Novamil KID IT: Pengalaman Susu Elak Sembelit Anak

Let's share with your friends:

Masalah sembelit pada anak kecil menjadi tekanan kepada ibu bapa. Sebab utama kerana kesian melihat anak menangis menanggung keperitan untuk membuang air besar.

Post kali ini, saya kongsikan pengalaman susu untuk elak sembelit.

Pertama sekali, ini adalah berdasarkan pengalaman cuba jaya (try and adjust) daripada satu susu formula kepada susu yang lain.

Sebagai ibu bapa, harga susu sudah tidak menjadi masalah utama asalkan anak mudah membuang air besar.

Kadang-kadang kita sendiri buntu dengan pelbagai usaha untuk hilangkan masalah sembelit. Ada orang suruh banyak minum air, ada orang suruh banyak makan buah.

Tidak dinafikan semuanya betul tetapi pada kanak-kanak yang terlalu memilih makan akan menjadi cabaran besar kepada ibu bapa.

Apa itu Sembelit?

Sembelit dalam bahasa mudahnya adalah kesukaran membuang air besar. Najis yang keras punca utama masalah sembelit yang menghalang bergerak dengan lancar.

Akibat geseran najis dan saluran penghadam yang menyebabkan luka. Dari geseran najis kepada bahagian luka ini menjadi perit dan sakit.

Kenapa berlaku sembelit?

Mengikut hellodoktor.com, salah satu punca sembeli adalah kurang mengambil makanan berserat seperti buah-buahan dan sayuran.

Juga kurang meminum air yang secukupnya boleh menjadi punca sembelit.

Pengalaman sendiri dengan anak sembelit

Dari umur 1 tahun, anak saya minum susu Frisolac. Sebenarnya ada banyak susu formula terbaik di pasaran, namun kami memilih Frisolac disebabkan saranan ramai.

Tambahan pula pada anak sulung. Masih tiada pengalaman, jadi apa yang terbaik daripada pembacaan dan cadangan rakan-rakan ibu bapa, itulah pilihan terbaik pada waktu itu.

Alhamdulillah selama tempoh setahun tiada masalah sembelit. Buang air besar seperti biasa. Sebab utama adalah dia kerap minum susu ibu berbanding susu formula.

Kemudian selepas berumur 2 tahun, masalah mula berlaku. Dia hadapi masalah untuk buang air besar. Dia menahan, muka berkerut, kurang selesa dan berkesudahan dengan menangis. Selepas menangis, tahulah yang dia telah berjaya buang air besar namun dalam keadaan sakit.

Anak saya minum air cukup, makan buahan dan sayuran cuma saya fikir mungkin disebabkan susu formula kurang serasi. Kami pun mulakan pencarian “susu elak sembelit”.

Cubaan pertama tukar susu kambing jenama Karihome. Harga boleh tahan dan hasilnya masih mengecewakan. Masalah sembeli tetap terjadi.

Cubaan kedua, tukar susu formula jenama Novamil. Untuk pengetahuan, susu Novamil ini ada beberapa varian:

  • Novalac Novamil DHA ( 1-3 tahun)
  • Novalac Novamil KID IT (1 – 10 tahun)
  • Novalac Novamil 1+ (1-3 tahun)

Untuk masalah sembelit, kami gunakan Novamil KID IT. susu-novamil-kid-itSusu ini ada formula diberi nama SmartGut360 khas untuk merawat dan elak masalah sembelit dan kebaikan seperti:

  1. Penghadaman yang mudah.
  2. Mengurangkan masalah najis keras dan memudahkan anak-anak membuang air besar dengan sempurna
  3. Ada campuran karbohidrat dan magnesium

Antara sebahagian kandungan nutrien di dalam susu Novamil KID IT:

  • Protein
  • Karbohidrat
  • Lemak
  • Sodium
  • Potasium
  • Zink
  • Iodin
  • Vitamin A, B1, B2, C, E

kebaikan-novamilSusu Novamil KID IT ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun sehingga 10 tahun.

Di mana boleh beli susu ini?

  • Secara online di Shopee, Lazada, dmart.my
  • Secara offline di farmasi dan pasaraya seperi Giant, Pharmacy Alpha, Kedai Ubat dan sebagainya.

Berat susu ini 800gram dengan harga antara RM75 – RM80 setin. Harga ini berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain. Jika nak murah, boleh beli 2 tin ke atas.

Biasanya saya akan beli 2 hingga 3 tin dan boleh bertahan sehingga sebulan. Kekerapan minum 3 ke 4 kali sehari (pagi, tengahari dan sebelum tidur).

Kesimpulan

Alhamdulillah, selepas beberapa minggu, anak tidak lagi ada masalah sembelit. Jika sebelum ini kerap sembelit, sekarang dalam 10 kali nak buang air besar hanya sekali dua sahaja agak sukar. Masih boleh diterima.

Saya tidak ingin membandingkan antara jenama susu di pasaran. Setiap satu mempunyai kebaikan dan kekurangan tersendiri. Namun, pengalaman mengajar kita menjadi ibu bapa yang lebih baik.

Saya fikir susu Novalac Novamil KID IT ini amat serasi untuk penghadaman. Anak sangat kurang sembelit dan dapat buang air besar dengan sempurna.

Rujukan: Novamil

Let's share with your friends:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *