4 Tips Terbaik Menggunakan Duit iCitra Dengan Lebih Baik

Let's share with your friends:

Baru-baru ini kerajaan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mewujudkan skim iCitra bagi membolehkan rakyat Malaysia yang layak untuk mengeluarkan wang simpanan di dalam akaun KWSP masing2.

Makluman lanjut boleh didapati di laman web https://www.kwsp.gov.my/i-citra.

Sebelum itu, sekiranya anda sememangnya dalam situasi yang getir – kehilangan kerja, punca pendapatan dan sebagainya, manfaatkan wang tersebut untuk meringankan beban dan membantu anda untuk berdepan dengan masalah anda terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda berkemampuan dan ingin mengambil peluang di atas pengeluaran ini, sila lanjutkan bacaan di bawah.

Berikut adalah cara terbaik menggunakan wang iCitra ini:

1. Langsaikan Hutang Jahat

Credit Card

Kad kredit dan pinjaman peribadi adalah antara produk bank yang tinggi bunganya.

Jadi adalah masuk akal kalau kita sedaya upaya cuba melangsaikan terus keduanya. Ini cara terbaik untuk melangsaikan hutang dengan cepat.

Lebih-lebih lagi kredit kad yang mana bunganya boleh mencecah 18% setahun! Tinggi tu.

Jadi manfaatkan wang sejumlah RM5000 ini untuk mengurangkan atau melangsaikan terus kalau cukup. Sekurang-kurangnya baki itu akan kurang dengan jumlah yang signifikan.

Sekiranya anda masih memerlukan bantuan untuk melangsaikan hutang kad kredit, terdapat skim yang ditawarkan oleh bank untuk menukar baki hutang kad kredit kepada pinjaman peribadi yang lebih baik.

Yang mana kadar bunga jauh kebih rendah. Untuk kepastian boleh hubungi bank masing-masing.

2. Wujudkan Wang Kecemasan

emeregency fund

Tiada siapa yang dapat mengagak masa depan mereka dengan tepat.

Oleh itu, sediakan payung sebelum hujan.

Nasihat dari pakar kewangan menyatakan kita perlu mewujudkan simpanan kecemasan samada untuk 1, 3, 6 bahkan 1 tahun dari pendapatan sekarang.

Wang iCitra ini dilihat sangat sesuai untuk dimanfaatkan ke arah mewujudkan simpanan kecemasan ini.

Persediaan yang baik mampu melepaskan kita dari belenggu ketidakpastian dan lebih menjamin masa depan kita dan tanggungan.

3. Labur di Tempat yang Betul

Terdapat juga sesetengah pendapat untuk melaburkan wang iCitra tersebut di tempat yang mampu memberikan pulangan yang besar.

Contohnya seperti unit trust, fixed deposit dan lain-lain lagi. Mungkin ada benarnya, namun sebarang keputusan harus diberi perhatian sewajarnya agar tidak tersilap langkah.

Dapatkan nasihat pakar dalam soal ini dan jangan sembarangan melabur.

Juga elakkan melabur dalam skim yang kurang dikenali atau skim yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal.

Malangnya waktu begini para penipu siber atau scammer aktif dan bijak memainkan sentimen orang ramai yang inginkan pulangan besar.

Anda sebagai pengurus wang sendiri harus lebih berhati-hati.

4. Bantu Mereka yang Memerlukan

Pada waktu ini ada antara kita yang sangat memerlukan bantuan.

Dibuang kerja, tidak boleh mencari nafkah dan hilang sumber pendapatan.

Lebih parah lagi tanggungan yang sedia ada tidak mampu ditanggung.

Kita sebagai warga Malaysia yang berkemampuan harus mengambil inisiatif membantu insan-insan tersepit ini bagi memastikan tiada yang tertinggal.

You never walk alone, Malaysia!

Di samping itu saya ingin selitkan sekali laman web yang dibangunkan oleh anak tempatan – https://kitajaga.co/ ini bagi mereka-mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada penduduk setempat.

Anda juga dapat membolehkan jiran-jiran sekitar anda mengetahui sekiranya anda memerlukan bantuan seperti wang ringgit, makanan dan keperluan asas.

Begitulah sedikit sebanyak ulasan dan kupasan yang dapat saya beri mengenai tips penggunaan duit iCitra dengan lebih baik.

Mungkin tuan-puan ada idea yang lebih baik? Jom kongsikan di bawah. Sehingga ketemu lagi.

Let's share with your friends:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *