5 Kisah Pengorbanan Ayah Untuk Inspirasi Rakyat Malaysia

Let's share with your friends:

Sering kita dengar kisah pengorbanan ayah yang boleh dijadikan panduan, pengajaran dan inspirasi.

Menjadi seorang ayah merupakan satu tugas yang sangat mencabar, namun sangat memberi makna dan kebahagiaan.

Anak adalah anugerah terindah bagi setiap pasangan yang berkahwin.

Ada pasangan dikurniakan awal, ada yang lewat.

Ada juga tidak diberikan rezeki zuriat namun berbahagia dengan anak angkat.

Namun semuanya ketentuan dan tersirat pelbagai hikmat untuk kita semua jadikan pengajaran.

Sebagai seorang bapa atau ayah, tugas ini bukan mudah.

Kita sebolehnya inginkan yang terbaik untuk anak-anak.

Tidak mahu mereka rasa sedih dan susah. Biar kita yang tanggung sengsara dan kepayahan asalkan diwajah mereka sentiasa gembira.

Artikel kali ini kami bawakan kisah pengorbanan ayah dalam menjaga anak kesayangan.

Kisah ini bukan sahaja untuk dijadikan pengajaran dan inspirasi, malah menjadi ujian buat kita adakah kita hanya melihat tanpa membantu?

Ataupun adakah kita bersyukur dikurniakan keluarga dengan sedikit dugaan hidup?

1. Demi Sesuap Nasi, Ayah Bawa Anak Tolak Motosikal Pancit Sejauh 10 Kilometer

Kisah pengorbanan ayah yang berusaha mencari kerja.

Dia membawa anak kecil berusia 6 tahun menaiki motosikal Suzuki RC 80 model lama.

Namun, tayar motosikalnya pancit dan dia menolak motosikal sejauh 10 kilometer dengan anak kecilnya di hadapan.

Keluarga ini dari Bagan Datuk ingin ke Pulau Pinang.

Ayah Bawa Anak Tolak Motosikal Pancit

Mengikut cerita, bapa ini berusia dalam lingkungan 40-an dan mempunyai 8 orang anak.

Di Perak, dia hanya bekerja kampung dan pendapatan tidak mencukupi untuk menyara keluarga.

Lelaki berkenaan ingin menumpangkan anaknya, namun si bapa menolak. Mungkin bimbang anaknya di bawa lari.

Dia kemudiannya membawa mereka ke kedai membaiki motosikal, selepas itu membawa mereka makan tengahari di kedai Nasi Kandar Deen.

Lelaki berkenaan meminta nombor telefon, namun selepas buat panggilan tiada jawapan kerana kehabisan bateri. Handphone juga buatan China paling murah katanya.

Begitu cekal hati dan pengorbanan seorang ayah.

Kredit info: myinfomaya.com

2. Bapa Berkaki Ayam Tarik Stroller, Hidup Susah Tanpa Kerja

Seorang bapa di Kuching, Sarawak dirakam menarik stroller dengan anak-anaknya ketika hujan di lampu isyarat.

Apa yang mengejutkan dia tidak memakai kasut ketika itu.

Bapa berkenaan seorang warganegara United Kingdom berkahwin dengan wanita Cina Malaysia.

Bapa Berkaki Ayam Tarik Stroller

Namun, isterinya yang merupakan seorang pensyarah meninggal dunia akibat kanser.

Seorang ayah yang bertanggungjawab, gigih berusaha untuk menjaga dan membesarkan tiga orang anaknya.

Lelaki berkenaan bekerja menjaga rumah hantu di AEON Kuching.

Kisahnya mendapat perhatian pendakwah Ebit Liew dengan menghadiahkan sebuah kereta untuk memudahkan lelaki tersebut membawa anak-anaknya.

“Masa saya jumpa beliau pada mulanya beliau berkeras menolak apa sahaja pemberian.

Beliau orang baik. Hidupnya cuma kerja dan menjaga anak-anaknya.”

“Tak suka menyusahkan orang. Lama kami berbual dan makan bersama.”

Sedih dengar kisah hidupnya. Ujian yang menimpanya.

Lihat kasih sayang ayah dan anak-anaknya. 2 lelaki seorang perempuan.” Kata Ebit Liew.

Kredit info: watandaily.com

3. Bapa Berkaki Ayam Bantu Anak Saudara Rebah Ketika Kawad

Kisah pengorbanan ayah membantu anak saudara ketika kawad di kongsi oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Walaupun dia hanya bapa saudara, tetapi telah menjaga anak saudaranya sejak kematian ibu dan ayah kandungnya.

Bapa saudaranya yang juga warga emas dilihat berlari kepada anak saudaranya untuk membantu dia bangun sebelum bantuan perubatan tiba.

Bantu Anak Saudara Rebah Ketika Kawad
Bapa Berkaki Ayam Bantu Anak Saudara

Mengikut laporan Berita Harian, lelaki bernama Nik Mohd Adhar rebah akibat kurang sihat di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang.

Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah.

Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali.” – Kata Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Kredit info: Facebook Alexander Nanta Linggi

4. Anak Demam Tetapi Ibu Bapa Tiada Duit Beli Ubat

Kisah pengorbanan ayah dan ibu yang dikongsikan seorang guru bernama Muhammad Yusof sangat menyayat hati.

“Kebetulan minggu ni budak asrama saya pulang bermalam dan hari ni sepatutnya mereka kena pulang ke asrama tapi ada parent budak asrama mesej saya, cikgu, anak saya demam.

Saya balas bagitau prosedur supaya kalau boleh anaknya dapatkan rawatan dan dapatkan surat MC.”

“Lama dia seen mesej saya. Sejam lepas tu parent tu mesej saya semula. ‘Cikgu, boleh tak saya tulis surat rasmi je cikgu sebab gaji saya lambat lagi.”

Saya cuba korek sana sini, tapi tinggal cukup nak makan je cikgu’.”

“Bila dapat mesej macam tu terus saya rasa bersalah. Kebetulan saya baru gaji, terus saya mesej untuk minta akaun untuk dia hantar anaknya ke klinik.”

Dia balas ‘terima kasih banyak cikgu, malu sebenarnya nak cerita kat cikgu tapi sebab nak bagi anak sihat je ni.”

Nanti dah gaji cikgu bagi nombor akaun cikgu ya, saya bayar..’. Saya jawab takpe puan, moga anak puan cepat sembuh.

Hayati pesanan cikgu, buat yang terbaik dalam pelajaran kerana ianya salah satu asbab kita boleh berjaya dan keluar dari jurang kemiskinan.

Kita mungkin tiada harta benda tetapi modal pendidikan adalah ‘harta’ paling bernilai sebagai jalan keluar dari masalah ini.

“Itulah.. Saya selalu pesan kat budak-budak sekolah saya supaya ingatlah jasa mak ayah dorang. Belajarlah sungguh-sungguh.”

“Janganlah buat benda pelik-pelik yang boleh malukan mak ayah dorang.”

Kalaulah anak-anak ni tau macamana susahnya mak ayah dorang cari duit, rasanya takde yang akan keluarkan konten pelik-pelik contohnya dapat 9G dalam SPM pun bangga nak viral satu Malaysia.”

“Pada saya, kegagalan bukanlah sesuatu untuk dibanggakan. Balaslah jasa mak ayah dengan sesuatu yang betul-betul ‘membanggakan’ kedua ibubapa.”

“Membanggakan ibubapa maksudnya kita bahagiakanlah kedua ibubapa kita dunia akhirat. Bahagiakan perasaan mereka.”

“Bahagiakan kehidupan mereka sebaik mungkin bila kita sebagai anak dah ada sedikit kemampuan.”

Saya rasa pesanan ni relevan untuk semua anak-anak kita.”

“Kadang dorang nampak senang je mak ayah hulur duit kat dorang setiap hari, tapi dalam sedar tak sedar dorang tak tahu macamana peritnya mak ayah kerja pagi sampai malam nak dapatkan sesuap nasi tu, hanya Tuhan yang tahu.”

5. Ayah Bawa Anak Sakit Jantung dan Buah Pinggang dari IJN ke Terengganu Naik Motosikal

Kisah yang dikongsikan oleh Firdaus Fauzi yang menemui dua beranak ini di R&R Maran.

Dua beranak hanya menaiki motosikal dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur ke Terengganu.

Membawa anak berusia 15 tahun, si ayah berhenti di R&R kerana anaknya nak alami sawan.

Ayah Bawa Anak Sakit Jantung dan Buah Pinggang dari IJN

Pemuda ini memaklumkan ibunya memberi makanan.

Selepas makan mereka terus menyambung perjalanan ke Terengganu.

Jika dikira, anggaran perjalanan mereka melebihi 400km jauhnya.

Bukan isu jauh atau dekat tetapi keadaan anaknya yang sakit jantung dan buah pinggang.

Pemuda tersebut memaklumkan ingin tumpangkan anaknya kerana mereka juga ke Terengganu namun di tolak.

“Around 15 minutes lepas diorang gerak, kitorang pun gerak dari rnr untuk terengganu, masa dalam perjalanan tu kitorang terjumpa balik diorang ni kat atas highway, anak dia macam letih je letak kepala dia atas meter motor tu.”

“ayah aku dah tak sampai hati, dia tahan motor tu kat tepi, lepastu offer lagi untuk hantarkan budak tu sampai kuala teregganu tapi pak cik tu cakap “takpe pelan pelan inshallah sampai”.

“Ayah aku cuma kasi dia duit je, harap harap cukuplah untuk dia sampai dekat destinasi dia.”

“Sehingga kini, saya masih teringatkan nasib mereka berdua dan berasa sedih kerana tidak dapat membantu,” kata Muhamad Firdaus Mohd Pauzi, 19.

Tak dapat nak bayangkan penat, letih dan sakit yang ditanggung.

Kredit info: ohbulan.com

Itulah ayah. Sakit demamnya ditolak tepi, hanya semata-mata untuk membahagiakan anak tercinta.

Buat mereka yang masih ada ayah, bapa, daddy atau apa sahaja yang anda panggil, buat baik dan hargai setiap penat lelah mereka membesarkan kita.

Buat mereka yang sudah ketiadaan ayah, doakan mereka agar dirahmati Allah di sana.

Ada kisah menarik mengenai pengorbanan ayah anda? Jom kongsikan di ruangan komen.

Let's share with your friends:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *