Hari Sukan Negara – 11 hingga 13 Oktober
Hari Sukan Negara (National Sports Day) adalah satu inisiatif tahunan yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat di kalangan rakyat Malaysia.
Acara ini disambut pada bulan Oktober setiap tahun, dengan tarikh pelaksanaan yang berbeza, tetapi bagi tahun 2024, ia akan berlangsung dari 11 hingga 13 Oktober 2024.
Tujuan utama Hari Sukan Negara (HSN) adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan sukan dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat, di samping membina masyarakat yang lebih sihat, harmoni, dan produktif.
Hari Sukan Negara disambut di seluruh negara, merangkumi pelbagai acara sukan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, dan komuniti ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah “negara bersukan”.
Jumlah seramai 4.5 juta orang dari seluruh negara dijangka akan ikut serta HSN tahun ini.
1. Tema Hari Sukan Negara 2024
Tema tahun 2024 adalah “Cergas Bersama”, bersesuaian dengan model Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030.
Pelbagai jenis aktiviti diadakan, daripada sukan kompetitif seperti futsal, sukan air, dan sepak takraw, hingga aktiviti sukan rekreasi seperti aerodance, trail run, dan explore race.
Berikut adalah beberapa aspek utama mengenai Hari Sukan Negara:
2. Acara dan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan
Berikut adalah senarai lokasi sambutan hari sukan negara peringkat kebangsaan:
3. Acara dan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri
Berikut adalah senarai lokasi sambutan hari sukan negara peringkat negeri:
4. Matlamat Kesihatan dan Kesejahteraan
Acara ini menyasarkan penyertaan semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, latar belakang, atau tahap kebolehan fizikal.
Objektifnya adalah untuk menjadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian, melibatkan kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas, malah golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Salah satu misi Hari Sukan Negara adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental rakyat Malaysia.
Dengan semakin tingginya kesedaran tentang isu-isu kesihatan seperti obesiti dan penyakit kronik, Hari Sukan Negara bertujuan menggalakkan rakyat mengambil langkah aktif untuk menjaga kesihatan mereka melalui senaman dan sukan.
Selain Kementerian Belia dan Sukan, Hari Sukan Negara melibatkan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, badan sukan, syarikat swasta, serta organisasi bukan kerajaan (NGO).
Syarikat-syarikat turut menyumbang dengan menganjurkan acara sukan untuk pekerja mereka, sementara NGO dan komuniti setempat mengambil inisiatif mengadakan aktiviti di kawasan mereka masing-masing.
5. Video Promo Hari Sukan Negara 2024
Sumber: harisukannegara.my
*Sambutan peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diadakan bersekali dengan peringkat kebangsaan di Dataran Putrajaya
*Tertakluk kepada perubahan dan pindaan dari semasa ke semasa