7 Cara Atasi Masalah Anak Kurang Selera Makan

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Anak kurang selera makan memang peningkan kepala ibu dan ayah. Banyak cara dibuat, itu ini dimasaknya namun anak masih dingin untuk makan.

Di rumah bukan tiada makanan yang sedap. Ayam, ikan, sayur, buah-buahan, namakan sahaja makanan yang boleh dimakan, semua ada untuk anak-anak.

Ada anak-anak ini ketika bayi makan tidak memilih. Apa sahaja dia makan sebab ibu yang suapkan. Namun, bila menjejak usia 3 – 4 tahun, sudah mula buat perangai tak nak makan. Walhal, makanan yang sama malah lebih baik di masak oleh ibu.

Apa Punca Anak Kurang Selera Makan?

Ada banyak punca anak ada masalah selera makan. Lain kanak-kanak, lain perangainya.

Contohnya, jika makanan yang pernah di makan rasa kurang enak seperti sedikit pahit, kurang menarik dan tak sedap, jadi mereka akan cuba elak dari makan untuk kali kedua.

Dua deria utama iaitu bau dan rasa akan memainkan peranan dalam membuat keputusan makan. Ini disebut juga sebagai Olfactory (deria bau) dan Gustatory (deria rasa).

Macam-macam perangai anak mengelak makan seperti tutup mulut rapat-rapat, lari jauh, geleng kepala sehingga menjerit dek kerana tak nak makan.

Ia juga boleh berpunca dari kanak-kanak sembelit. Mereka akan cuba mengelak untuk makan kerana jika makan anak akan senak usus dan sakit pada bahagian dubur akibat tindakbalas gastrokolik.

Ada juga anak-anak yang suka bermain dan hanya minum susu. Mereka ‘kenyang’ walau tak makan nasi.

Lebih malang apabila berpunca daripada kelekaan anak-anak bermain gajet yang mengalih tumpuan mereka kepada makanan. Mereka boleh layan YouTube walau berjam-jam lamanya tidak makan.

Selain itu, jadual tidur yang tidak tetap menggangu aktiviti pemakanan membuatkan kanak-kanak bercelaru dengan rutin harian.

Apa Nak Buat Jika Anak Kurang Selera Makan?

via GIPHY

1. Paksa dan Pujuk Untuk Makan

Walaupun nampak ‘kejam’ tetapi itulah perkara utama ibu bapa kena buat.

Mula-mula kita pujuk dengan baik dengan umpan pelbagai perkara seperti mainan, gajet dan ke taman permainan.

Jika tak boleh ‘jalan’, teruskan sahaja dengan memaksa dan tinggi suara. Biar anak takut.

Kita bukannya nak dera anak-anak cuma kesian jika tak makan, bagaimana dia nak teruskan dengan aktiviti seharian.

2. Beri Vitamin-C yang Mengandungi Lysine

Kebaikan Vitamin C Lysine dapat meningkatkan selera makan anak-anak. Selain menjadi makanan tambahan yang sihat, ia juga meningkatkan imun badan untuk menghindar penyakit.

Vitamin C untuk kanak-kanak biasanya ada 2 jenis iaitu jenis biasa dan mengandungi lysine. Jenis yang sesuai adalah bentuk tablet dengan perisa buah-buahan.

Anak-anak memang suka vitamin C sebab ianya jenis tablet seperti gula-gula. Rasanya juga manis.

Antara Vitamin C dengan Lysine yang popular di pasaran adalah:

Beli di Shopee sahaja lebih jimat.

3. Sediakan Makanan dengan Kreativiti Menarik

Kanak-kanak memang suka benda kecil, comel dan berwarna warni. Jadi, ibu bapa boleh jadi kreatif dengan sediakan hidangan tersebut.

Contohnya, jika nasi yang biasanya dihidang dengan cara biasa boleh ditambah baik dengan buat bentuk bintang kecil. Letak sedikit warna.

Telur goreng boleh dibuat dengan bentuk bulat. Sayur juga boleh di susun menarik seperti hiasan.

Semua ini bertujuan untuk menarik minat anak-anak. Apabila mereka sudah minat dan teruja, lebih mudah mereka untuk mula makan.

4. Makan Bersama Anak-anak

Kadang-kala mereka bosan dan tak seronok makan seorang diri. Mereka rasa tidak diberi perhatian. Apa kata luangkan sedikit masa makan bersama mereka.

Jika anak masih kecil, ambil peluang untuk menyuap mereka. Selain kenyang dapat makan, mereka juga rasa disayangi dan ikatan anak dan ibu bapa lebih bertambah erat.

5. Buat Aktiviti yang Buat Anak Cepat Lapar

Apa lagi kalau bukan bermain dan berlari. Selain sihat tubuh badan, anak akan cepat lapar. Jika sudah bermain, kalau anak nak makan, teruskan sahaja kerana itu waktu paling ideal dia nak makan.

6. Beri Ganjaran Jika Anak Makan Habis

Bukanlah ganjaran wang tetapi cukup sekadar bawa bersiar di hujung minggu, belikan mainan murah dan bawa ke taman permainan.

“Akak kalau makan, nanti abah bawa pergi zoo.” Hari-hari mereka akan bertanya bila nak pergi.

Anda perlu bijak menjawab. “Makan habis, nanti kita pergi. Kalau tak makan, tak boleh pergi zoo.”

7. Beri Anak Makan Buahbuahan

Ramai anak kurang selera makan sebenarnya suka makan buah. Ini kerana buah rasanya manis, berwarna warni dan berair.

Antara buah yang boleh menaikan selera makan adalah:

  • i) Betik – bagus juga untuk merawat sembelit
  • ii) Anggur – memiliki zat asidik untuk pencernaan dan meningkatkan rasa lapar
  • iii) Delima – baik untuk kesihatan mulut
  • iv) Lemon – baik untuk pencernaan dan kesihatan kulit
  • v) Epal – boleh buat minuman

Sebagai ibu bapa, usaha sebaik mungkin untuk anak-anak anda agar dapat makan dengan diet mencukupi. Teruskan berusaha dan berdoa moga dipermudahkan setiap urusan.

Anda ada pengalaman anak susah makan? Jom kongsi di ruangan komen.

Kredit: Columbia Asia, Texas Children’s Hospital & The Asia Parent

Jom kongsi untuk manfaat bersama:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *