Press "Enter" to skip to content

5 Buah-buahan Terbaik Untuk Tumbesaran Kanak-Kanak (Menurut Pakar)

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Kanak-kanak memerlukan nutrien dan zat yang cukup agar tubuh mereka dapat membesar dengan sihat. Artikel kali ini akan membincangkan 5 buah-buahan untuk tumbesaran kanak-kanak.

Selain makanan asas seperti nasi, kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan makanan bernutrisi yang lain seperti kekacang, makanan tenusu, sayuran dan buah-buahan.

Menyentuh tentang buah-buahan, hampir kesemua buah-buahan mengandungi zat penting yang menyumbang kepada kesihatan tubuh.

Nutrien yang terkandung dalam buah-buahan penting untuk perkembangan fizikal dan minda yang sihat.

Terdapat banyak jenis buah-buahan yang baik untuk kanak-kanak.

Berikut disenaraikan hanya yang terbaik 5 buah-buahan untuk tumbesaran kanak-kanak (Sebagaimana yang disyorkan oleh pakar pemakanan).

1. Epal Hijau

Dipetik menerusi sebuah artikel dari laman sesawang the Asianparent Malaysia, buah epal hijau dikatakan mengandungi sedikit kelebihan berbanding epal merah.

Misalnya epal hijau mengandungi dua kali ganda vitamin A berbanding epal merah dan kandungan gulanya lebih rendah.

buah-buahan untuk tumbesaran kanak-kanak

Epal hijau juga kaya dengan serat yang membantu memelihara kesihatan jantung si manja.

Selain itu, kandungan pectin di dalam epal hijau bertindak sebagai probiotik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus.

Ini membantu melancarkan proses pencernaan sekaligus mengelakkan sembelit atau cirit-birit di kalangan kanak-kanak.

2. Oren

Terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi, buah oren amat baik untuk membantu meningkatkan daya imun tubuh si manja.

Buah oren yang kaya dengan antioksidan juga bertindak sebagai bahan anti-radang yang mampu mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung.

Portal hellodoktor.com ada menyatakan bahawa kanak-kanak juga boleh mengamalkan jus oren (100 peratus perahan oren asli, bukan jus kotak atau koktel) setiap hari pada kadar yang berpatutan kerana ia kaya dengan vitamin C dan kurang gula berbanding buah-buahan lain.

3. Pisang

Satu lagi buah-buahan untuk tumbesaran kanak-kanak adalah pisang.

Antara buah pilihan yang paling sesuai untuk anak kecil.

Pisang yang mempunyai tekstur lembut ini kaya dengan fiber dan beberapa nutrien penting yang lain seperti potassium, magnesium, vitamin B6 dan C.

Pisang juga mengandungi kalsium, fosforus, vitamin D dan K. Portal verywellfamily.com melaporkan bahawa American Medical Association telah mengiktiraf pisang sebagai pilihan buah sihat untuk kanak-kanak sejak awal tahun 1900-an dahulu.

Pengiktirafan ini menjadikan pisang sebagai ‘superfood’ terawal dalam sejarah pemakanan.

4. Betik

Buah tempatan ini antara pilihan terawal yang biasa diberikan ibu bapa apabila bayi mencapai usia yang sesuai untuk memulakan makanan pejalnya.

Portal Mom Junction menyatakan bahawa US Food and Drug Administration menyifatkan buah betik sebagai GRAS (generally recognized as safe) untuk bayi.

Buah betik merupakan sumber beta-kerotene iaitu salah satu daripada jenis vitamin A yang diperlukan tubuh.

Kandungan vitamin dan nutrien dalam buah betik membantu meningkatkan sistem imun tubuh kanak-kanak.

Ia juga baik untuk sistem pencernaan kerana kandungan air dan fibernya yang tinggi.

5. Anggur

Sebaik usia bayi mencecah 10 bulan, ibu bapa sudah boleh memperkenalkan anggur di dalam menu hariannya.

Walaupun ada yang mula beri ketika bayi mencapai usia 6 bulan, namun pakar pemakanan (menerusi artikel yang dipetik daripada portal parenting.firstcry.com) menyarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 8 bulan terlebih dahulu.

Antara sebab mengapa anggur baik untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak adalah ia membantu mengekalkan paras hemoglobin dalam darah di samping memastikan organ dalaman berfungsi dengan baik.

Anggur juga membantu mengurangkan risiko jangkitan pada salur pernafasan kanak-kanak, mengelakkan mereka daripada diserang penyakit seperti bronkitis dan asma.

Diharap perkongsian kali ini dapat membantu para ibu bapa dalam menentukan pilihan buah-buahan terbaik untuk anak-anak tersayang.

Semoga dengan ikhtiar kita memberi yang terbaik, membantu anak-anak membesar dengan sihat dan ceria.

Jadikan amalam untuk mengambil buah-buahan untuk tumbesaran kanak-kanak.

Kredit gambar:

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *