5 Website Terbaik untuk Jual Barangan Rumah Anda

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Rumah sempit sebab barang tidak terpakai terlalu banyak? Memang pening. Hendak dibuang rasa nak guna lagi. Hendak disimpan entah bila nak diguna. Jadi, saya akan kongsikan 5 website untuk jual barangan rumah terpakai.

Kita memang rajin membeli. Tambahan waktu COVID-19 yang banyak masa di rumah.

Jadi tangan angan selalu rajin lihat shooping online, Shopee dan Lazada untuk cari barang rumah.

Lihat sahaja rekod pembelian rakyat Malaysia di bawah. Darab dengan 4 ya sebab data ini dalam Dollar Amerika (US). Bayangkan jika tukarkan dalam Ringgit Malaysia.

statistik-pembelian-online-malaysia

Sumber: DataReportal.com

Bila sudah beli, guna sekejap kemudian simpan di dalam stor, bawah katil dan dalam rak. Usang tak lagi digunakan.

Sebulan, dua bulan, setahun semakin banyak barang dikumpul tanpa digunakan lagi. Jadi, ruang rumah mula menjadi sempit.

Dulunya rumah baru semasa kahwin luas bagaikan padang, sekarang semakin sempit dek kerana barang yang tak digunakan.

Sedia maklum, barangan tersebut bukan lagi tidak boleh digunakan tetapi bila jarang diguna menyebabkan lama-kelamaan terus tidak digunakan.

Contohnya kerusi bayi. Sampai masa mungkin tidak lagi digunakan kecuali jika ada kelahiran anak baru.

Itupun, ada yang kata “beli baru je lah nanti kalau ada anak, yang lama buang je“.

Pun begitu, ada juga barangan yang kerap digunakan tetapi sudah sampai masa nak beralih angin mencuba barangan baru.

Jadi barang lama juga disimpan seperti perabot, peralatan elektrik dan pakaian.

Penyelesaiannya, anda boleh jual barangan tersebut!

Kenapa perlu jual barangan rumah dan bukan buang?

a) Dapat lebih ruang rumah. Tapi buang juga dapat lebihkan ruang rumah? Baik, kita sambung point seterusnya.

b) Dapat duit poket. Walaupun sedikit tetapi masih juga ada hasil. Tambah pula semasa waktu PKP begini yang memerlukan wang tambahan.

c) Dapat bantu mereka yang memerlukan. Niat anda untuk lepaskan sahaja barangan tersebut pada harga murah ataupun percuma.

Bantu orang sangat digalakkan kerana sikap mulia ini mendapat ganjaran pahala dari kebaikan.

Kita tidak tahu nasib orang lain, mungkin lebih terjejas dari kita.

Jadi dengan membantu menjual pada harga barangan terpakai dapat meringankan beban mereka.

Apa website untuk jual barangan rumah terbaik di Malaysia? Jom sama-sama baca:

1. LetGoThing.com

Sesuai dengan namanya, “Let Go Thing” memberi mesej awal mengenai tujuan website ini dibangunkan iaitu untuk melepaskan barangan yang kita ada.

Website ini khusus untuk jual barangan rumah sahaja. Tidak menerima barangan terpakai lain walaupun berada di sekeliling rumah seperti kereta dan motosikal.

Anda boleh daftar secara percuma dan juga post iklan secara percuma tanpa had.

Ringkasan mengenai website ini adalah:

Kami menyediakan platform untuk suri rumah, suami, isteri, atau ahli keluarga untuk menjual barang-barang rumah tangga yang tidak lagi diperlukan. Bersihkan rumah anda, dapatkan lebih banyak ruang!

 

2. Mudah.my

Sangat popular di Malaysia jika anda ingin menjual apa sahaja barangan dan perkhidmatan.

Mengikut statistik dari SimilarWeb.com, purata kunjungan bulanan ke website ini adalah 5.5 juta. Sangat hebat.

Sedikit ringkasan dari laman web Mudah.my:

Laman web kami membolehkan sesiapa sahaja membeli dan menjual di kawasannya dengan mudah dan senang. Mudah.my menghubungkan berjuta-juta pembeli dan penjual di Malaysia setiap bulan dengan memberikan pengalaman pengguna yang luar biasa. Setiap rakyat Malaysia dapat mencari sesuatu untuk dibeli atau dijual di Mudah.my!

 

3. Carousell.com.my

Tahukah anda, Carousell juga memiliki Mudah.my. Carousell dibangunkan pada Ogos 2012 di Singapura. Ia merupakan salah satu portal jual beli terbesar di Asia Tenggara.

Jika anda mencari website untuk jual barangan rumah, Carousell adalah salah satu tempat yang sesuai. Saya sendiri pernah jual Oven dan Mesin Heatpress di website ini.

Dalam beberapa hari sudah terjual. Harap Aunty yang beli Oven tersebut dapat buat roti lebih sedap dari saya.

Website-untuk-Jual-Barangan-Rumah

Sumber gambar: giphy

Mengikut SimilarWeb, purata kunjungan pelawat ke website ini adalah 3 juta sebulan.

Sedikit maklumat mengenai Carousell:

Carousell ditubuhkan dengan misi untuk memberi inspirasi kepada setiap orang untuk mula menjual. Kami ingin memberi pengguna kemudahan untuk menyelesaikan masalah, sama ada untuk melepaskannya atau menjana pendapatan sampingan, ada kemungkinan yang baik untuk semua orang - Quek Siu Rui, CEO and Co-founder.

4. Secondhand.my

Sesuai dengan namanya, Secondhand.my memberikan anda ruang untuk menjual barangan rumah secara online.

5. Shopee.com.my

Anda bukan sahaja boleh jual barangan rumah malah apa sahaja. Anda juga boleh beli bermacam-macam produk di sini.

Tahukah anda, pada 12.12 tahun 2020, jualan di Selangor sahaja pada waktu tersebut adalah 875,00 barangan. Itu baru Selangor.

Mengikut SimilarWeb, purata kunjungan pelawat ke website ini adalah 53 juta sebulan.

Rumah Bersih, Hati Tenang

Memang serabut jika rumah penuh barang hingga nak bergerak pun susah. Cara paling mudah dan bijak adalah dengan jual kepada orang lain.

Rumah jadi bersih, hati jadi tenang dan isteri pun tak bising. Mulakan hari ini, dapat duit dan juga dapat bantu orang lain.

Gunakan 5 website untuk jual barangan rumah ini untuk bantu buat keputusan terbaik.

Abu Sofea
Berjaya Jual Oven

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

2 thoughts on “5 Website Terbaik untuk Jual Barangan Rumah Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *