11 Cara Pemasaran Online Percuma Untuk Bisnes Dikenali

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Nak bisnes dikenali ramai, perlu ada strategi. Artikel kali ini jom sama-sama kita belajar cara pemasaran online percuma yang anda boleh terus buat menggunakan handphone atau komputer masing-masing.

Di era semuanya pantas dalam bisnes, pemasaran online telah menjadi sesuatu yang tidak dapat dipisahkan bagi perniagaan yang ingin berkembang dalam landskap persaingan yang sengit.

Walau bagaimanapun, kos yang tinggi dalam pemasaran tradisional dan online boleh menjadi halangan untuk banyak perniagaan kecil dan sederhana untuk bermula.

Berita baiknya adalah pemasaran online yang berkesan tidak memerlukan bajet yang besar. Jadi sangat membantu jika anda baru bermula secara kecil-kecilan untuk berniaga.

Sekarang sudah ada cara pemasaran yang percuma, jom sama-sama kita buat.

1. Whatsapp Status

Orang membeli sebab percaya (trust) dan orang paling percaya dengan kita adalah orang yang dekat bersama kita seperti ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan & jiran.

Semakin ramai kenalan di telefon kita, semakin besar capaian pemasaran bisnes kita kepada mereka.

Whatsapp status yang berfungsi sebagai iklan dalam tempoh 24 jam dapat memberi orang terdekat mengenali bisnes kita.

Anda boleh kongsikan gambar, video dan text. Menariknya mereka boleh reply terus kepada anda.

2. Facebook Stories

Facebook Stories adalah ciri di platform Facebook yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang akan hilang dalam tempoh 24 jam.

Ini satu cara santai dan sementara untuk pengguna berkongsi kemas kini, momen, dan pengalaman dengan rakan-rakan mereka.

Pengguna boleh menambah elemen kreatif seperti filter, stiker, dan teks untuk meningkatkan kandungan Stories, mendorong interaksi waktu nyata (real time) dan memberikan pengalaman perkongsian sosial yang lebih spontan.

3. Instagram Stories

Sama konsepnya dengan Facebook Stories untuk anda berkongsi status dengan kenalan di Instagram.

4. Facebook Marketplace

Pemasaran menggunakan media sosial. Mesti ada akaun facebook peribadi untuk iklankan perniagaan di marketplace ini.

Tahukah anda, pada suku ketiga tahun 2023, jumlah pengguna Facebook adalah kira-kira 3 billion. Billion ya bukan million! Bayangkan betapa ramai manusia berkumpul di sini untuk bersosial dan membeli-belah.

Satu kemudahan yang percuma dari Facebook yang sangat bagus untuk mereka yang nak jimat kos marketing.

Facebook Marketplace adalah platform di dalam Facebook yang membolehkan pengguna membeli dan menjual produk atau perkhidmatan secara tempatan. Satu iklan hanya boleh target satu kawasan sahaja.

Contohnya jika anda tinggal di Petaling Jaya dan fokus produk anda pada penduduk tempatan, pilih kawasan Petaling Jaya. Facebook anda membantu iklan mencari mereka yang berada di sekitar Petaling Jaya.

Marketplace ini anda boleh hantar iklan, letak gambar, harga, dan maklumat terperinci lain untuk mencari atau menawarkan barangan.

Ikut pengalama kami, Facebook Marketplace ini adalah salah satu cara cara pemasaran online percuma yang paling berkesan. Sebab walaupun kami ada jalankan bisnes kek dan desert secara kecil-kecilan di rumah, namun ada sambutan dan tempahan dari penduduk sekitar setiap minggu.

5. Facebook Group

Group (kumpulan) ini memang banyak di Facebook. Anda boleh join group yang popular seperti komuniti setempat, iklan percuma dan sebagainya tetapi paling bagus anda join group yang berkaitan dengan bisnes anda.

Group percuma ini sangat banyak iklan pelbagai dan kebanyakkan masa iklan kita tidak di baca pun oleh sesiapa. Dalam group ini ramai peniaga dari pembeli tetapi masih satu tempat yang bagus untuk sebarkan bisnes kita.

via GIPHY

Contohnya, kalau anda jual sarapan pagi, anda boleh join group setempat kerana sudah pasti target pembeli adalah kawasan sekitar. Pembaca akan lebih tertarik sebab bisnes ada berada di kawasan mereka dan senang untuk lihat sendiri.

6. Google My Business (GMB)

Google turut mempunyai platform khususnya untuk anda yang mempunyai premis, kedai ataupun rumah. Anda boleh daftar maklumat perniagaan di Google My Business secara percuma.

Platform percuma ini membantu perniagaan anda muncul dalam carian tempatan, menyediakan maklumat penting seperti lokasi, waktu operasi, dan ulasan pelanggan.

Anda pernah taip apa-apa carian contohnya “car aircond service near me” dan jawapan dari Google tu adalah dari Google My Business yang mana perniagaan tersebut berdaftar dengan Google dan berada berdekatan dengan anda.

7. Pemasaran Kandungan di Media Sosial

Sentiasa kongsi kebaikan produk. Posting di media sosial jangan terlalu menjual. Sebaiknya 5 kali post kebaikan atau share content dan 1 kali sahaja untuk hard sell (jual).

Apabila kita selalu kongsi kebaikan produk atau servis, pembaca akan mendapat pelbagai maklumat dan anda boleh jadi rujukan utama mereka.

Kepercayaan dan keyakinan yang diperoleh ini akan memudahkan pembaca bertukar menjadi pembeli.

8. Buat Konten Video Guna YouTube atau Tiktok

Gunakan platform seperti YouTube dan TikTok untuk membuat dan berkongsi video informatif atau menghibur berkaitan dengan perniagaan anda. Kandungan video sering mendapat interaksi yang lebih tinggi daripada artikel dan gambar.

Ini mungkin anda sendiri dah buat, bukan?

9. Komuniti dan Forum Online

Sertai komuniti dan forum online yang berkaitan dengan industri anda. Berikan pandangan dan penyelesaian yang berharga untuk menetapkan jenama anda sebagai authority.

Antaranya forum majalah.com, carigold.com, wangcyber.com atau cari.com.my

10. Komen di Blog

Apabila kita membaca sesuatu artikel yang bermanfaat, tinggal komen membina. Letakkan nama, nombor telefon dan link website atau media social.

Komen membina membantu reputasi anda sebagai pemilik bisnes yang tahu akan sesuatu perkara. Pembaca dapat menilai kebaikan dan kepakaran anda melalui komen tersebut.

11. Iklan di Carousell

Carousell ini laman web jual barang macam mudah.my. Penghantaran iklan di sini adalah percuma. Untuk barangan fizikal dan servis, kedua-duanya boleh.

Nak bisnes kena konsisten buat pemasaran

Sebagai kesimpulannya, mencari cara pemasaran online percuma yang berkesan bukan memerlukan modal yang banyak tetapi usaha yang kental.

Dengan melaksanakan 11 strategi percuma ini, perniagaan dapat meningkatkan kewujudan di alam maya, berinteraksi dengan audiens dan akhirnya dapat menempatkan diri dalam persaingan yang baik.

Kuncinya adalah kekal konsisten, pantau hasil, dan sesuaikan pendekatan anda berdasarkan apa yang terbaik untuk perniagaan anda.

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *