Hari Cuci Malaysia – 28 September

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Hari Cuci Malaysia pertama kali disambut pada tahun 2024 iaitu pada 28 September 2024. Sambutan ini bersempena dengan World Cleanup Day yang disambut pada 20 September 2024.

hari cuci malaysia

Aktiviti Hari Cuci Malaysia 2024

Gotong-royong selama 12 jam akan diadakan dengan 156 pihak berkuasa tempatan (PBT). Dianggarkan seramai 50,000 penyertaaan untuk aktiviti gotong royong mega ini yang akan diadakan di seluruh Malaysia.

Program ini berkonsepkan gotong-royong seperti kerja-kerja pembersihan kawasan, pembersihan dan penutupan tapak sampah haram, kempen hindar plastik sekali guna dan kempen kitar semula.

Ini termasuk cucian premis perniagaan, parit dan longkang, joging sambil kutip sampah, pencucian siar kaki dan pencucian jalan.

Program pembersihan mega ini akan dirasmikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program ini akan diadakan pada 28 September 2024 (Sabtu) bertempat di Pasar Seni, W.P. Kuala Lumpur.

Program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapat kerjasama strategik Perbadanan PR1MA Malaysia.

Sumber: KPKT Malaysia

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *