Bagaimana Proses Cara Ambil Anak Angkat di Malaysia
Sesetengah individu yang kurang bernasib baik sukar untuk mendapatkan cahaya mata pasti pernah terfikir macam mana cara nak mengambil anak angkat. Bagi yang tidak tahu, proses untuk ambil anak angkat perlu mengikut undang-undang.
Sekarang banyak yang terpapar di kaca tv berita buang anak di merata-rata tempat.
Apatah lagi dengan keadaan sekarang. Mungkin kesempitan wang dan mungkin juga masalah peribadi seperti stress yang tidak diketahui.
Jika ambil anak yatim sebagai anak angkat, sekurang-kurangnya anak tidak bernasib baik ini terbela.
Tetapi yang sedia maklum, proses untuk ambil anak angkat di Malaysia agak rumit. Semuanya untuk memastikan anak-anak itu dijaga oleh orang betul.
Syarat Kelayakan Pengambilan Anak Angkat
Semua pemohon dan kanak-kanak (anak angkat) harus mematuhi beberapa syarat kelayakan di bawah Seksyen 6 (1) Akta 253 seperti:
Pemohon:
- Salah seorang ibu bapa angkat (suami/isteri) atau ibu/bapa angkat (tunggal) bertaraf Warganegara atau Penduduk Tetap.
- Ibu bapa angkat (suami/isteri) atau ibu/bapa angkat (tunggal) berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada kanak-kanak.
- Pasangan suami isteri memiliki dokumen perkahwinan yang sah.
- Mendapat keizinan pengangkatan daripada ibu atau bapa kandung atau ibu tunggal (surat akuan berkanun).
- Sekiranya tiada keizinan ibu bapa kandung, pengangkatan masih boleh dilaksanakan melalui perintah mahkamah atau laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Permohonan perlu dikemukakan di Jabatan Pendaftaran Negara dalam daerah ibu dan bapa angkat bermastautin.
Kanak-Kanak:
- Belum pernah berkahwin.
- Berumur di bawah 18 tahun dan bermastautin di Semenanjung Malaysia.
- Telah dalam jagaan dan dipelihara pasangan suami isteri secara bersama sebagai anaknya sendiri bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun yang berterusan sebelum pendaftaran pengangkatan dibuat.
- Kanak-kanak bertaraf Warganegara atau bukan Warganegara.
- Kanak-kanak memiliki dokumen pengenalan diri (Sijil Kelahiran/Kad.
- Pengenalan/Passport/Permit Masuk bagi bukan warganegara/Visa perlu cukup tempoh dua tahun).
- Memiliki sijil kelahiran (Jika tiada, permohonan daftar lewat kelahiran harus dilakukan).
Permohonan Pengambilan Anak Angkat
Terdapat beberapa cara untuk ambil anak angkat, antaranya:
- Mendapat anak terus daripada pemberian ibu bapa kandung
- Melalui permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Jika anda ingin membuat permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat, anda boleh membuat permohonan melalui telefon, email, surat, faks atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di tempat anda bermastautin.
Namun jika anda menerima anak terus daripada pemberian ibu bapa kandung, anda harus melakukan beberapa prosedur bagi memastikan status anak itu sah di sisi undang-undang kelak.
Terdapat dua kaedah permohonan untuk mengesahkan pengambilan anak angkat tersebut, antaranya:
- Permohonan di mahkamah seksyen atau mahkamah tinggi dalam tempoh masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak untuk notis pengangkatan.
- Permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara melalui Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253)
Jika anda memilih pilihan kedua, anda perlu:
- Mengisi surat akuan berkanun
- Mendaftarkan pengambilan di Jabatan Pendaftaran Negara bagi mohon Sijil Pengangkatan selepas dua tahun
- Melalui prosedur pengambilan Sijil Pengangkatan
Prosedur Pengambilan Anak Angkat Dari Ibu Bapa Kandung
Jika anda menerima kanak-kanak dari ibu bapa kandungnya, anda perlu melakukan proses ini bagi mengesahkan pengambilan.
- Permohonan notis pengangkatan
- Surat akuan berkanun
- Permohonan sijil pengangkatan
Segala proses ini melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Mahkahmah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kesediaan dari sudut ekonomi keluarga juga penting untuk melancarkan lagi proses ini.
Nampak rumit ke cara ambil anak angkat? Sebenarnya tidak. Cuma perlu melalui saluran undang-undang yang betul supaya kanak-kanak dapat terbela, selamat dan tidak berlaku perkara berbangkit di kemudian hari.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Jabatan Pendaftaran Negara
Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
Telefon: 03-8880 7015 / 03-8880 7783 / 03-8880 7785 / 03-8880 7841
One thought on “Bagaimana Proses Cara Ambil Anak Angkat di Malaysia”