Cara Bijak Merancang Simpanan Emas untuk Anak-Anak
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpanlah walau sedikit kerana tiada siapa tahu nasib kita akan datang. Dalam artikel ini saya akan berkongsi cara bijak untuk ibu bapa merancang simpanan emas untuk anak-anak.
Salah satu simpanan terbaik untuk anak-anak adalah melalui emas. Simpanan atau pelaburan emas ini bagi saya ada dua jenis.
Satu adalah simpanan fizikal seperti dinar, gold bar dan barang kemas. Beli dan simpan untuk digadai atau dijual pada masa akan datang.
Satu lagi yang lebih mudah adalah melalui akaun simpanan emas. Antara perkara yang saya suka dengan simpanan emas ini, khususnya untuk simpanan kepada anak-anak adalah:
- Boleh menyimpan dengan modal yang sedikit
- Patuh Syariah
- Tak perlu simpan emas di rumah. Risiko keselamatan dapat dikurangkan.
Point pertama ini sangat penting kerana sedia maklum, tidak semua orang mampu beli emas dalam kuantiti yang besar.
Mungkin sangat jarang dan hampir mustahil orang mampu simpan 10gram emas sebulan (kira-kira RM2,712 ketika artikel ini ditulis). Mungkin ada bagi mereka yang mampu.
Tetapi dari kemampuan saya, hanya sekitar RM100 sahaja untuk simpanan anak-anak. Jika ada lebih seperti duit raya, itu dikira bonus untuk mereka untuk tambahkan simpanan.
Simpanan emas boleh bermula sewaktu anak-anak kita masih kecil. Katakan berumur 1 tahun dan kita rancang 15 ke 20 tahun akan datang.
Jadi simpanan ini tidak langsung, hanya semata-mata untuk kegunaan mereka semasa waktu tersebut.
Mungkin untuk melanjutkan pelajaran atau jika kurang berjaya dalam pelajaran, anda boleh jadikan modal untuk mereka memulakan perniagaan.
Fokus saya di sini adalah tabiat menyimpan untuk kemudahan mereka pada masa akan datang.
Kenapa Emas dan Bukan Wang Tunai?
Simpanan tunai biasanya untuk jangka pendek. Waktu kecemasan kita perlukan wang, jadi perlu ada simpanan yang mudah dikeluarkan (tunai) dengan segera.
Sebab itu, perlu juga simpanan tunai dan jangan simpan semua sebagai emas.
Manakala simpanan emas adalah untuk jangka panjang. Perlu ada tujuan khas kenapa kita menyimpan emas kepada anak-anak.
Apa yang saya nampak adalah untuk tujuan pendidikan seperti ingin melanjutkan pelajaran ke univerisiti. Dengan emas tersebut kita dapat tukarkan kepada tunai dan guna untuk pembelajaran mereka.
Dari situ mengajar kita untuk tidak berhutang seperti melalui PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
Ini kerana hutang pelajaran begini amat perit selepas tamat belajar untuk di bayar. Saya dah lalui dan saya yakin anda juga sama.
Sumber: Berita Harian
Dari statistik di atas, kita dapat tahu lebih separuh peminjam tidak membayar pinjaman PTPTN. Bagi saya bukan culas tetapi tidak dapat pekerjaan yang membolehkan mereka membuat bayaran.
Saya tak nak salahkan mana-mana pihak, tetapi hutang pendidikan begini, walau apa sekalipun tetap kena bayar.
Jadi, untuk anak-anak kita kelak, buat simpanan awal dan salah satu yang terbaik adalah dengan menyimpan emas.
Harga emas dalam jangka masa panjang akan meningkat. Jadi tunai di tangan pada 10, 20 tahun akan datang akan menjadi lebih banyak. Sudah pasti melegakan kita untuk keperluan anak-anak.
Mengikut carta di atas dari GoldPrice.org, kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang sangat baik.
Contohnya jika anda memilik 1gram emas pada tahun 2000 (RM40/g), kemudian pada 20 tahun kemudian (2020) ia sudah bernilai RM200/g.
Pulangan Atas Pelaburan (Return on Investment) sebanyak 400% atau kira 8% setahun. Satu pelaburan yang menguntungkan.
Jadi kita boleh nampak emas ini sesuai dengan matlamat jangka panjang kita.
Selain simpanan emas, kita juga boleh berikan hadiah seperti Hibah Takaful untuk ahli keluarga jika kita sudah mampu untuk menyara keluarga.
Bagaimana Membuat Simpanan Emas untuk Anak-Anak dengan Modal Sedikit?
Di Malaysia, salah satu syarikat yang mempunyai simpanan emas adalah Public Gold. Di situ ada satu akaun emas dikenali sebagai Gold Accumulated Program (GAP).
Kelebihan Akaun GAP:
- Boleh simpan sedikit serendah RM100 emas berketulenan 999.9 (24k). RM100 ini dikira daripada nisbah harga emas terkini.
- Patuh syariah. Ini menambah keyakinan kita sebagai seorang Muslim untuk berurus niaga tanpa riba dan was-was.
- Disokong 100% oleh emas fizikal. Katakan anda beli RM100 = 0.3676gram, bermaksud berat emas tersebut memang disimpan sebagai emas fizikal ke dalam akaun anda.
- Emas terkumpul dalam GAP boleh ditukarkan kepada emas fizikal. Cukup syaratnya boleh keluarkan dan anda boleh pegang sendiri emas tersebut.
- Boleh buat potongan tetap setiap bulan. Lagi mudah.
- Boleh buka akaun secara online. Lebih cepat.
- Boleh beli secara online sahaja melalui portal GAP yang disediakan oleh Public Gold.
Cuma untuk mendaftar akaun GAP, perlu melalui dealer kerana perlu masukkan nombor ahli dealer (PG Code).
Mudah sahaja, anda boleh menghubungi rakan saya di 019-3712541 (Pn. Raihana) untuk bantuan pendaftaran. Dia adalah dealer Public Gold dan bersedia membantu ada.
Selain GAP, Public Gold juga menawarkan simpanan Perak (silver) dengan konsep yang sama dikenali dengan Silver Accumulation Program (SAP).
Fikirkan Anak-Anak, Simpanlah Walau Sedikit
Saya tidak kaya. Mungkin ramai seperti saya tetapi saya yakin dan percaya kita ingikan yang terbaik untuk masa depan anak-anak kita. Satu caranya adalah bekalkan mereka dengan harta supaya tidak meminta-minta kelak.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mula buat simpanan walaupun sedikit. Akan datang satu masa nanti, kita sendiri akan tersenyum gembira menuai hasilnya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.publicgold.com.my
Abu Sofea
Ada Juga Simpan Sikit-Sikit GAP
2 thoughts on “Cara Bijak Merancang Simpanan Emas untuk Anak-Anak”