8 Cara Hafal Sifir dengan Mudah untuk Anak-anak Kuasai

Let's share with your friends:

Belajar memahami sifir adalah satu perkara penting dalam pembelajaran anak-anak. Ada kanak-kanak kurang mahir namun sebenarnya ada cara hafal sifir yang boleh dipelajari.

Dulu ada rancangan hiburan kanak-kanak Along pada era 90-an. Rancangan ini ada segmen bersama Siti Sifir yang ajar kanak-kanak membaca dan menghafal sifir secara santai.

” Satu darab dua, dua …dua darab dua, empat…” Siapa yang ingat angkat tangan?

Kemudian lahir generasi baru kanak-kanak yang bijak sifir di Malaysia. Terbaru kanak-kanak bernama Noah yang boleh hafal sifir 1 hingga 12 hanya pada usia 5 tahun.

Mengikut ibunya Mira Nabila, Noah dapat hafal sehingga sifir 100. Hebat anak ini!

Ada orang panggil sifir, ada orang panggil darab namun konsepnya sama. Tahukah anda, Matematik ini sudah wujud sejak 1850 sebelum masihi lagi dan dikatakan bermula dari Mesir Kuno.

Bagaimana nak tahu anak sudah hafal sifir atau tidak? Tanya secara spontan. Dari situ anda tahu tahap kebolehan anak dalam mengingati sifir.

Tanggungjawab ini perlu diambil serius oleh ibu bapa. Jangan hanya harapkan cikgu sekolah. Kita perlu ‘lebih cikgu dari cikgu’ dalam isu pendidikan anak-anak.

Gambar: vecteezy.com

Kenapa Anak Susah Hafal Sifir

1. Tiada Kesungguhan Semasa Mengajar dan Belajar

Perangai kanak-kanak jika tidak dipaksa dan suruh, tak nak buat.

Jika ibu bapa sendiri tak titik beratkan penting hafal sifir semasa usia kecil, bagaimana mereka nak tahu dan faham.

Ibu bapa zaman moden mungkin sibuk dengan gajet masing-masing hingga abaikan masa walau satu jam untuk anak-anak belajar sifir.

Lebih malang, kita pula beri gajet kepada anak-anak untuk buat benda yang mereka suka. Akhirnya, memang tak belajarlah.

Bukan semua ibu bapa, tapi segelintir yang ambil remeh pentingnya pendidikan Matematik ini.

2. Tiada Bahan Untuk Belajar

Tiada buku, tiada kad dan tiada apa-apa untuk anak belajar. Untuk tahu sesuatu perkara, kita perlu ada bahan rujukan untuk tujuan pembelajaran.

Banyak buku dan kad berkaitan sifir yang boleh dijadikan bahan bacaan. Boleh gantung di dinding untuk anak membaca.

Beri sedikit peruntukan untuk pendidikan awal kanak-kanak kerana ianya satu modal paling berharga untuk masa depan mereka.

3. Tidak Memahami Konsep Sifir

Sifir perlu difahami konsep nombor sebelum proses menghafal menjadi lebih mudah dan seronok. Ada anak-anak keliru dengan nombor dan darab pada sifir.

Contohnya 5 x 6 adalah sama dengan 6 x 5 walaupun berada pada sifir berbeza. Ini kerana konsep sifir mendarab depan dan belakang tidak kira susunannya awal atau akhir.

8 Cara Hafal Sifir yang Anak-Anak Boleh Belajar

1. Kenali Nombor Matematik

Setiap ilmu bermula dari perkara paling asas. Untuk matematik ia bermula dari nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Kemudian belajar formula asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi.

Anak-anak perlu tahu nombor sebelum boleh tahu menggunakan nombor. Nak belajar nombor, boleh bermula seawal 2 tahun.

2. Ajar Konsep Sifir

Konsep adalah peraturan atau idea dalam sesuatu perkara. Konsep sifir bergantung kepada nombor yang digunakan semasa mendarab.

Contohnya anda ajarkan konsep sifir 1. Anda boleh beritahu mereka “setiap nombor yang di darab 1 jawapannya adalah sama dengan nombor tersebut. Contohnya 4 x 1 sama dengan 4… 8 x 1 sama dengan 8.”

3. Ajar Anak Hafal Sifir Mudah

Sifir mudah bukanlah mengikut urutan 1, 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. Sifir mudah mengikut urutan adalah 1, 2, 10, 5, 4, 3, 6, 9, 7, 8.

Untuk sifir mudah, ajar anak hafal sifir 1 dan 2 terlebih dahulu. Lihat perkembangan mereka. Jika sudah mahir, teruskan ke sifir berikutnya.

4. Sambung ke Sifir Lebih Mencabar

Sifir mencabar seperti 6, 9, 7 dan 8. Jika anak anda sudah menghafal sifir mudah, tidak mustahil mereka boleh mengingati sifir-sifir lain kerana cara hafal sifir adalah sama sahaja konsepnya.

5. Beli Buku Sifir dan Tulis Semula Sifir

Cara cepat ingat semasa belajar adalah apabila anda tulis apa anda faham. Bukan salin apa anda belajar.

Apabila kita menulis, otak akan cepat mengingati perkara tersebut. Bila kita lupa, kita boleh rujuk kembali. Proses ini akan buatkan anak-anak cepat hafal dan ingat.

cara-tulis-hutang

6. Tampal sifir di dinding

Ada banyak kad sifir yang boleh digantung di dinding di jual di kedai buku. Jika sibuk, anda boleh beli secara online seperti di Shopee atau Lazada. Harganya juga tidak terlalu mahal.

Dengan adanya sifir yang ditampal di dinding, anak anda dapat lihat dan baca. Semakin lama dia lihat dan baca, semakin cepat otaknya dapat menghafal.

7. Belajar dan Bermain

Wujudkan konsep belajar sambil bermain. Pada usia muda jangan beratkan minda anak-anak dengan pembelajaran yang terlalu kompleks.

Ajar anak hafal sifir mungkin 30 minit pertama, kemudian rehat dan bermain 30 minit berikutnya.

Anak-anak tidak bosan di rumah kerana mereka tahu ada kelonggaran mereka belajar. Anak-anak kurang stress menghadap sifir sepanjang masa.

8. Uji Tahap Penguasaan Anak

Nak tahu anak cekap sifir atau tidak, lakukan secara spontan seperti waktu mereka menonton tv, di dalam kereta atau ketika bersiar-siar.

Berikan pujian jika mereka berjaya jawab dengan betul untuk naikkan motivasi dan keyakinan diri.

Anda juga boleh beri ganjaran jika berjaya sesuatu sifir sehingga selesai. Mungkin boleh belanja aiskrim atau Choki-Choki.

Ada Cara Hafal Sifir Cara Cepat dan Mudah

Terdapat satu program Matematik diberi nama MathMedic. Program ini akan analisa pelajar yang bermasalah dalam Matematik kemudian memberi jalan penyelesaian.

Sudah ramai pelajar sertai program MathMedic untuk belajar teknik hafal sifir dengan mudah, cepat dan berkesan.

Bengkel Belajar Sifir MathMedic

Program ini dihentikan setelah negara menghadapi COVID-19. Ramai ibu bapa ingin hantar anak belajar namun terpaksa ditangguhkan.

Berita baiknya, pengasas MathMedic, En. Osman bin Affan telah menyediakan satu ebook lengkap seperti program MathMedic meliputi teknik analisa dan penyelesaian cara hafal sifir.

Ebook Hafal Sifir – Panduan Ajar Anak Hafal Sifir Dengan Mudah & Pantas

Apa yang bagusnya modul MathMedic ini?

1. Ibu bapa dapat belajar teknik yang betul untuk ajar anak hafal sifir. Pada masa sama, kita dapat memperbaiki teknik yang salah yang mungkin selama ini kita gunakan.

2. Belajar teknik sebenar yang lebih berkesan. Anak-anak dapat menjawab sifir dengan pantas kerana teknik digunakan dapat membantu mereka mengingati nombor.

3. Disediakan “Mathmedic Sifir Diagnostic Test” iaitu satu set kertas soalan sifir. Anda dapat gunakan untuk uji tahap penguasaan anak-anak kita di dalam sifir.

4. Menggunakan flash card yang unik yang tiada di pasaran. Flash card ini adalah bahan mengajar penting untuk anak-anak memberi tumpuan semasa belajar sifir.

5. Anak anda boleh mahir sifir secepat 14 hari semasa sesi analisa, belajar dan menghafal sifir.

Ini adalah satu program yang terbaik untuk didik anak cara hafal sifir pada usia muda. Apabila mereka sudah masuk sekolah, pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah kerana asasnya telah kuat semasa kecil.

Harganya cuma RM30 sahaja. Satu pelaburan ilmu yang sangat murah dan berbaloi untuk masa depan anak-anak kita.

Untuk dapatkan ebook ini, klik di bawah.

anak hafal sifir

Let's share with your friends:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *