Awasi Anak-Anak Anda: Kes COVID-19 Untuk 5 Tahun Membimbangkan
Sedia maklum, COVID-19 sangat berisiko tinggi kepada warga emas. Namun, virus ini tidak mengira umur. Anak-anak berumur bawah 5 tahun juga menghadapi risiko yang sama.
Seperti dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, jangkitan kepada kanak-kanak berumur bawah 1 tahun dan bawah 5 tahun sangat membimbangkan.
Kes COVID-19 kanak-kanak ini sehingga kini telah menghampiri 20 ribu. Sebagai ibu bapa, apa yang boleh kita lakukan?
Jom baca perkongsian KKM seperti di bawah:
1. Jangan bawa anak kecil bawah 12 tahun keluar rumah. Tidak kira untuk beli barang keperluan atau apa tujuan sekalipun. Kecuali jika ada kecemasan atau kesihatan.
2. Pantau pergerakan anak-anak. Jangan biar keluar bergaul dengan rakan-rakan. Kes COVID-19 kanak-kanak ini sangat mudah berjangkit jika berkumpul beramai-ramai.
3. Patuh SOP sepanjang masa dari Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jangan kunjungi tempat sesak. Buat masa sekarang, semua orang perlu bersabar dan sama-sama bantu kurangkan jangkitan.
4. Sentiasa pakai pelitup muka (face mask) jika ada di luar rumah.
5. Gunakan hand sanitizer dan kerap basuh tangan.
6. Gunakan pembelian atas talian bagi membantu mendapatkan keperluan seharian. Sebolehnya duduk sahaja di rumah.
Kita bersatu kita berjaya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia & drugtargetreview.com
6 thoughts on “Awasi Anak-Anak Anda: Kes COVID-19 Untuk 5 Tahun Membimbangkan”