5 Tips Keselamatan Anak-anak Ketika di Bilik Mandi
Malaysia adalah negara terbanyak berlakunya kes kematian anak-anak di bilik mandi. Kemalangan sewaktu berada di tandas ketika anak-anak mandi, adalah sesuatu perkara yang menakutkan buat ibu bapa.
Terdapat juga kes yang membabitkan insiden meragut nyawa di kalangan anak-anak. Jadi, kami kongsikan tip keselamatan sewajarnya bagi ibu bapa membendung masalah ini daripada terjadi.
1. Elak Lantai licin
Antara punca utama kemalangan berlaku di dalam tandas ialah keadaan lantai.
Pastikan lantai tandas anda tidak licin. Elakkan, penggunaan sabun (buih) secara berlebihan di atas lantai.
Ia bukan setakat merbahaya kepada anak-anak, orang dewasa pun boleh tergelincir. Dan jika lantai tandas anda sememangnya licin sekalipun, cuba gunakan ‘rubber mat’.
Ianya menyerap air dan anti licin. Sayangi nyawa anak-anak anda, dan jangan sayangkan duit. Beli sahaja.
Selain itu juga, mozek lantai juga amat mempengaruhi keadaan. Jadi, pastikan pilih lantai mozek bilik mandi adalah dari permukaan yang kesat serta kasar.
2. Elektrik dan suhu Water Heater
Jika anda pengguna ‘water heater’ , pastikan anda mengawasi anak-anak sewaktu mereka mandi. Terdapat beberapa kes kematian berpunca daripada penggunaan ‘water heater’.
Air mandian yang mengalir seterusnya berlaku renjatan sewaktu anak-anak sedang menggunakannya.
Jangan lupa juga mengenai suhu air. Pastikan anda latih anak-anak mengenai penggunaan suhu panas dan sejuk semasa mandi. Risau terlebih panas akan menyebabkan melecur semasa mandi.
3. Penyimpanan bahan-bahan Peluntur
Selain daripada itu, penyimpanan bahan merbahaya peluntur seperti Clorox dan Dettol tidak di galakkan simpan di dalam tandas.
Dengan anak-anak yang sedang membesar,mereka tidak tahu akan bahayanya bahan tersebut jika di salah guna.
4. Bekas Tadahan Air
Jika anda menggunakan bekas tadahan air, pastikan air di habiskan. Terlingkupkan bekas.
Risau anak-anak akan lemas jika didapati air penuh didalam bekas tadahan tersebut.
Air yang cetek pun boleh anak-anak lemas, bayangkan air yang di tadah penuh. Jadi, cegah sebelum sebarang insiden berlaku.
5. Hadkan masa
Naluri anak-anak, memang gemarkan mandi berlama-lamaan di dalam bilik mandi. Ada sahaja ideanya.
Sebagai ibu bapa, hadkan waktu mandi mereka bagi anak-anak yang boleh menguruskan dirinya sendiri.
Justeru itu, lain-lain cadangan bagi menjaga keselamatan semasa di bilik mandi juga adalah seperti berikut:
Pasang Pemegang bar di dalam bilik mandi.
Pasti anda pernah memasuki tandas hospital bukan? Jika anda pernah perasan, ada satu atau dua pemegang di pasang di dinding.
Ia berfungsi sebagai tempat untuk berpaut jika seseorang yang hampir terjatuh ke lantai. Jadi jika ada yang terjatuh, anda masih sempat untuk berpaut bagi mengelakkan kecederaan serius.
Elakkan Tersadung Kaki
Pastikan barangan mandian tidak di letakkan diatas lantai bagi mengelakkan kaki tersadung semasa berada di dalam bilik mandi.
Pasang rack storage supaya kelihatan kemas dan selamat semasa di bilik mandi.
Memetik laporan daripada Berita Harian:
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata kementerian memandang serius kes-kes kecuaian membabitkan penjagaan kanak-kanak dan kerana itu hukuman itu perlu dikuatkuasakan kelak untuk memberi pengajaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bagi mengekalkan keselamatan anak-anak semasa di bilik mandi semuanya bermula dari kita sebagai ibu bapa.
Awasi mereka, sayangilah anak-anak dengan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikuti 5 tips keselamatan anak-anak semasa di bilik mandi.
One thought on “5 Tips Keselamatan Anak-anak Ketika di Bilik Mandi”