29 Tempat Menarik di Langkawi untuk Keluarga Bercuti 2022
Langkawi adalah salah satu tempat perlancongan terbaik yang ada di Malaysia. Dengan keluasan 478km persegi meliputi 99 buah pulau, banyak tempat menarik di Langkawi boleh dikunjungi.
Pulau lagenda di negeri Kedah ini juga dikategorikan sebagai pulau bebas cukai. Banyak anda boleh jimat jika berbelanja di sini. Ia juga dikenali dengan nama Langkawi Permata Kedah.
Kami kongsikan 29 tempat menarik di Langkawi untuk bawa keluarga bercuti pada tahun 2022.
1. Kereta Kabel Langkawi (Langkawi SkyCab)
Tarikan utama di Langkawi sudah semestinya kereta kabel (SkyCab). Mula di buka pada 27 Februari 2005 dengan jarak 2.2km.
Dengan menaiki kereta kabel ini, anda dapat melihat panorama batu kapur berusia 500 juta tahun Gunung Machincang.
Terdapat 3 pilihan gondola untuk anda cuba naiki iaitu Gondola Biasa, Bottom Glass Gondola dan VIP Gondola.
Jika anda ingin rasa seperti berada di atas kawasan hutan, boleh cuba Bottom Glass Gondola kerana lantai kacanya lutsinar dan nampak bahagian bawah.
Setiap gondola boleh memuatkan sehingga 6 orang. Jadi, jika anda bersama keluarga kecil, memadai hanya satu gondola.
Permandangan dari atas awan melihat bukit dan sekitar Pulau Langkawi sangat mengujakan.
Tambahan jika anda bawa anak-anak bersama kerana perjalanan dari bawah hingga ke atas mengambil masa sekitar 15 minit. Puas bergambar dengan keluarga.
Setiba di atas, anda boleh lihat pemandangan 360 darjah meliputi Pulau Langkawi dan Selatan Thailand.
Jika waktu cuti sekolah, ramai orang akan beratur untuk membeli tiket. Untuk lebih mudah, anda boleh beli secara online seperti di Klook.com.
Boleh dapat harga yang lebih murah dan tempat beratur untuk menebus tiket juga disediakan khas untuk pembeli online.
Harga Tiket:
Harga tiket termasuk kemasukan ke SkyDome, SkyRex dan Muzium 3D Art.
Jenis Gondola | Warganegara Malaysia | Bukan Warganegara Malaysia | Info |
---|---|---|---|
Gondola Biasa (Normal Gondola) | Dewasa: RM43 seorang Kanak-kanak: RM33 seorang | Dewasa: RM85 seorang Kanak-kanak: RM65 seorang | Gondola berkongsi dengan orang lain. Ada waktu berlepas yang ditetapkan Tambahan RM50 untuk tiket Express Lane. |
Gondola Lantai Lutsinar (Bottom Glass Gondola) | RM105 seorang | RM105 seorang | – |
360° Gondola | RM155 seorang | RM155 seorang | – |
VIP Gondola | RM550 untuk 3 orang | RM550 untuk 3 orang | – |
Private Gondola | RM550 untuk 4-6 orang | RM550 untuk 4-6 orang | – |
Waktu Operasi | 9.30 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604-959 4225/1225 |
Website | panoramalangkawi.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram | YouTube |
Beli Tiket Cable Car Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
2. Island Hopping
Untuk aktiviti air, Pulau Langkawi menawarkan aktiviti Island Hopping. Anda akan di bawa menaiki bot ke tiga tempat utama iaitu ke Tasik Dayang Bunting, Memberi Makan Helang dan Pulau Beras Basah.
Di Tasik Dayang Bunting anda boleh mandi, berkayak dan sebagainya. Kemudian anda akan di bawa untuk melihat helang dan pemandu bot akan memberi makan helang.
Akhir sekali, anda akan ke Pulau Beras Basah untuk melihat keindahan pantai dan mandi-manda.
Aktiviti ini bermula dari awal pagi sehingga tengahari. Mengambil masa antara 3 ke 4 jam. Terdapat 2 trip iaitu 9 pagi dan 2 petang. Kami cadangkan anda ambil tiket pagi kerana suasana pagi yang nyaman.
Sangat menyeronokkan melihat keindahan laut, berjalan kaki di pulau dan mandi pantai. Digalakkan pakai pakaian sesuai kerana anda kemungkinan basah bermain air laut.
Seeloknya bawa beg kalis air untuk perlindungan barang peribadi seperti telefon bimbit, tuala dan kasut. Bawa juga makanan kerana aktiviti yang panjang boleh buat anda dan anak-anak kelaparan.
Jika anda membeli tiket, tidak perlu risau untuk ke jeti ke island hopping. Wakil travel agen akan datang mengambil anda di hotel. Anda cuma perlu tunggu di perkarangan lobi hotel sahaja.
Harga tiket untuk Pakej Island Hopping (Tasik Dayang Bunting, melihat helang makan dan Pulau Beras Basah)
Pakej | Harga |
---|---|
Kongsi Bot (Sharing Boat) | Dewasa: RM40 Kanak-kanak: RM30 |
Bot Peribadi (Private Boat) | RM300 – maksimum 10 orang RM350 – maksimum 12 orang RM450 – maksimum 15 orang |
Masuk ke Tasik Dayang Bunting | Dewasa – RM5 seorang Kanak-kanak – RM3 seorang |
Waktu Operasi | Sesi 9.00pagi dan sesi 2.00 petang |
Alamat | Jeti Teluk Baru, Jalan Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah |
Beli Tiket Island Hopping Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
3. Underwater World Langkawi
Mula beroperasi sejak Ogos 1995, ia merupakan akuaria dengan terowong cermin sepanjang 15 meter yang diisi dengan 500,000 liter air laut.
Ini adalah tempat menarik di Langkawi khusus untuk kanak-kanak. Mereka pasti teruja dan gembira melihat pelbagai hidupan laut di sini seperti penguin, ikan, anjing laut dan ikan pari.
Konsepnya sama seperti Underwater World KLCC cuma di sini terdapat juga hidupan darat seperti burung dan itik.
Aktiviti memberi makan haiwan juga di adakah sebagai tarikan kepada pengunjung iaitu:
Aktiviti | Waktu |
---|---|
Waktu Operasi | Setiap hari 10.00 pagi hingga 6.00 petang Cuti sekolah/cuti umum: 9.30 pagi hingga 6.30 petang |
Anjing Laut (Seals) | 2.30 petang (Sabtu – Khamis) 4.00 petang (Jumaat sahaja) |
Penguin Afrika (African Penguins) | 11.00 pagi dan 2.45 petang |
Rockhopper Penguins | 11.15 pagi and 3.00 petang |
Tunnel Tank | 3.30 petang |
Harga Tiket Pemegang MyKad | Harga Tiket Tanpa MyKad |
---|---|
Dewasa RM43 seorang | Dewasa RM53 seorang |
Kanak-kanak RM33 seorang | Kanak-kanak RM43 seorang |
Warga Emas RM33 seorang |
Alamat | Underwater World Langkawi, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604 955 6100 |
Website | underwaterworldlangkawi.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram | Twitter |
Beli Tiket Underwater World, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
4. Langkawi Wildlife Park
Ia adalah taman haiwan atau zoo yang menghimpunkan pelbagai haiwan liar seperti burung, reptilia, burung unta, arnab, landak dan sebagainya.
Berkeluasan 5.5 ekar, mula dibuka pada tahun 2002 dengan nama Taman Burung Langkawi, kemudiannya ditukar nama kepada Langkawi Wildlife Park.
Tempat yang sangat berbaloi untuk bawa anak-anak bergembira dengan memberi makan di samping memegang haiwan yang comel.
Selain tempat yang menyeronokkan kepada anak-anak, mereka juga dapat menimba ilmu dengan mengenali dan belajar tentang haiwan yang berada di Langkawi Wildlife Park ini.
Banyak maklumat pembelajaran di sediakan seperti brosur dan info grafik. Taman ini satu tempat menarik di Langkawi yang membuatkan anak-anak anda tak mahu pulang!
Jaraknya kira-kira 24 kilometer jika anda memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Harga Tiket Biasa | Harga Tiket MyKad/MyKid |
---|---|
Dewasa ( 13 tahun & ke atas): RM 50.00 Kanak-Kanak (2-12 tahun): RM 30.00 | Dewasa ( 13 tahun & keatas): RM 35.00 Kanak-Kanak (2-12 tahun): RM 25.00 Warga Emas ( 60 tahun & keatas): RM 25.00 |
Waktu Operasi: | 8.30 pagi – 5.30 petang (setiap hari) |
Alamat | Langkawi Wildlife Park, Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pechah, 07000 Langkawi, Kedah. |
Telefon | 04-966 5855 |
Media Sosial |
Beli Tiket Langkawi Wildlife Park, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
5. Kilim Geoforest Park
Dianugerahkan UNESCO Network Of Global Geoparks sejak 2006, Kilim Geoforest Park merupakan kawasan geopark lindungan berkeluasan 100 kilometer persegi.
Terdapat warisan geologi purba, keajaiban semula jadi yang tidak terkira banyaknya, pelbagai flora dan fauna, dan juga komuniti tempatan di Kampung Kilim.
Anda akan di bawa mengembara menaiki bot ke geoforest hutan dan batuan berusia jutaaan tahun. Khazanah yang berharga yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara di Pulau Langkawi.
Pengembaraan ini mengambil masa 2 jam. Anda akan di bawa ke Gua Kelawar, Gua Buaya, Gua Langsir, kawasan makanan burung helang, paya bakau, tasik, hutan, gua dan pantai.
Banyak keindahan pulau dan laut akan akan lihat dan pelajari seperti melihat ribuan kelawar yang bergantung dan aksi hebat helang menyambar ikan.
Harga Tiket Mangrove Tour:
Pakej | Harga | Tempat Lawatan |
---|---|---|
2-Hour Mangrove Tour | RM350/bot | River Cruise, Floating Fish Farm, Eagle Watching, Bats Cave dan salah satu antara Crocodile Cave atau Langsuir Cave |
3-Hour Mangrove Tour | RM450/bot | River Cruise, Floating Fish Farm, Eagle Watching, Bats Cave, Crocodile Cave dan salah satu antara Langsuir Cave / Anak Tikus Island (Fossil Island) / Beach / Swimming. |
4-Hour Mangrove Tour | RM500/bot | River Cruise, Floating Fish Farm, Eagle Watching, Bats Cave, Crocodile Cave dan 2 tempat antaranya Langsuir Cave atau Anak Tikus Island (Fossil Island) atau Beach / Swimming atau Fish Feeding. |
Waktu Operasi | 9.00 pagi hingga 5.00 petang (setiap hari) |
Telefon | +604 959 2323 atau +6011 6545 2323 |
Website | kilimgeoforestpark.com |
Media Sosial | YouTube |
6. 3D Art in Paradise Langkawi
Jika anda membeli tiket ke Kereta Kabel SkyCab, akan disertakan dengan tiket masuk 3D Art in Paradise Langkawi dalam pakej yang sama.
Tempat lukisan 3D dari 23 artis kreatif ini mengumpul 100 mural pelbagai jenis lukisan menarik. Jika anda suka selfie atau swafoto, ini adalah tempat wajib anda kunjungi.
Tahukah anda, muzium 3D ini adalah yang terbesar di Malaysia dan kedua di dunia.
Ada 9 zon disediakan iaitu Aquarium Zone, Safari Zone, Fantasy Zone, Optic Illusion Zone, Classic Zone, Main Hall Zone, Interactive Zone 1, Interactive Zone 2 dan Glow In The Dark Zone.
Serlahkan kreativiti gambar anda dan keluarga. Bergambar sepuasnya untuk kenangan terindah di muzium 3D ini.
Harga Tiket Warganegara Malaysia | Harga Tiket Bukan Warganegara Malaysia |
---|---|
Dewasa: RM30 Kanak-Kanak: RM20 | Dewasa: RM38 Kanak-Kanak: RM28 |
Waktu Operasi | 9.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | 3D Art in Paradise, Oriental Village Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah. |
Telefon | +604 959 4225/1225 |
Website | panoramalangkawi.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram | YouTube |
7. Taman Buaya Langkawi (Crocodile Adventureland)
Destinasi menarik di Langkawi seterusnya adalah Taman Buaya Langkawi.
Ia adalah taman buaya terbesar di Malaysia menempatkan hampir 4000 ekor buaya daripada spesimen muda hingga lebih matang seperti Tomistoma, Siam, Guinea dan buaya Air Masin (Buaya Tembaga).
Diasaskan pada 1993, merupakan Geopark Partner of UNESCO Global Geopark dan berdaftar dengan Convention on International Trade and Endangered Species.
Ia juga menempatkan buaya yang paling menakutkan dan salah satu daripada buaya terbesar di dunia dalam kurungan diberi nama “Bujang Lang”, seekor buaya air masin seberat 1000 kilogram.
Tempat yang wajib dilawati oleh keluarga dan anak-anak kerana terdapat aktiviti seperti memancing buaya, bergambar dengan buaya, melihat pertunjukan dan memberi makan buaya.
Harga tiket:
Pakej | Harga Tiket | Pakej Termasuk |
---|---|---|
Adventure Combo | Warganegara Malaysia Dewasa: RM30 Kanak-Kanak: RM25 Warga Emas/Kelainan Upaya: RM25 Bukan Warganegara Malaysia Dewasa: RM45 Kanak-Kanak: RM35 | – Tiket Masuk – 2 paket pelet makanan untuk pengalaman memberi makan buaya dewasa |
Explore Combo | Warganegara Malaysia Dewasa: RM46 Kanak-Kanak: RM36 Warga Emas/Kelainan Upaya: RM36 Bukan Warganegara Malaysia Dewasa: RM56 Kanak-Kanak: RM46 | – Tiket Masuk – Memberi makan buaya (Juvenile Feeding) – Lawatan taman (kongsi) – Memancing buaya (Crocodile fishing) |
Croc Encounter Combo | Warganegara Malaysia Dewasa: RM85 Kanak-Kanak: RM70 Bukan Warganegara Malaysia Dewasa: RM90 Kanak-Kanak: RM75 | – Tiket Masuk – Memberi makan buaya (Juvenile Feeding) – Lawatan taman (kongsi) – Memancing buaya (Crocodile fishing) – Photo pass – Crocodile interaction |
Snack Bites Combo | Warganegara Malaysia Dewasa: RM60 Kanak-Kanak: RM53 Bukan Warganegara Malaysia Dewasa: RM70 Kanak-Kanak: RM63 | – Tiket Masuk – Memberi makan buaya (Juvenile Feeding) – Lawatan taman (kongsi) – Memancing buaya (Crocodile fishing) – Baucar Makanan (Dewasa dan Kanak-kanak) – Crocodile interactive |
“WoW” Package | RM60 | – Tiket masuk: 2 x Dewasa + 2 x Kanak-kanak – 4 x Crocodile feed – Crocodile Interactive Sessions |
Waktu Operasi | 9.00 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | Crocodile Adventureland Langkawi Taman Buaya Langkawi Sdn Bhd (239964-D) Jalan Teluk Datai, Mukim Air Hangat, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman. |
Telefon | +604 959 2559 / +604 950 2061 |
Website | crocodileadventureland.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram |
Beli Tiket Crocodile Adventureland, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
8. SkyTrex Adventure Langkawi
Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak dan keindahan hutan, SkyTrex sangat menanti kehadiran anda. Terletak di Teluk Burau dan merupakan aktiviti ‘mesti buat’ pada semua pengunjung ke Langkawi.
Berlatar belakang Gunung Mat Cincang, banyak aktiviti lasak boleh dilakukan di sini seperti Cable Walk, Flying Swing, U Rope, Flying Fox dan banyak lagi.
Ada 3 kategori cabaran di tawarkan seperti Little Legend, Eagle Thrill dan Island Extreme. Harga seperti di bawah:
Pakej | Harga Biasa | Harga Malaysia* |
Little Legend Beginner | RM79 | RM60 |
Eagle Thrill Intermediate | RM89 | RM70 |
Island Extreme Advanced | RM99 | RM80 |
*Untuk menikmati harga istimewa warganegara Malaysia, sila masukkan kod baucar SKYLGKMY untuk mendapatkan diskaun. Bukti Pengenalan rakyat Malaysia diperlukan semasa pendaftaran untuk semua peserta di bawah harga Malaysia ini.
Waktu Operasi | 9.00 pagi – 3.00 petang |
Alamat | SKYTREX Adventure Langkawi, Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +6019 280 5679 |
Website | skytrex-adventure.org |
Media Sosial | Facebook | Instagram | Twitter | YouTube |
Beli Tiket SkyTrex Adventure, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
9. Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi
Taman berkonsepkan pertanian seluas 27.39 hektar ini dibina untuk memberi pendidikan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia.
Terdapat kebun atau ladang buah buahan pelbagai jenis untuk tujuan komersil.
Pelawat yang datang ke sini akan dibawa mengelilingi taman ini dengan menaiki pengangkutan yang disediakan.
Di sini juga terdapat banyak tumbuhan herba. Menariknya di Taman Agro Teknologi Mardi ini, anda boleh makan dan buah-buahan tempatan.
Jadi, ia satu tempat menarik di Langkawi yang patut anda kunjungi bersama keluarga. Dapat lihat kehijaun, belajar dan makan buah berkhasiat.
Harga Tiket | Tiket Warganegara Malaysia Dewasa: RM10.00 Kanak-kanak: RM5.00 Tiket Warga Antarabangsa Dewasa: RM30.00 Kanak-kanak: RM15.00 |
Waktu Operasi | Sabtu-Khamis: 8.30 am – 5.00 pm Jumaat: Tutup |
Alamat | Agro Technology Park MARDI Langkawi, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604-9600 600 |
Website | https://www.lada.gov.my/taman-agroteknologi-mardi-langkawi/ |
Media Sosial |
10. Galeria Perdana
Diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Bte Mohd Ali. Ia bertujuan untuk berkongsi dengan orang ramai pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
Penghargaan ini diterima dari ketua-ketua negara, pemimpin-pemimpin dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia.
Galeria Perdana juga sebagai tanda penghargaan, sumbangan dan pengiktirafan dari penyumbang kepada Tun yang telah membawa Malaysia mahsyur ke seluruh dunia.
Galeria Perdana telah dibuka kepada orang ramai mulai April 1996 setelah dirasmikan pada 3 Disember 1995.
Harga tiket:
Warganegara Malaysia (MyKad) | Bukan Warganegara Malaysia (Bukan Pemegang MyKad) |
---|---|
Dewasa: RM5 Kanak-kanak (6 -12 Tahun): RM2 Murid Sekolah Rendah: RM2 Murid Sekolah Menengah: RM2 Murid Sekolah Menengah (tidak seragam) 13-17 Tahun: RM3 Pelajar IPT (Kemukan Kad Pelajar): RM3 Warga Emas (55 Tahun keatas / Pesara): RM3 | Dewasa: RM10 Kanak-kanak (6 -12 Tahun): RM4 |
Waktu Operasi | Setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali isnin pertama setiap bulan) Ditutup pada Hari Raya Pertama dan Kedua Aidil Fitri serta Hari Raya Aidil Adha |
Alamat | Galeria Perdana, Jalan Ayer Hangat, Mukim Kilim, 07000 Langkawi Kedah Darul Aman |
Telefon | +604-959 1498 |
Website | jmm.gov.my/ms/muzium/galeria-perdana |
Media Sosial |
11. Air Terjun Telaga Tujuh
Satu lagi keindahan Langkawi kerana terdapat Air Terjun Telaga Tujuh. Ia hasil dari tujuh mata air yang mengalir dan membentuk tujuh telaga.
Daripada curahan ini terbentuk sungai kecil. Lokasi di Gunung Mat Chinchang dan berdekatan dengan Kereta Kabel SkyCab.
Air terjun setinggi 91 meter ini boleh didaki dengan 900 anak tangga sehingga ke bahagian pertama air terjun bermula. Biasanya mengambil masa sehingga 45 minit untuk tiba di puncak air terjun.
Harga Tiket | Percuma |
Alamat | Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah |
Waktu Operasi | Bebas. Pagi dan petang |
12. Muzium Laman Padi Langkawi
Berkonsep kampung, sawah dan penanaman padi. Anda akan dipamerkan dengan proses penghasilan, penanaman dan tuaian padi dengan suasana hijau sawah bendang.
Kawasan sawah yang menghijau amat sesuai untuk aktiviti anda dan keluarga berehat dan mengambil gambar.
Selain sawah padi, terdapat juga hidupan seperti burung dan kerbau yang menjadikan kawasan sekitar sangat tradisional dan terpelihara.
Di Muzium Padi ini, anda dapat belajar dan melihat sejarah penanaman padi, perkakasan tradisional dan teknologi terkini.
Jika anda tiba di sini dan penat belajar mengenai padi, teruskan menjamu selera di restoran Laman Padi dengan menu makanan Melayu dan suasana perkampungan yang bakal menjadi kenangan terindah di pulau lagenda ini.
Harga Tiket | RM5 |
Waktu Operasi | 10.00 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604 955 1118 |
Media Sosial |
13. Kompleks Kraf Langkawi
Satu kompleks untuk jualan pelbagai produk kraf tempatan di Langkawi oleh usahawan-usahawan.
Di sini juga pengunjung dapat mempelajari dan mengenali produk kraf warisan dan adat perkahwinan yang berada di Muzium Warisan serta Muzium Adat Istiadat & Perkahwinan.
Terletak di Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, Pulau Langkawi dengan keluasan 32 ekar mula beroperasi pada tahun 1996. Seni bina bangunan bercirikan kesenian Melayu dan Islam.
Selain aktiviti kraf, pengunjung boleh merakam dan mengambil gambar di Dataran Tangga Seribu, iaitu satu tempat ikonik di Kompleks Kraf Langkawi.
Kompleks ini berada kira-kira 21 km perjalanan dari Bandar Kuah. Jika anda dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, jaraknya kira-kira 24 km.
Harga Tiket | Masuk percuma Aktiviti mewarna batik Pelancong tempatan: RM10 Pelancong asing: RM15 |
Waktu Operasi | 10.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | Kompleks Kraf Langkawi, Jalan Teluk Yu, Mukim Bohor, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604 959 1913 |
Website | https://www.kraftangan.gov.my/kompleks-kraf/kompleks-kraf-langkawi |
14. Dataran Lang Pulau Langkawi
Mercu tanda Pulau Langkawi yang harus dilawati oleh pengunjung yang tiba di pulau lagenda ini. Terletak berhampiran Jeti Kuah, ia adalah simbolik dengan patung burung helang setinggi 12 meter.
Biasanya pengunjung akan menggunakan hari terakhir di Langkawi dengan bergambar dan menikmati keindahan sekitar yang sangat menakjubkan.
Suasana di waktu malam tampak lebih cantik dengan limpahan lampu dan juga cahaya lampu dari bot dan kapal yang berlayar di situ.
Dataran Lang menjadi tempat menarik di Langkawi yang harus anda masukkan dalam senarai kunjungan.
Harga Tiket | Percuma / tiada |
Waktu Operasi | Tiada had / bebas |
Alamat | Persiaran Putera Kuah, 07000 Langkawi, Kedah |
15. Nusantara Gamat
Sebut sahaja Langkawi, barangan wajib bawa pulang adalah minyak gamat. Ramai pelancong membeli secara pukal (borong) untuk dijadikan persediaan kecemasan di rumah dan juga hadiah buat rakan-rakan dan jiran.
Nusantara Gamat memberi anda pengalaman melihat sendiri proses pembuatan minyak angin dari awal sehingga akhir.
Anda boleh membeli pelbagai jenis produk berasaskan gamat seperti minyak angin, krim, sabun dan sebagainya pada harga murah di sini.
Harga Tiket | Percuma |
Waktu Operasi | Isnin – Khamis (8.30 pagi – 5.00 petang) Jumaat, Sabtu (8.30 pagi – 7.00 malam) Ahad (9.00 pagi– 7.00 malam) |
Alamat | Nusantara Maju Enterprise Padang Mat Sirat, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia |
Telefon | +6019-5951233 / +6017-2076411 |
16. HIG Haji Ismail Group Langkawi
Tempat membeli belah popular di Langkawi. Anda boleh pilih pelbagai jenis produk tempatan dan luar negara.
Antara produk yang terdapat di sini adalah coklat, kain pelikat, kain batik, pinggan mangkuk, produk gamat, beg dan produk perlancongan.
Kompleks HIG terletak di pekan Kuah dengan kompleks yang serba mewah dan luas untuk keselesaan anda. Selain kompleks pasaraya, Haji Ismail Group (HIG) juga mempunya hotel.
Isteri anda sudah tentu bertambah sayang jika bawa ke sini. Anak-anak pula gembira memilih ratusan jenis coklat.
Si ayah sudah tentu berkira-kira dengan bajet namun pengalaman di Langkawi lebih bernilai dari pelaburan wang ringgit.
Paling penting keluarga anda dapat pengalaman dan keseronokan membeli-belah. HIG adalah tempat menarik di Langkawi bagi mereka yang gemar berbelanja.
Waktu Operasi | Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.00 pagi – 9.30 malam) Jumaat (9.00 pagi – 1.00 petang dan 2.30 petang – 9.30 malam) |
Alamat | HIG Property Sdn Bhd Lot 1852 Kompleks HIG, Jalan Penarak, Kuah 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman. |
Telefon | +604-9666005 / +604-9672714 |
Website | hajiismailgroup.com.my |
Media Sosial | Facebook | Twitter |
17. Ayer Hangat Village
Merupakan kompleks Kampung Melayu di Langkawi yang mempunyai Air Panas Garam atau Salt Hot Spring.
Kolam air panas Ayer Hangat adalah salah satu daripada 4 mata air masin di dunia. Haba geoterma di bawah tanah memanaskan air dan bertambah dengan kedalaman tanah (dikenali sebagai kecerunan geoterma).
Apabila air meresap jauh ke dalam tanah, ia dipanaskan oleh batu panas dan kemudian muncul sebagai mata air di permukaan.
Di sini juga terdapat spa dan rawatan kesihatan Melayu, bebudayaan dan kesenian Melayu. Juga terdapat Ladang Sedges dengan Kraf Tradisional, Kampung Cendawan, Permakultur & Taman Herba
Anda boleh berendam sepuasnya di Kolam Air Panas Garam dengan kehijauan padang rumput kampung. Anda juga boleh mendapat manfaat dari herba semulajadi.
Info | Warganegara Malaysia | Bukan Warganegara Malaysia |
---|---|---|
Tiket masuk | RM5 – R10 | RM10 – RM15 |
Tempahan Jacuzzi | RM159 – RM299 | RM199 – RM399 |
Waktu Operasi | 9.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | Ayer Hangat Village, Km 16, Jalan Ayer Hangat, Mukim Ayer Hangat 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604 9591195 |
Website | ayerhangat.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram |
18. Pantai Cenang
Pantai yang sangat meriah dengan aktiviti sukan air, tempat mandi-manda, istirehat dan berjalan di sekitar pantai yang panjang.
Anda boleh bawa anak-anak mandi laut, buat istana pasir sambil menikmati pemandangan laut yang cantik.
Bagi sukan air, anda boleh cuba jetski, banana boat dan parasailing.
Pada waktu petang, anda dapat melihat matahari terbenam. Aktiviti malam juga sangat meriah kerana ramai orang makan dan beristirehat di pantai.
Jika anda menginap di hotel sekitar Pantai Cenang, cuma perlu berjalan kaki sahaja ke sini kerana jaraknya sangat dekat.
Selain pantai, kawasan sekitar juga terdapat kedai makan, kedai cenderamata, kedai serbaneka dan juga kedai menjual coklat. Di Pantai Cenang juga terdapat sebuah pasaraya iaitu Cenang Mall.
Bagi kami, Pantai Cenang adalah satu tempat menarik di Langkawi yang wajib anda kunjungi bersama keluarga.
19. Pekan Kuah
Bandar pentadbiran utama di Langkawi. Terdapat kompleks kerajaan, hotel, kedai kraftangan dan juga tempat makan makanan laut menarik di Pekan Kuah.
Jeti Langkawi berada di pekan kuah yang merupakan salah satu pintu masuk utama ke pulau ini.
Pekan Kuah mendapat nama daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu.
20. Telaga Harbour Marina
Merupakan marina lembangan yang dilindungi dan merupakan pintu masuk terdekat ke Thailand yang menghadap ke Geopark yang indah.
Telaga Harbour adalah tempat menampung kapal layar sementara berhenti berasaskan rumah dari pelbagai saiz termasuk kapal layar mega sehingga LOA 50m.
Boleh diakses melalui jalan darat dan laut, kemudahan dan perkhidmatan yang ada di situ menjadikannya destinasi ideal untuk kapal layar dan pelancongan.
Tempat yang sangat menarik untuk anda dan keluarga bergambar dan merakamkan momen indah.
Alamat | Lot 1, Telaga Harbour Park, Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah |
Website | telagaharbour.com |
21. Taman Lagenda (Legenda Park)
Tempat menarik di Langkawi seterusnya adalah Taman Lagenda.
Taman ini dibina dengan tema lagenda dan mitos yang popular di Pulau Langkawi. Terletak berhampiran Jeti Kuah dan Kuah Waterfront, pengunjung juga dapat melihat Dataran Lang.
Dengan luas 50 hektar, Taman Lagenda ini mempamerkan ukiran batu, pameran berunsurkan kebudayaan dan sejarah.
Kawasan ini juga terdapat 4 buah tasik buatan dan bukit tinjau. Juga terdapat kawasan jogging untuk pengunjung beristirehat.
Alamat | Kuah, 07000 Langkawi, Kedah |
Website | lada.gov.my/portfolio-items/taman-lagenda/ |
22. Atma Alam Batik Art Village
Diilhamkan oleh pasangan Aza Osman (pelukis cat minyak) dan isterinya Roshadah Yusof (Sada), merupakan pelukis batik terkenal.
Mereka mengasaskan Seni Kampung Batik sejak berpindah ke Langkawi pada tahun 1987.
Sebuah kompleks yang mempamerkan produk buatan tangan, seni batik, lukisan dan barangan kraftangan. Dibangunkan dalam seni bina tradisional Malaysia dengan bumbung condong segi tiga.
Banyak bahagian anda boleh terokai namun mengambil gambar tidak dibenarkan. Kemungkinan tidak mahu karya eksklusif mereka terdedah ke dunia luar.
Harga Tiket | Masuk percuma |
Waktu Operasi | Setiap hari kecuali Selasa 10.00 pagi – 6.00 petang Tutup Selasa |
Alamat | Atma Alam Batik Art Village, Padang Matsirat, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604-955 2615 |
Website | atmaalam.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram |
23. Langkawi Adventure & Xtreme Park
Sesuai dengan namanya, Langkawi Adventure & Xtreme Park menyediakan aktiviti lasak dan ekstrim kepada penggemar sukan ini.
Antara aktiviti yang menarik seperti ATV jungle ride, Jungle Horse Riding, Flying Fox, Indoor Go-Kart, Paint Ball, Archery, 7D Motion Cinema dan Langkawi Sky Blue.
Tempat menarik di Langkawi ini memberi pengalaman lasak sudah pasti menjadi kenangan terindah buat anda dan keluarga.
Dengan kehijauan pelbagai jenis pokok dan tumbuh-tumbuhan, pasti nampak menakjubkan.
Pakej | Harga | Info Pakej |
---|---|---|
Paintball War zone | RM80 | – Minima 10 orang – Anda akan dapat Face Gear, Body Protector Vest, Paintball Marker, 200 pallet (setiap seorang |
4 Combo Pack | RM79 | – ATV ride ( Double Rider ) – 01 DOUBLE rider ( 45 Min ) – Go kart – 01 Single Seater ( 10 min ) – Sky bike Adventure – 01 Person ( 10 min ) – Archery Target Shooting – 20 Arrow – Untuk Warganegara Malaysia sahaja |
Play 10 Adventure Games | Dewasa (12 tahun ke atas): RM85 Kanak-kanak (4-11 tahun): RM65 | – ATV ride ( Double Rider ) – 01 DOUBLE rider ( 20 min ) – Go kart – 01 Single Seater ( 10 min ) – Sky bike Adventure – 01 Person ( 10 min ) – 3D art Museum – 01 person ( 20 min ) – Upside Down Museum – 01 person ( 20 min ) – Ghost House – 01 person ( 10 min ) – 7D Cinema Motion – 01 ( 10 min ) – Paintball Target Shooting – 20 Pallet – Archery Target Shooting – 10 Arrow – Visit & Feeding Horse Park – 01 Person – Untuk Warganegara Malaysia sahaja |
COMBO PACK (10 Games+Island Hopping+Underwater World) | RM150 | – ATV ride ( Double Rider ) – 01 DOUBLE rider ( 20 min ) – Go kart – 01 Single Seater ( 10 min ) – Sky bike Adventure – 01 Person ( 10 min ) – 3D art Museum – 01 person ( 20 min ) Upside Down Museum – 01 person ( 20 min ) – Ghost House – 01 person ( 10 min ) – 7D Cinema Motion – 01 ( 10 min ) – Paintball Target Shooting – 20 Pallet – Archery Target Shooting – 10 Arrow – Visit & Feeding Horse Park – 01 Person – 01 Admission ticket to Underwater World Langkawi – Island Hopping Sharing – Untuk Warganegara Malaysia sahaja |
Langkawi Skybike Adv | RM35 | Langkawi Skybike Adventure Ride. Skybike terpanjang di Malaysia |
Langkawi Archery Target Shooting | RM20 | 10 arrow / setiap orang |
Indoor Go kart Langkawi | RM40 | 10 minit memandu seorang |
Waktu Operasi | 10.00 pagi – 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | Langkawi Adventure & X-Treme Park Lot. 1453, Kampung Kilim, Jalan Ayer Hangat, Langkawi, 07000, Kedah |
Telefon | +6019 474 6460 |
Website | langkawiadventurepark.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram |
Beli Tiket Adventure Xtreme Park, Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
24. Island Horses
Pusat ekuestrian yang berdaftar dengan Majlis Ekuin Malaysia. Tempat ini dikendalikan oleh pasukan professional dan penunggang kuda yang terlatih.
Menggunakan kuda Criollos dari Argentina, para pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman menunggang kuda, satu aktiviti yang sangat jarang kita temui.
Pusat ini juga mengendalikan program ternakan kuda di Perdana Stables untuk menghasilkan kualiti terbaik bangsa Arab tulen yang didaftarkan sebagai “MALAYSIAN-ARABIANS”.
Island Horse adalah salah satu tempat menarik di Langkawi yang patut anda kunjungi bersama keluarga.
Anda akan melihat sendiri kegagahan kuda, di samping hebatnya mereka yang sangat menyayangi dan memelihara kuda.
Pakej | Harga | Info Pakej |
---|---|---|
Jungle Fun | RM60 | 15 minit |
Jungle & Beach | RM240 | 1 jam |
Jungle, Beach & Mountain | RM350 | 1 jam 30 mini |
Jungle, Beach, Mountain & Lighthouse | RM440 | 2 jam |
Kampung Excursion | RM880 | 3 jam |
Waktu Operasi | Selasa hingga Ahad 8:30 pagi hingga 12:00 tengahari 2:00 petang hingga 5:30 petang Isnin – tutup |
Alamat | The Perdana Stables, Seven Wells Waterfalls 07100 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604-959 4753 |
Website | langkawihorses.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram |
25. Makam Mahsuri & Kota Mahsuri
Pulau lagenda Langkawi sinonim dengan insan hebat bernama Mahsuri. Mengikut sejarah Mahsuri binti Pandak Maya telah difitnah dan dituduh berdua-duaan dengan penyair bernama Deramang.
Dikatakan berlaku ketika suaminya Wan Derus keluar dari Pulau Langkawi untuk berperang menentang Siam.
Semasa dihukum bunuh, darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti dia tidak bersalah dan difitnah.
Mahsuri juga telah bersumpah Pulau Langkawi tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau.
Makam dan kota Mahsuri dibina sebagai peringatan dan seni budaya rumah Langkawi. Kota ini berada di Ulu Melaka berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Di kota ini terdapat makam, rumah beliau dan sebuah perigi dikenali Perigi Mahsuri.
Harga Tiket | Dewasa RM12 Kanak-Kanak RM6 |
Waktu Operasi | 9:00 pagi hingga 6:00 petang (setiap hari) |
Alamat | Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah |
Website | kotamahsurilangkawi.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok |
26. SkyDome Langkawi
SkyDome adalah tayangan seperi pawagam dengan imej 3D dan unjuran 360 darjah definisi tinggi (HD). Anda dapat lihat di sekitar depan dan bawah tayangan.
Terdapat 12 projektor memberikan anda pengalaman tanyangan yang sangat ‘real’ dan menakjubkan.
Satu bilik boleh memuatkan sehingga 50 orang. Tayangan selama 10 minit pameran. SkyDome mula beroperasi pada Julai 2014,
Bayaran masuk untuk SkyDome adalah termasuk dengan pembelian tiket SkyCab iaitu dalam pakej yang sama.
Waktu Operasi | 9.30 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604-959 4225/1225 |
Website | panoramalangkawi.com/skydome |
Media Sosial | Facebook | Instagram | YouTube |
Beli Tiket SkyDome Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
27. Skyrex Langkawi
Skyrex membawa pengunjung mengembara dalam persekitaran simulasi 3D yang dihasilkan pada skrin sekeliling.
Menggunakan ‘trem’ dengan 30 tempat duduk, anda akan merasai gerakan dinamik dan dikelilingi oleh skrin 3D yang digabungkan dengan pelbagai kesan 4D.
Dilengkapi dengan lima projektor 3D denga tayangan 5 minit, anda akan merasai setiap video tontonan melalui semua deria fizikal yang meransang adrenalin yang menakutkan, mendebarkan dan mengujakan.
Bayaran masuk untuk Skyrex adalah termasuk dengan pembelian tiket SkyCab iaitu dalam pakej yang sama.
Waktu Operasi | 9.30 pagi hingga 6.00 petang (setiap hari) |
Alamat | Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah |
Telefon | +604-959 4225/1225 |
Website | panoramalangkawi.com/skyrex |
Media Sosial | Facebook | Instagram | YouTube |
Beli Tiket SkyRex Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini.
28. Morac Adventure Park
Ini adalah tempat menarik di Langkawi jika anda peminat atau ingin mencuba sukan Go Kart. Morac Adventure Park mempunyai salah satu trek terbaik di Asia Tenggara.
Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu mencari bakat permotoran, menyediakan trek yang terbaik dan memberi pengalaman sukan permotoran dalam sukan Go Kart.
Anda juga boleh anjurkan kejohanan perlumbaan sendiri.
Ini kerana trek ini dikawal dan dipantau oleh marshall trek professional iaitu Ahmad Ghazali MD Kassam dan Edward Chong. Seorang lagi adalah Genji Hashimoto yang berpengalaman lebih 35 tahun dalam sukan permotoran.
Trek ini telah diberi kelulusan oleh Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) untuk menganjurkan siri karting profesional.
Di sini juga terdapat tempat makan Hot Laps Restaurant yang boleh memuatkan sehingga 200 orang. Jadi anda boleh anjurkan kejohanan dan buat majlis makan sekali.
Pakej | Harga | Info |
---|---|---|
Walk In Heats | RM75 seorang (1 single session) RM215 seorang (3 single sessions) | – Time attack – Bukan perlumbaan |
Grand Prix Sprint Race | RM230 seorang | – 30 minit – Minima 10 orang untuk memulakan perlumbaan – 10 minit latihan, 5 minit kelayakan, 15 minit perlumbaan |
Endurance Race | RM560 satu pasukan | – 85 minit – 3 ke 4 orang satu kumpulan – Minima 15 pasukan |
Corporate Events | Dari RM9,000 | – Untuk majlis korporat – 2 jam custom race format – Sehingga 40 orang |
Beli Tiket Morac Adventure Park Lebih Jimat & Mudah Secara Online. Klik di sini
Waktu Operasi | Selasa – Ahad 1.00 petang hingga 9.00 malam Isnin – tutup |
Alamat | AMPREX CIRCUIT SDN BHD Lot 67, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, Kedah, 07000 Pulau Langkawi, Kedah |
Telefon | +604-955-2727 +60 12 957 3327 |
Website | moracadventurepark.com |
Media Sosial | Facebook | Instagram | Twitter | YouTube |
29. SkyBridge Langkawi
Jika anda menaiki Kabel Car (SkyCab), anda berpeluang menikmati keindahan panorama Pulau Langkawi di SkyBridge.
Dengan panjang sejauh 125m, ia adalah jambatan gantung lengkung terpanjang di dunia. Pembinaan yang kreatif dan unik ini membuatkan struktur binaan sangat mengagumkan.
Anda dan keluarga pasti tidak mahu lepaskan peluang menikmati keindahan alam dan merakamkan momen indah bersama keluarga.
Tiket boleh dibeli di SkyBridge di Stesen Teratas.
Dewasa | Kanak-Kanak |
RM6 | RM4 |
Kesimpulan
Banyak tempat menarik di Langkawi untuk dilawati. Saranan kami, melancong sekurang-kurang 3 hari 4 malam untuk menikmat sebahagian besar tempat-tempat menarik ini.
Jika ada kesempatan dan bajet yang lebih, luangkan lebih masa seperti seminggu untuk menikmati semua tempat-tempat ini.
Buat perancangan kewangan terbaik kerana pengalaman dan keseronokan bersama keluarga sangat mahal nilainya.
Tempat mana paling anda suka? Jom kongsikan.
Langkawi ini ada terlalu banyak tempat percutian yang menarik. Kalau pergi bercuti setakat 5 hari 6 malam, biasanya memang tak cukup untuk melawat ke semua tempat.