5 Kekurangan PdPR kepada Pelajar di Rumah

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Dalam artikel lepas kami berkongsi kelebihan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Artikel kali kami ada kupas mengenai kekurangan PdPR kepada pelajar.

Jom terus membaca perkongsian kami.

Bukan hanya berdepan perubahan lanskap ekonomi, pandemik COVID19 merubah secara total sosialisasi anak-anak yang nyatanya memberi efek tumbesaran mereka.

Perlaksanaan PdPR dilihat menjadi salah satu penanda aras terhadap kebolehupayaan anak-anak yang ketika ini terpaksa bergantung hampir sepenuhnya kepada gajet demi memastikan proses persekolahan dapat dilaksanakan dari rumah dengan fleksibel.

Akan tetapi, kita sebagai ibu bapa masih perlu mempertimbangkan banyak aspek terhadap keselamatan penggunaan platform sebegini kerana ia melibatkan pengaruh persekitaran.

Adalah menjadi satu ketakutan jika tiada kawalan terhadap kebergantungan kepada gajet yang digunakan sewaktu PdPR kerana ia boleh mengakibatkan anak-anak berasa seronok dalam dunia baru mereka yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, kita sebagai ibu bapa perlu melihat dari sisi positif supaya kekurangan PdPR ini berupaya diatasi dan ditambah baik.

Dalam dunia hari ini, platform sebegini diguna pakai sebagai kaedah baru penyampaian pembelajaran agar anak-anak kita tidak ketinggalan dek situasi yang ketika ini memberi kesan jangka panjang terhadap normalisasi kehidupan masa kini.

Mengikut pemantauan dan pengalaman rakan-rakan, 5 kekurangan PdPR kepada pelajar di rumah adalah:

1. Tekanan Perasaan dan Kurang Efektif

Dari satu sisi lain, PdPR juga mempunyai kekangan yang pada sesetengah keadaan, ia adalah di luar kawalan ibu bapa dan guru-guru.

Sebagai contohnya, hilang fokus ketika pembelajaran.

hilang fokus pdpr

Kredit: Tenor.com

Ini kerana, kaedah pembelajaran sebegini kebanyakannya hanyalah berfungsi sebagai komunikasi sehala.

Ada dalam kalangan murid-murid yang tertekan dengan keadaan di mana dalam waktu yang sama terpaksa berkongsi gajet dengan adik-beradik lain hingga terjadinya hilang tumpuan.

Apa lagi jika satu subjek mengambil masa lebih satu jam pembelajaran online, ianya mampu mengganggu fungsi tumpuan kerana murid-murid berasa penat dan tidak fokus.

2. Ketiadaan Capaian Internet

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar capaian internet di Malaysia pada tahun 2020 adalah meningkat kepada 91.7% berbanding tahun 2019 (90.1%).

Walaupun begitu, masih terdapat kawasan di Malaysia tidak mendapat akses internet yang diperlukan untuk tujuan PdPR.

Ini adalah sebab utama menyumbang kepada kekurangan PdPR kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran.

Ini adalah satu kekurangan yang sangat perlu diberikan perhatian.

Kita sedia maklum, tidak semua keluarga mampu memiliki gajet dan capaian internet yang baik.

Bukan itu sahaja, tidak semua kawasan terutamanya pedalaman memiliki akses internet yang baik.

Rata-rata murid yang terbeban dengan masalah ini terpaksa mengambil inisiatif untuk berkongsi dengan rakan atau jiran yang punyai akses yang baik, dan jika ini berterusan sedikit-sebanyak akan melunturkan semangat murid-murid untuk belajar.

3. Gangguan Persekitaran

Bukan hanya berdepan dengan kekangan akibat terpaksa berkongsi, kebanyakan murid-murid yang menghadapi situasi ini terpaksa pula berdepan dengan gangguan lain.

kekurangan pdpr kepada pelajar

Kredit: Tenor.com

Paling mudah seperti hantaran kiriman Whatsapp, Facebook, Instagram, panggilan telefon, serta kebisingan persekitaran yang menyebabkan fokus mereka tergendala seterusnya mempengaruhi mereka untuk mengalihkan pandangan kepada hal-hal lain.

4. Tiada Rujukan

Jika murid-murid bersifat pasif dalam proses PdPR, mereka bakal berdepan dengan situasi di mana mereka gagal memahami apa yang disampaikan kerana tidak memahami dan juga mempunyai rujukan secara terus.

Kadang-kala, mereka hilang fokus kerana merasakan tiada perhatian daripada guru kerana ia adalah proses komunikasi sehala, apatah lagi jika ia disampaikan tanpa adanya penerangan dan contoh yang lebih jelas.

5. Tiada Pengawasan Guru atau Ibu Bapa

Kurangnya pengawasan ibu bapa dan guru akan menyebabkan murid-murid berpotensi untuk bertindak di luar kawalan dan pemantauan.

Mereka berpotensi terdorong untuk melakukan perkara lain sewaktu PdPR dijalankan.

Untuk memastikan murid-murid menghadiri kelas dengan baik tanpa ponteng, guru-gurung sering perlu memastikan kehadiran mereka direkodkan secara sistematik.

Sselain mengguna pakai aplikasi kamera dan pembesar suara telefon atau laptop kerana dengan cara ini, keberadaan murid itu dapat dipastikan dengan jelas sepanjang proses PdPR berlangsung.

Walaupun terdapat kekurangan PdPR kepada pelajar, namun usaha untuk terus memberikan pendidikan kepada pelajar harus dipuji.

Ini dapat memberi kelangsungan ilmu dan pada masa yang sama memanfaatkan teknologi untuk sistem pendidikan di Malaysia.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *