hujung hari yang mendorong mereka untuk memperoleh bahan pembelajaran hanya di hujung jari.
Kredit: Tenor.com
Bukan hanya boleh belajar secara online, tetapi paparan visual dan audio dalam PdPR membolehkan anak membuka minda dengan lebih kreatif dan inovatif serta bersifat ‘technical-know-how’ berbanding pembelajaran statik di dalam kelas.
5. Fleksibel
PdPR juga mempunyai kelebihan dari segi pengaturan masa yang fleksibel.
Ini kerana, pihak sekolah rata-ratanya memahami kesukaran dan kekangan ibu bapa yang bekerja untuk memantau jadual pembelajaran anak-anak mereka.
Maka, melalui timbang rasa dan pemahaman pihak sekolah kerja rumah yang diberi kebanyakannya boleh disiapkan mengikut waktu yang fleksibel dan tidak terlalu menekan.
Kelebihan PDPR kepada pelajar ini memberi satu atmosfera baru terhadap pembelajaran dan keseimbangan waktu berkeluarga.
Untuk menjayakan PdPR, kerjasama daripada semua pihak sangat penting. Jika rumah, ibu bapa perlu memantau anak-anak supaya mereka dapat