Biskut Potong: Tips Sarapan Pagi yang Cepat dan Sihat

Let's share with your friends:

Sebagai ibu bapa, kita akan berikan yang terbaik untuk makanan anak-anak. Walaupun hanya sekadar biskut potong sebagai sarapan pagi, tetapi ianya tetap satu tanggungjawab yang sepatutnya diberikan kepada mereka.

Ibu yang bekerjaya sudah semestinya agak sibuk dan ada kalanya tidak sempat menyediakan sarapan pagi untuk anak-anak.

Paling mudah, mereka akan membeli kuih, biskut atau roti dari kedai untuk dijadikan bekalan. Mereka masih berusaha sebaiknya untuk anak-anak.

Yalah, mana mungkin seorang ibu boleh lihat anak kelaparan di sekolah tanpa makanan.

Ada juga ibu bapa lebih gemar membeli sarapan pada hari yang sama seperti nasi lemak dan kuih muih. Mungkin lebih segar dan panas.

Namun, banyak juga hanya membekalkan wang saku kepada anak-anak bersekolah dan mereka bebas membeli makanan kegemaran.

Namun, pada waktu pandemik COVID-19 sekarang, ibu bapa perlu menyediakan makanan sendiri kepada anak-anak.

Mereka hanya makan di dalam kelas tanpa perlu keluar membeli di kantin. makan dalam kelas

Jadi, amat penting ibu bapa berusaha menyediakan sarapan yang bukan sahaja sedap tetapi berkhasiat untuk perut anak mereka.

Tahukah anda, sarapan pagi akan memberikan tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian.

Ini kerana selepas bangun tidur, paras glukosa dalam darah adalah rendah dan perlukan makanan bertenaga untuk memulihkannya.

Kepentingan Sarapan Pagi

  • Utamakan sarapan pagi yang kaya dengan karbohidrat kerana dapat menahan rasa lapar dan memberikan tenaga berterusan.
  • Ambil sarapan antara jam 7 pagi hingga jam 9 pagi.
  • Untuk tahan lapar, cukup sekadar sarapan sekeping roti, bijiran dan susu
  • Sarapan pagi penting untuk merangsang otak dalam pembelajaran. Perut kenyang, minda pun jadi fokus.
  • Karbohidat dalam sarapan dalam merangsang paras glukosa dan juga mikro nutrien dalam otak.

Untuk ibu yang sibuk, cara paling mudah adalah dengan membeli sarapan lebih awal. Contohnya biskut, roti, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Ini kerana jika anda dapat menjimatkan masa dengan makanan sedia dimakan (ready-to-eat) kerana proses penyediaannya yang cepat.

Berbanding dengan makanan yang perlu di masak.Walaupun anda membeli jenis ready-to-cook tetapi masih memerlukan anda untuk memasak berbanding jenis ready-to-eat.

Contoh makanan ready-to-eat adalah biskut dan roti. Anda cuma perlu buka dan makan.

biskut potong

Nak sediakan sarapan yang mudah, cepat dan berkhasiat? Apa kata dapatkan biskut potong margerin gula untuk jimatkan masa sarapan anda.

Let's share with your friends:

One thought on “Biskut Potong: Tips Sarapan Pagi yang Cepat dan Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *