5 Website Pendidikan Terbaik Untuk Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun

Let's share with your friends:

Membuat sesuatu yang bermanfaat untuk anak-anak sangat membantu proses perkembangan minda mereka. Dalam artikel ini, saya akan kongsikan 5 website pendidikan terbaik untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

Mengikut laporan Guide2Research.com berkaitan pembelajaran secara online (e-learning) mendapati:

  • 96% kanak-kanak menyukai dan seronok dengan pembelajaran dalam talian.
  • 72% institusi pengajian menawarkan kursus secara online.
  • 7 dari 10 orang guru bersetuju kemudahan pembelajaran dalam talian membantu pelajar.
  • Pada 2018, 35% pelajar di Amerika Syarikat menggunakan e-learning dalam pembelajaran.
  • Anggaran pasaran sebanyak RM1408 billion (USD336 billion) menjelang tahun 2026.

Duduk di rumah tanpa buat apa-apa tentu bosan. Jika kita yang dewasa pun tidak tentu arah tanpa sebarang aktiviti, inikan pula anak-anak kecil yang fitrahnya suka bermain sambil belajar perkara baharu.

Oleh itu, ibu bapa perlu bijak mengatur aktiviti yang menyeronokkan di samping membantu anak-anak belajar mengenal pelbagai hal yang menarik di sekeliling mereka, lebih-lebih lagi dalam fasa ‘duduk rumah’ ini.

Mahu keluar tidak boleh. Jadi salah satu cara untuk membawa anak-anak meneroka dunia adalah melalui internet.

Segalanya hanya di hujung jari. Namun, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kita perlu pastikan anak-anak tidak dibiarkan menggunakan peranti tanpa kawalan.

Apa lagi jika semata-mata untuk tujuan berhibur.

Manfaatkan kemudahan internet dan peranti yang ada dengan membawa anak-anak belajar menerusi beberapa webiste pendidikan atau laman sesawang yang menarik ini.

1. MundoPrimaria.com

Jika anda fasih membaca dalam bahasa Sepanyol, mungkin laman ini antara yang menarik untuk diterokai bersama anak-anak.

Ada pelbagai aktiviti melibatkan pembelajaran matematik dan sains yang berwarna-warni.

website pendidikan

Kredit gambar: edmodo.com

Di platform ini juga disediakan ‘audio book’ yang boleh anda dengarkan bersama. Ilustrasi pada laman sesawang ini juga comel-comel belaka. Pasti anak-anak teruja melihatnya.

2. Pbskids.org

Penuh warna-warni dan ceria sekali sebaik sahaja kita masuk ke laman sesawang ini.

Ada macam-macam aktiviti permainan yang boleh anak cuba. Mereka boleh bermain sambil belajar dengan gembira.

Selain itu, anak-anak juga boleh menonton video-video pembelajaran yang menarik dari watak-watak Sesame Streets seperti Elmo dengan keletahnya yang mencuit hati.

3. Starfall.com

Banyak yang anak-anak boleh pelajari di website pendidikan ini. Ada video lagu matematik, belajar mengenal warna, huruf, operasi tambah tolak yang mudah dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, untuk menonton kesemua video secara penuh ibu bapa perlu mendaftar sebagai ahli komuniti starfall.com.

Tapi kalau tak mendaftar pun banyak juga video pembelajaran yang boleh ditonton.

Sesuai untuk anak kecil berusia 5 tahun yang baru nak belajar mengenal nombor, huruf dan perkara asas lain.

4. Coolmath4kids.com

Istimewa buat anak-anak yang gemarkan permainan kira-kira.

Ada banyak pilihan video untuk anak-anak cuba main sambil belajar mengenai operasi tambah, tolak, dan banyak lagi.

Selain video permainan, terdapat juga kuiz serta nota pembelajaran. Semuanya berwarna-warni.

kelas online

Kredit gambar: baamboozle.com

Ceria seperti jiwa anak-anak kecil kita juga.

Pendedahan awal kepada aktiviti matematik sebegini mungkin dapat membantu menarik minat anak kepada mata pelajaran kira-kira yang lazimnya kurang digemari.

Oleh itu, ini merupakan antara pilihan website pendidikan yang mesti cuba didedahkan kepada anak-anak comel kita.

5. Makemegenius.in

Di sini anak-anak dapat mendalami ilmu sains dan alam sekitar melalui video-video pembelajaran yang berwarna-warni.

Kanak-kanak seawal usia 5 tahun pasti akan teruja melihat penerangan yang diberikan dalam bentuk animasi.

Seakan-akan menonton cerita kartun dan dalam masa sama ada ilmu baru yang boleh dipelajari. Ada video tentang sistem solar, tumbuhan, kenderaan, haiwan dan banyak lagi.

Manfaat Aktiviti di Rumah dengan Website Pendidikan

Demikian antara pilihan website atau laman sesawang yang ibu bapa boleh cuba dedahkan kepada anak-anak.

Ibu dan bapa juga boleh turut serta mengikuti pembelajaran yang ditunjukkan dalam setiap laman tersebut.

Ini bukan sahaja memberi ruang untuk anak-anak belajar dengan ceria, malah ia juga sesuai dijadikan momen pengikat kasih-sayang di antara ibu bapa dan anak.

Bonding time’ sebeginilah yang mampu merangsang anak supaya lebih fokus serta tertarik untuk terus belajar.

Justeru, ambillah peluang yang ada untuk kita bersama-sama mencipta suasana pembelajaran lebih sejahtera kepada anak-anak.

Let's share with your friends:

3 thoughts on “5 Website Pendidikan Terbaik Untuk Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *